Haqiem pernah terpalit dengan isu kemurungan, ini yang berlaku padanya sekarang…

F1

Sepanjang dua minggu ni, kami banyak cover cerita politik disebabkan berlaku ‘tsunami’ politik. Daripada apa yang kami tengok, korang memang suka dengan artikel-artikel politik. Cuma, hari ni kami nak lari sikit daripada perbincangan politik. Kami nak cerita berkenaan kesihata mental, sesuatu yang kami pernah tulis dulu.

Benda ni penting, sebabnya makin ramai orang menghidap penyakit mental, tapi tak sedar pun yang diorang perlukan rawatan. Kali ni kami bawak seorang ‘contoh’ artis yang berjaya atasi masalah kemurungan…

Pada tahun 2018, Haqiem Rusli pernah cetuskan kontroversi apabila dia nak bersara dari industri hiburan

Dua tahun lepas, Haqiem Rusli akui dia mengalami kemurungan ringan disebabkan tekanan kerja, masalah tak boleh tidur, dan berat badan tidak konsisten. Bagi yang tak kenal siapa sebenarnya Haqiem Rusli ni, dia merupakan seorang penyanyi.

Nst
Haqiem. Via NST

Ketika tu, Haqiem bersama pihak FMC Music adakan sidang media bagi menjelaskan isu-isu negatif yang dikaitkan dengan Haqiem.

“Salah faham mengenai pengakuan saya tentang kemurungan sebelum ini berlaku atas sebab saya menggunakan perkataan salah dalam menjelaskan situasi yang saya hadapi. Saya bukan orang yang pandai, ketika saya pakai perkataan kemurungan, mungkin saya salah pilih perkataan untuk menggambarkan situasi saya. Tetapi saya tak tipu mengenai keadaan yang saya alami,” – Haqiem, seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian

Dia turut menambah yang dia sebenarnya tak menipu, sebab benda macam ni mana boleh buat main-main. Masa tu dia mati-mati tegaskan yang benda ni betul sebab dia tengah hadap. Apabila benda ni terjadi ramai yang desak Haqiem untuk pergi jumpa doktor pakar. Sebab ia adalah benda yang sepatutnya dilakukan.

“Saya belum berjumpa doktor lagi tetapi saya merasakan saya menghidapi ‘mild-depression’ berdasarkan pengalaman rakan yang pernah mengalami depresi. Saya sudah pun menetapkan tarikh temu janji untuk bertemu pihak pakar dan saya akan berjumpa mereka esok,” – Haqiem, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Di sidang media tu, Haqiem turut memohon maaf atas siri kontroversi yang terjadi selepas dia mengumumkan mahu bersara sebagai penyanyi dan mengalami depresi.

Setelah bertemu pakar, akhirnya Haqiem disahkan alami kemurungan sederhana…

Selepas pergi jumpa doktor pakar, Haqiem Rusli mengesahkan dirinya alami kemurungan sederhana selepas jalani pemeriksaan kesihatan. Masa tu Haqiem kata – selepas selesai proses pemeriksaan selama sejam, dia simpulkan kemurungan dialaminya bukanlah rekaan.

https://www.youtube.com/watch?v=yylB8s4PqPw

“Doktor mengesahkan saya mengalami kemurungan sederhana, iaitu lebih tinggi daripada kemurungan ringan yang saya nyatakan semalam. Kemurungan mempunyai empat peringkat dan apa yang saya alami adalah peringkat ketiga. Ia lebih teruk daripada apa yang saya sangkakan. Berikutan itu, saya perlu mengambil ubat. Doktor turut memberitahu, sekiranya tidak dirawat, kemurungan ini boleh memberikan kesan terhadap kehidupan saya,” – Haqiem, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Selepas bertemu dengan doktor pakar Haqiem rasa lega. Benda ni memang perlu dapatkan rawatan dari orang yang betul, kalau dibiarkan, ia akan melarat.

S1
Via Sinar Harian

Dia juga kata yang dia memang tak boleh halang orang ramai daripada tuduh dia menipu, tapi jujurnya dia alami kemurungan sejak awal tahun 2018. Tapi, dia dapatkan rawatan agak lambat.

“Alhamdulillah, saya lega selepas mendapatkan pemeriksaan doktor. Pusat rawatan saya kunjungi juga bukan sebarangan,” – Haqiem setelah selesai jalani rawatan di Pusat Psikologi Antarabangsa di Taman Desa, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Setelah kes ni menimpa diri Haqiem, nampaknya dia lebih matang…

Kami percaya kontroversi depresi dua tahun lalu lepas ni buatkan Haqiem lebih matang. Setiap orang ujian dan pengalaman hidup masing-masing, dan nampaknya semua ni telah menyebabkan Haqiem jadi lebih kuat dan matang dalam industri hiburan.

“Bukan nak kata saya sudah matang tapi saya banyak belajar daripada kesilapan yang pernah saya lakukan. Saya cuba perbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih positif. Mungkin ini jalan hidup saya yang sudah ditentukan Allah. Memang ketika isu itu terjadi, saya rasa karier seni akan berakhir. Tapi pengurus saya suruh bersabar dan anggap ada sesuatu baik selepas ini. Alhamdulillah, apa yang dia cakap itu betul. Saya bersyukur masih ada yang menerima dan ramai peminat yang sokong saya sehingga kini,” – Haqiem, seperti yang dilaporkan MSTAR

Haqiem ditemui MStar ketika majlis memperkenalkan dirinya dan Baby Shima sebagai ikon Jelajah Agropreneur Muda (JAM2020) di Wisma Tani, Putrajaya pada Selasa. Dalam pada itu, Haqiem gunakan single terbaharunya berjudul Bangkit untuk beri kata-kata semangat kepada sesiapa yang pernah berasa ditindas.

S1
Via MStar

“Lagu terbaharu saya itu untuk memberi semangat kepada sesiapa yang pernah berasakan diri mereka ditindas. Lagu itu bukan untuk membalas semula apa yang saya pernah terkena tapi ia lebih kepada memberi kata-kata positif kepada semua orang. Sebagai contoh, kalau seseorang itu buat kesalahan, kita perlu bantu. Bukannya dengan menghentam,” – Haqiem, seperti yang dilaporkan MSTAR

Apa yang kita boleh belajar dari pengalaman Haqiem ni?

Di sebelik cerita atau musibah yang dihadapi seseorang, tentu ada pengajaran yang kita boleh ambik. Kalau melihat daripada cerita ni – kita dapati kemurungan yang tak diuruskan dengan betul boleh menyebabkan kita melakukan sesuatu di luar kawalan diri. Dalam kes Haqiem, disebabkan dia terkenal – ia mencetuskan kontroversi.

Cuma, Haqiem tak biarkan kemurungan tu menguasai dirinya apabila dia pergi berjumpa dengan doktor pakar. Sebab itulah kami selalu kata, bagi mereka yang ada masalah kesihatan mental, mereka kenalah cepat-cepat pergi jumpa pakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *