Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Pekerjaan

Pusat Rehab PERKESO terbukti berjaya, 70% kembali bekerja

By Subeditor
February 28, 2024 3 Min Read
Comments Off on Pusat Rehab PERKESO terbukti berjaya, 70% kembali bekerja

Kementerian Sumber Manusia (KSM) mahu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membuka tiga lagi pusat rehabilitasi dalam tempoh empat tahun dalam usaha memperjuangkan kebajikan golongan pekerja di negara ini.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong, berkata selain menguruskan pembayaran pampasan, cadangan mewujudkan lebih banyak pusat rehabilitasi itu juga bertepatan dengan tiga indikasi utama kementerian merangkumi pengukuhan kebajikan pekerja, peningkatan kemahiran serta keberhasilan pekerja.

Katanya, sejak 10 tahun lalu hanya terdapat sebuah pusat berkenaan iaitu Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak (PRPTAR) Ayer Keroh, sementara di Perak masih dalam pembinaan manakala ketiga adalah di Terengganu.

“Saya juga nak melihat dalam tempoh lima tahun lagi akan ada tiga pusat rehabilitasi baharu termasuk di Sabah dan Sarawak. Menerusinya kelak, kita boleh kembangkan lagi perkhidmatan ini sekali gus memperlihatkan bahawa PERKESO bukan sahaja memberi perlindungan dalam bentuk pampasan tetapi juga perlindungan yang lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melawat ke PRPTAR Melaka pada bulan lepas. Pada lawatan itu, beliau turut meninjau operasi Klinik Rehabilitasi NeuroRobotik dan Cybernics pertama di Asia Tenggara yang mula beroperasi pada Ogos tahun lalu.

1
Imej dari Perkeso

Terapi neuromodulasi pertama seumpamanya di Malaysia ini adalah rawatan rangsangan kepada otak dan sistem saraf yang berupaya menghasilkan laluan saraf baharu atau memperbaiki laluan saraf yang terjejas akibat kecederaan atau penyakit.

Steven berkata, sejak dibuka pada Oktober 2014, seramai 15,214 individu sudah menerima rawatan di PRPTAR pertama di Malaysia dan Asia Tenggara itu yang mengintegrasikan rehabilitasi perubatan serta latihan vokasional.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, kira-kira 70 peratus berjaya kembali ke tempat kerja selepas menjalani rawatan pemulihan intensif di pusat rehabilitasi terbabit.

“Secara purata dua daripada tiga individu ditimpa musibah yang menjalani rawatan rehabilitasi secara holistik di sini berjaya kembali ke tempat kerja,” katanya.

Sebanyak 70% individu jalani rawatan kembali bekerja

Sebanyak 70 peratus daripada 10,695 individu yang dapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tempoh 2019 hingga Januari lepas telah berjaya kembali ke alam pekerjaan.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata daripada jumlah yang mendapatkan rawatan berkenaan, 494 adalah mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

“Mereka yang layak untuk dapat rawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO terdiri daripada dua kategori iaitu 90 peratus pencarum dan 10 peratus bukan pencarum PERKESO,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Richard Riot (GPS-Serian) berkenaan jumlah mereka yang berjaya mendapat pekerjaan semula, serta kriteria untuk layak mendapatkan rawatan di pusat rehabilitasi terbabit.

Pusat Rehabilitasi PERKESO dibina untuk membantu Orang Berinsurans PERKESO dan golongan pekerja untuk dipulihkan secara fizikal dan vokasional sehingga akhirnya kembali ke alam pekerjaan dan masyarakat dengan keupayaan yang maksimum.

whatsapp image 2024 02 28 at 3.15.27 pm
Imej dari Parlimen

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) sama ada kerajaan bercadang membina hospital keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Sim berkata rancangan pembinaan dan naik taraf pusat rehabilitasi menjadi hospital perlu dibincang dan mendapat persetujuan Kementerian Kesihatan.

Menjawab soalan asal Richard yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membina pusat rehabilitasi di Sarawak, beliau berkata kerajaan sememangnya merancang untuk menambah tiga lagi pusat rehabilitasi dalam tempoh lima tahun akan datang dan Sarawak dialu-alukan untuk bekerjasama dalam merealisasikan hasrat itu.

“Kementerian (Kementerian Sumber Manusia) bersedia untuk mengadakan perbincangan lanjut berkaitan lokasi dan keperluan semasa dan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak memandangkan pembangunan pusat rehabilitasi ini melibatkan kos yang besar,” katanya.

Menurut Sim PERKESO juga telah memeterai memorandum persefahaman dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 5 Ogos 2022 bagi menyediakan program rehabilitasi serta kemudahan berkaitan rehabilitasi di negeri itu menerusi penyediaan kemudahan berkenaan di hospital pengajar UNIMAS.

Beliau berkata bagi tempoh Ogos 2022 hingga 31 Jan lepas, 18 kes telah dirujuk ke UNIMAS dengan sembilan daripadanya telah kembali bekerja, lapan selesai menjalani rawatan rehabilitasi dan seorang masih menjalani rawatan pemulihan.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1
Previous

YDPA tak akan layan usaha ganggu kestabilan negara

f1
Next

Sankar dikritik hebat di Sabah, tapi ada yang menyokong

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme