Perintah Kawalan Pergerakan, ini jumlah PERATUS rakyat masih ingkar…

F1

Sudah masuk hari ke-6 kita perlu mengehadkan pergerakan, setelah kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan. Melihat dari kes dan kematian yang semakin meningkat, kami harap orang ramai sedarlah yang kes COVID-19 di Malaysia semakin serius, dan di tahap yang membimbangkan. Bermula semalam tentera juga akan membantu pihak polis untuk memastikan rakyat lepak kat rumah kalau takde keperluan untuk keluar.

Arahan untuk ketua keluarga je yang dibenarkan keluar telah dikuatkuasakan. Maksudnya, lepas ni kalau nak pergi beli barang, hanya ketua keluarga je yang boleh pergi. Sebabnya, sebelum ni ada yang bawak satu keluarga pergi belanja makanan.

Malaysia catatkan kematian yang kesepuluh, kes pulak meningkat setiap hari…

Semalam Malaysia catatkan dua pertambahan kematian, menjadikan jumlah terkumpul kes kematian COVID-19 di negara ini menjadi sepuluh kes. Perkara tu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataannya semalam.

Kes kematian kesembilan melibatkan seorang doktor perubatan, disahkan meninggal dunia jam 10.33 pagi semlam. Doktor berusia 48 tahun tu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Fauziah, Perlis. Mangsa ada sejarah perjalanan ke Turki dan dimasukkan ke hospital pada 17 Mac lepas.

Dia ada sejarah perjalanan ke Turki, kes itu bukan dalam kalangan barisan hadapan atau kalangan rakan kerja yang berhadapan dengan pesakit COVID-19, tetapi berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara.

kes kematian kesepuluh pulak libatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun. Korban terbaru tu adalah pesakit kes ke-259 dan terkait dengan kluster tabligh.

“Dia telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac 2020 setelah mengalami simptom pada 8 Mac 2020. Dia disahkan positif Covid-19 pada 14 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan setelah keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Dia disahkan meninggal dunia pada jam 4.05 petang, 22 Mac 2020,” –  Dr Noor Hisham Abdullah, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Sehari sebelum tu pulak, ada empat mangsa merupakan warganegara Malaysia, dua daripadanya melibatkan dua beranak masing-masing wanita berusia 79 tahun dan wanita berusia 40 tahun, di Sarawak. Kes kematian ketujuh pulak melibatkan seorang lelaki berumur 57 tahun, ada sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh.

Cc0b5deaaab6b238dcd73eb7e1257b6e
Via MalaysiaKini

Kes kematian kelapan melibatkan seorang lelaki berusia 69 tahun juga dari kluster tabligh. Sebelum tu, Dr Noor Hisham Abdullah ada kata, kes kematian keempat yang melibatkan pesakit di Hospital Melaka tu diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima dimasukkan di wad isolasi.

Tapi tahap kesihatan mangsa semakin merosot ketika dalam penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum meninggal dunia, kurang 24 jam daripada kematian ketiga membabitkan seorang pesakit di Hospital Tawau, Sabah.

Walaupun arahan untuk duduk di rumah adalah untuk keselamatan diri, masih ada yang ingkar

Sekitar 10 peratus penduduk negara ini masih ingkar atau ‘sengaja’ tak nak memahami arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan dalam usaha menangani penularan COVID-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah kata; sejak arahan PKP dilaksanakan mulai 18 hingga 31 Mac ini, majoriti rakyat akur dengan perintah itu tetapi ada sebilangan 10 peratus atau tiga juta penduduk gagal mematuhi arahan tersebut.

“Kita boleh lihat paparan video kanak-kanak bermain di luar, ada yang bersenam dan sebagainya tular di media sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan,” – Saifuddin, seperti yang dilaporkan BERNAMA

Dia kata mungkin angka itu kecil tapi dalam konteks penularan COVID-19, jumlah tu cukup besar dan memburukkan lagi keadaan semasa dengan peningkatan kes yang dah melebih 1,000 kes. Pakar perubatan telah menyatakan kita perlu bersiap sedia dengan persiapan yang luar biasa sebab kena berhadapan dengan virus yang mengancam nyawa manusia.

Capture
Via TMI

Oleh itu sebab, setiap individu memainkan peranan dalam membantu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dengan mendengar arahan kerajaan supaya duduk di rumah sepanjang PKP dilaksanakan. Macam yang kami kata tadi, mulai semalam pihak tentera akan bantu pihak polis dalam memantau dan pastikan pematuhan rakyat terahadap Perintah Kawalan Pergerakan dalam menghadapi wabak Covid-19.

Jika anda perlu ke hospital, pastikan anda memberi maklumat diri dengan betul

Bagi yang ada perancangan nak pergi hospital, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh buat laporan polis jika dapati ada individu yang dirawat sembunyikan sebarang maklumat berkaitan COVID-19.

51580620832 Fbreakcoronavirus
Via AWANI

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kata; antara maklumat penting yang dimaksudkan ialah perjalanan ke negara berisiko tinggi jangkitan COVID-19, ada pertalian dengan anggota perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur atau menyertai perhimpunan berkenaan.

“Menyembunyikan maklumat ialah satu kesalahan kerana ia akan menyebabkan petugas kesihatan berisiko dijangkiti Covid-19. Misalnya, seorang pesakit mendedahkan hubungannya dengan seorang pesakit tabligh pada peringkat kemudian sahaja. Wad terpaksa ditutup, petugas hospital perlu menjalani saringan dan dikuarantin selama 14 hari,” – Dr Noor Hisham Abdullah, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Via Giphy

Mengenai pesakit bukan COVID-19 yang perlu jalani rawatan di hospital sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac hingga 31 Mac, Dr Noor Hisham kata, kad temujanji sudah memadai sebagai bukti kepada pihak polis bahawa mereka perlu ke hospital.

Kalau korang nak tahu, KKM tengah bekerjasama dengan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) bagi memastikan golongan pelarian dan pencari suaka turut diliputi dalam aktiviti pencegahan dan kawalan COVID-19 .

Kerjasama ni turut bertujuan untuk mengesan masyarakat Rohingya yang didakwa menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling dari 28 Feb hingga 1 Mac lalu.

Berhubung isu kebajikan golongan gelandangan sepanjang PKP dilaksanakan, Dr Noor Hisham kata, satu tempat khas telah dikenal pasti untuk golongan tersebut dan ia akan diumumkan kemudian. Penempatan golongan gelandangan adalah hasil perbincangan KKM dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Inilah masanya untuk kita lepak di rumah, dan melakukan perubahan

Dengan peningkatan kes COVID-19 dan keterlibatan tentera untuk membendung penularan wabak ni. Korang kena ingat, dalam krisis ni – kumpulan yang bekerja di barisan hadapan mempertaruhkan nyawa diorang untuk kesihatan kita. Kita boleh bantu diorang dengan cara yang mudah – cuma duduk di rumah dan sentiasa amalkan langkah berjaga-jaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *