Setelah beberapa kali acara U-TURN berlaku, mungkin PH dah menang…

F1

Drama politik di negara kita begitu kompleks, kalau korang biasa layan movie yang ada plot twist; drama politik yang kita tengah hadap ni lagi gempak dari cerita. Kami pun tak tahu nak ulas macam mana atau mulakan dari mana. Apa yang pasti, pagi tadi kami dapat berita yang mengejutkan apabila Tun Mahathir dicalonkan semula sebagai calon PM dari blok Pakatan Harapan.

Kami rasa langkah ni untuk pastikan yang pemimpin UMNO yang tengah ada kes Mahkamah tak akan jadi sebahagian dari kerajaan. Masa yang sukar memerlukan keputusan yang sukar untuk diambil.

Semalam, tiba-tiba PAS dan UMNO setuju untuk calonkan Muhyiddin sebagai calon PM

Mesyuarat Bersatu semalam dihadiri 36 ahli Parlimen Bersatu termasuk kumpulan Azmin Ali yang dikatakan berlangsung dengan tegang, menurut laporan Berita Harian. Malah, laporan itu yang memetik sumber berkata, Dr Mahathir Mohamad yang kembali jadi pengerusi Bersatu meninggalkan mesyuarat itu separuh jalan.

“Tun (Mahathir) hanya masuk sekejap dan tinggalkan mesyuarat disebabkan pendirian Bersatu untuk bekerjasama dengan PAS dan Umno,” – Seperti yang dipetik dari Berita Harian

Sumber itu juga dipetik berkata bahawa wujud percanggahan pendirian dalam Bersatu antara Mahathir dan ‘kem’ Muhyiddin. Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya kata mesyuarat Bersatu semalam memutuskan untuk calonkan presiden diorang; Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Pengumuman tu seterusnya dapat sokongan dari BN dan PAS, yang membolehkan Muhyiddin kini memegang 96 sokongan ahli parlimen. Mahathir, yang merupakan PM interim, sebelum ni berhasrat untuk membentuk kerajaan perpaduan yang “tidak berpihak pada mana-mana parti”, dan enggan bekerjasama dengan Umno.

S1
Via Harakah

Bagaimanapun, Mahathir kemudian kata Muhyiddin ada sikap yang lebih santai dan sanggup bekerjasama dengan Umno sebagai sebuah parti.

Semalam menteri kereta terbang kata; Mahathir meninggalkan mesyuarat, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Redzuan Yusof berkata “ia perkara biasa”.

“Kalau libatkan diri saya sendiri, saya akan ambil berkecuali, kerana tak adil untuk saya duduk di situ. Dia akan berkecuali untuk menghadiri mesyuarat selanjutnya. Beliau bukan begitu keluar, mohon supaya perkara itu tidak dibincang berulang kali, kerana beliau sudah menyatakan pendiriannya,” – Redzuan Yusof, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

S1
Rindu saya? Via The Star

Ketika ditanya sama ada mesyuarat berkenaan membelakangkan prinsip Mahathir untuk tak bekerjasama dengan Umno, Redzuan berkata ia sekadar “persepsi”. Ini persepsi. Kita tak boleh katakan orang-orang dalam sesuatu kumpulan itu jahat, perompak, pencuri. Kita ada undang-undang uruskannya. Jadi tidak akan korbankan prinsip itu.

Bangun pagi hari ni, dapat tahu yang Tun M dicalonkan semula sebagai PM untuk Pakatan Harapan

Dr Mahathir Mohamad menaruh keyakinan ada sokongan majoriti untuk tubuhkan kerajaan dan dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selepas dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

Ahli Parlimen Langkawi tu kata, keputusan sebulat suara berkenaan dicapai menerusi mesyuarat dengan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH), awal pagi tadi. Benda ni mengetepikan pendirian gabungan tu yang sebelum ni cadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Tanpa memperuntukkan masa yang khusus, Dr Mahathir jelaskan, perkembangan dan pendirian terbaharu tu akan disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Pendirian ini saya kemukakan dalam mesyuarat Ahli Parlimen BERSATU semalam. Saya tidak pernah menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) bagi menyatakan sokongan terhadap mana-mana individu. Malah, saya keluar awal daripada mesyuarat berkenaan untuk memberi laluan perbahasan secara terbuka dalam kalangan Ahli Parlimen BERSATU supaya mereka berupaya memilih calon terbaik bagi menyandang jawatan Perdana Menteri,” – Tun Mahathir, seperti yang dilaporkan Berita Harian

F12
Via Meme9

Tun Mahathir tak bersedia untuk bekerjasama dengan golongan perasuah dari UMNO. Dia hanya boleh terima secara individu selagi diorang terbukti ‘bersih. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, masing-masing kemudian menerusi kenyataan beberapa jam kemudian mengumumkan 57 Ahli Parlimen Muafakat Nasional akan menyokong sepenuhnya pencalonan Muhyiddin.

Dalam kenyataan berasingan, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata 42 Ahli Parlimen UMNO, MCA dan MIC memberi sokongan penuh kepada Muhyiddin.

Kalau ikut bacaan politik kami, nampaknya Pakatan Harapan macam dah menang…

Faktor ‘Tun Mahathir’ ni besar, sebab dia akan keluar bersama beberapa penyokong setianya. Seperti ahli politik yang lain – kami di ORANGKATA selalu kritik pandangan yang dia berikan. Namun, dalam hal prinsip tak bekerjasama dengan ahli politik yang ada kes rasuah, kami perlu bagi kredit kepada dia. Baru je kejap tadi – Bersatu katanya nak ikut arahan Tun Mahathir.

Satu je benda positif yang kami boleh nampak dalam game ni – individu yang nak main kerajaan pintu belakang berjaya disingkirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *