Rafizi nak bersara dari dunia politik? Ini mungkin sebab dia buat macam tu…

S1

Semalam kita dikejutkan dengan berita Rafizi Ramli umumkan untuk bersara dari dunia politik. Menerusi Twitternya, Rafizi beri gambaran seolah-olah dia akan ‘bersara’ dalam dunia politik dan merancang untuk menceburi bidang berkaitan kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT) dan pembelajaran mesin.

“Saya berada dalam fasa kehidupan di mana saya perlu belajar. Hanya dengan belajar kita akan jadi lebih baik dan menyumbang lebih baik. Buat masa ini, saya teruja untuk memberi tumpuan kepada AI, pembelajaran mesin & IoT,” – Rafizi Ramli, melalui Twitternya

S1
Rafizi. Via The Star

Benda ni sebenarnya beri kerugian yang besar kepada Pakatan Harapan, sebabnya Rafizi adalah watak penting untuk dalam kemenangan PH dalam PRU14. Dia banyak berikan data-data empirikal untuk jadi rujukan jentera PH. Kami di ORANGKATA cuba untuk cari punca-punca keputusan ni diambil, akhirnya kami datang dengan beberapa teori.

1. Ingin bantu anak muda, cuma bukan mengikut jalan politik…

Sebelum kami cakap tentang teori pertama ni, kami nak beritahu – kebanyakan idea berkaitan pengunduran diri Rafizi dari arena politik ni datang dari ahli Parlimen Subang, Wong Chen. Dia lakukan kerja yang baik dengan mengulas beberapa poin penting yang memungkinkan Rafizi ambik keputusan untuk berundur dari game politik Malaysia.

Ramai yang fikir untuk bantu anak muda ni, kena ikut jalur politik. Walaupun mungkin jalan politik adalah jalan terpantas untuk bantu anak muda – dengan mewujudkan polisi yang memberi keuntungan pada anak muda, tapi ia bukan satu-satunya jalan. Kami rasa Rafizi sedar yang dia boleh lagi bantu anak muda dan bentuk masyarakat yang lebih baik sebagai usahawan.

Bagi yang tak tahu, Rafizi ada wujudkan satu website untuk anak muda cari kerja (Adnexio). Kami dah try. Cara untuk guna website ni simple je; korang kena isi maklumat – nanti website tu akan pasangkan korang dengan kerja yang ada potensi. Benda-benda macam ni terlalu baru kat Malaysia, dan kami rasa gembira sebab dah ada.

S1
Via Online Market Places

Siapa yang mulakan? Rafizi lah. Dia buat benda ni dalam keadaan dia sibuk jadi ahli politik. Kami dapat bayangkan dia akan bawa lebih banyak lagi benda-benda baru kalau dia fokus sepenuhnya untuk projek-projek gempak macam Adnexio tu. Benda ni nampak simple, tapi ia sedikit sebanyak akan bantu anak muda.

2. Rafizi dah penat dengan ahli politik yang opportunist…

Bagi sesiapa yang dah lali dengan game politik Malaysia ni, dia tahulah betapa opportunist-nya sesetengah ahli politik di Malaysia. Diorang sanggup gadaikan apa saja untuk dapatkan kuasa. Korang tengoklah betapa banyak ahli pembangkang lompat parti sebab nak jadi kerajaan, tengok jugaklah apa yang berlaku kat PKR sekarang; semuanya berlaku kerana sikap ahli politik yang haus kuasa.

S1
Via Pintrest

Ada sesetengah orang tu – dia tak yakin pun dengan Pakatan Harapan; tapi setelah PH menang, dia jadi menteri. Jadi menteri bukan sebab apa; kerana pandai mengampu orang yang betul. Perangai macam ni dah tentu akan buatkan orang muak, termasuklah Rafizi. Sebabnya Rafizi masuk keluar penjara untuk kantoikan beberapa individu penting – tapi akhirnya dihina oleh orang-orang yang berjuang dengan air liur je.

Via Giphy

Kalau kami di tempat dia pun, rasanya kami akan blaa. Prinsip adalah sesuatu yang terlalu murah dalam politik Malaysia. Untuk cari orang yang betul-betul memegang utuh prinsipnya – umpama kena cari jarum dalam bantal yang dibuang di tengah lautan. Memang payah. Selalunya orang yang ada prinsip ni tak dapat jawatan – sebab tak disukai oleh geng-geng opportunist.

3. Mungkin dia nak luangkan masa dengan keluarga, sesuatu yang dia rindui…

Untuk jadi ahli politik, kadang-kadang kami terfikir, adakah ia berbaloi? Kecuali korang adalah ahli politik yang kuat makan rasuah, korang memang akan dapat gaji yang sederhana. Cuma gaji tu tinggilah kalau nak dibandingkan orang biasa – tapi terlalu banyak yang perlu dikorbankan. Amat jarang orang ucapkan terima kasih terhadap apa yang korang lakukan, tapi kalau silap sikit akan dibahan sehingga kiamat.

S1
Rafizi dengan baju ‘seragamnya’ semasa melawan orang-orang penting dulu. Via MyKmu

Salah satu pengorbanan yang ahli politik hadap – kurang masa bersama keluarga. Ini belum kira lagi kalau keluarga atau peribadi diorang diserang dengan skandal seks, contohnya. Benda tu akan sebabkan keluarga diorang bergolak. Jadi benda-benda macam ni memang kalau tanya kami – kami pun tak sanggup nak hadap.

Kami pernah tulis pasal Rafizi, tentang kes dia kat Mahkamah. Dalam artikel tu kami tulis jugak – Rafizi nyatakan hasrat nak rehat kejap. Kami rasa dia dah fikir benda lama dah, dan semalam baru dia buat pengumuman secara rasmi. Cuma waktunya agak kurang menyenangkan untuk sesetengah pihak, sebab PKR sekarang amat perlukan dia.

Semoga Rafizi tak bersara secara total, tapi akan bantu melatih pemimpin muda

Kami percaya seorang tukang masak takkan mampu tiba-tiba jadi seorang juruterbang, jalan ke mana-mana dia pasti akan pergi cari kuali untuk memasak jugak. Macam itulah Rafizi – walaupun dia dah bersara dari politik, kami tak rasa dia akan berhenti secara terus. Dia mungkin akan mainkan peranan penting di belakang tabir, terutamanya membantu melatih pemimpin-pemimpin muda yang ada pada PKR.

Dan, kalau waktu memungkinkan – tak mustahil dia akan kembali semula secara aktif dalam politik Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *