Akibat menyebabkan penerbangan kapal tertangguh, Menteri Mexico letak jawatan

Akibat menyebabkan penerbangan kapal tertangguh, Menteri Mexico letak jawatan

Pernah tak dalam hidup korang, tiba-tiba saja korang rasa nak letak jawatan dan nak berhenti kerja sebab nak hidup lebih tenang tanpa perlu memikirkan masalah kerja yang asyik menekan hidup korang? Tapi, kami bukan nak sembang pasal benda tu. Kami cuma nak bagitahu yang baru-baru ni ada seorang menteri tu sanggup letak jawatan atas sebab-sebab yang remeh dan mungkin korang pun rasa tak munasabah.

Menteri Alam Sekitar Mexico letak jawatan sebab penerbangan tertunda

Baru-baru ni, Gonzalez Blanco yang juga merupakan Menteri Alam Sekitar Mexico telah meletakkan jawatannya selepas menyebabkan sebuah penerbangan terpaksa ditunda. Perkara ini sekali gus menjadikannya sebagai menteri kedua yang meninggalkan kerajaan dibawah pimpinan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador dalam tempoh masa kurang seminggu.

Melalui surat perletakan jawatannya yang didedahkan oleh pejabat presiden, Gonzalez Blanco berkata bahawa dia menjadi punca berlakunya kelewatan penerbangan itu ketika mula mengadakan lawatan kerja pada jumaat lalu.

Kredit gambar: Sopa/Getty images

Berita tentang kelewatan Gonzalez Blanco telah tular di media sosial

Salah seorang penumpang telah mendedahkan penangguhan tersebut di media sosial twitter dan mendakwa penerbangan 198 Aeromexico dijadualkan bertolak tetapi telah diarahkan untuk menangguhkan penerbangan akibat daripada menunggu Gonzalez Blanco. Selepas dia menaiki kapal terbang tersebut, penumpang terbabit telah mengambil gambarnya dan menggunakan bukti tersebut untuk memalukannya.

“Tidak ada sebarang justifikasi diperlukan kerana transformasi sebenar Mexico memerlukan perubahan secara kesuluruhan dengan nilai ekuiti dan keadilan. Tidak ada sesiapa harus memiliki keistimewaan, atau manfaat secara tunggal walaupun ketika menjalankan tugas kerajaan, tidak ada sesiapa yang boleh mengatasi kepentingan majoriti,” kata Gonzalez Blanco.

Sebenarnya, dah lama dah…Kredit imej: DW

Dalam ucapan presiden, pihaknya telah pun berbincang dengan Gonzalez Blanco dan dia telah meminta maaf dan memberitahu bahawa akan menyelesaikan masalah kelewatan penerbangan itu. Presiden Mexico iaitu Lopez Obrador juga berkata bahawa dia telah mendengar segalanya daripada pihak Gonzalez Blanco dan dia juga telah menerima perletakan jawatan yang telah dikemukakan oleh Gonzalez Blanco itu.

Kredit imej: interactivo.eluniversal.com.mx

Bertanggungjawab atas insiden feri karam, PM Korea Selatan letak jawatan

Untuk pengetahuan korang semua, insiden yang terjadi kat Mexico tu bukan yang pertama kali tau. Sebelum tu pun ada juga beberapa lagi menteri yang meletakkan jawatan atas sebab yang kadang tak logik langsung, antaranya PM Korea Selatan ni hah.

Perdana Menteri Korea Selatan iaitu Chung Hong-Won telah meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri atas rasa tanggungjawab terhadap insiden feri karam yang telah menyebabkan lebih 300 orang terkorban dan hilang. Fuh, banyak gila tu.

Kredit gambar: mStar

“Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang perkara ini berlaku dan tidak memberi respon atas perkara ini. Saya percaya, sebagai Perdana Menteri, saya perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan,” kata Chung Hong Wan

Kalau korang semua nak tahu, Sewol adalah merupakan sebuah feri penumpang yang terbesar yang telah karam bersama 476 penumpang yang mana kebanyakan daripada penumpang tersebut adalah kanak-kanak sekolah yang sedang dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April 2014.

Lewat ke sidang parlimen buat menteri letak jawatan

Menteri Pembangunan Antarabangsa British iaitu Lord Bates telah meletakkan jawatan selepas dia telah lewat hadir ke sidang parlimen. Dalam laporan CNN, menteri itu dikatakan telah terlepas satu soalan penting dari Baroness Lister disebabkan kelewatannya dan menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang sangat memalukan.

“Saya benar-benar malu kerana tiada di tempat saya ketika itu dan sewajarnya saya memohon maaf dengan memohon perletakan jawatan kepada Perdana Menteri. Saya minta maaf,” kata Lord sejurus dia tiba ke sidang parlimen itu.

Kredit imej: BBC

Selepas itu, Lord keluar dari persidangan itu dan sebahagian ahli parlimen menjerit ‘tidak’ terhadap pengunguman Lord yang menejut itu. Beberapa jam kemudian, satu kenyataan dari 10 Down Street menyifatkan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Lord sebagai suatu perbuatan yang tulus ikhlas. Namun demikian, perletakan jawatan Lord telahpun ditolak kerana ianya adalah sesuatu benda yang dianggap tidak perlu.

Meminta maaf adalah perbuatan yang mulia dan bertanggungjawab

Mungkin benda yang mereka lakukan ni agak sedikit tidak masuk akal tetapi meminta maaf dan bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan adalah satu tindakan yang harus dipuji kerana tidak semua orang yang mempunyai jawatan mampu untuk berbuat sedemikian. Cuba lihat di Malaysia pada hari ni, agak-agak ada tak menteri nak buat macam ni?

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top