Kejatuhan kerajaan negeri Kedah, kami rasa lepas ni kita patut haramkan pilihan raya

F1
Kejatuhan kerajaan negeri Kedah, kami rasa lepas ni kita patut haramkan pilihan raya

Semalam kita menyaksikan perubahan kerajaan di Kedah, sesuatu yang telah diramalkan akan terjadi setelah krisis politik di Kedah muncul, minggu lepas. Tahun 2020, kita fikir, kita akan dapat lihat kereta terbang di langit biru. Selain daripada normal baharu yang kita kena amalkan akibat pandemik Covid-19, nampaknya Malaysia dapat normal baharu politik pada tahun 2020.

Png Transparent Round Black Sounds Signal Icon Digital Marketing Market Research Computer Icons Marketing Strategy Market Research Free Icon Miscellaneous Service Logo
Ayat yang akan digunakan; semua ini demi rakyat. Via Berita Harian SG

Normal politik baru tu adalah – korang boleh lompat parti atau koalisi politik sesuka hati. Kalau pun korang kalah dalam Pilihan Raya Umum, ia tak bermakna korang tak boleh jadi kerajaan. Kalau korang rasa tak puas hati dengan parti politik yang korang wakili semasa memenangi pilihan raya, korang boleh melompat ke parti lawan, dan bantu parti lawan tu untuk kalahkan parti sendiri. Inilah normal baharu politik yang diterima Malaysia pada tahun 2020.

Disebabkan normal baharu politik ni, kami nak usulkan cadangan – Malaysia tak perlu lagi adakan pilihan raya, sebab ia hanya akan bazirkan duit pembayar cukai je. Kami berikan tiga sebab yang utama, mengapa kami cakap macam ni.

1. Calon pilihan raya tak perlu takut untuk jadi calon mana-mana parti, boleh lompat parti selepas menang

Apabila wakil rakyat dibolehkan untuk lompat parti sesuka hati, kami boleh bayangkan calon-calon pilihan raya selepas ni akan main bedal je, main masuk je mana-mana parti politik yang berikan diorang peluang untuk bertanding. Kefahaman dan ideologi parti tu diorang boleh letak tepi, sebabnya lepas menang boleh melompat ke parti politik yang menang.

Dewan Rakyat Feature Image
Pilihan raya. Via AWANI

Benda ni akan bawa bencana kepada parti politik. Walaupun kami tak faham secara terperinci macam mana proses pemilihan calon pilihan raya oleh parti politik, tapi normal baru politik ni akan menyukarkan diorang mencari calon yang setia. Lepas tu, ia juga akan persendakan mandat yang telah diberikan rakyat (yang selalunya akan memilih calon berdasarkan parti politik) ketika memenangi pilihan raya.

Kalau semua orang nak lompat ke parti yang menang, macam mana kita nak ada pembangkang yang baik? Mesti korang dah tahukan, untuk sesebuah kerajaan berfungsi dengan baik – kita perlukan proses semak imbang dan perbahasan. Kalau semua nak jadi kerajaan, siapa yang akan semak keputusan kerajaan di Parlimen? Orang selalu kata, dalam politik ni, orang kejar kuasa je. Dengan situasi politik yang berlaku hari ni, benda tu mungkin ada benarnya…

Pening kepala. Via Giphy

2. Operasi untuk jual beli wakil rakyat akan berterusan sehinggalah Pilihan Raya Umum yang seterusnya…

Dalam filem 3 Abdul, kami teringat satu ayat dalam skrip filem tu – kalau macam ni berniaga orang lagi untung dari berniaga unta. Lebih kurang macam tu kot, kami pun dah tak berapa ingat. Keadaan ni memang akan berlaku; orang akan lebih berminat untuk buat business jual “orang” sebab ia akan berikan keuntungan yang besar.

Orang tu pulak bukan orang biasa-biasa, wakil rakyat kot. Keadaan normal politik baharu ni akan membuka ruang kepada ‘broker’ politik untuk jalankan urus niaga lompat parti. Selalunya katak-katak ni boleh duduk diam bawah duit. Ini pulak skrip dalam filem KL Gangster – bangkai macam dia, boleh duduk senyap bawah duit. Hahhh, katak dan bangkaikan tak jauh beza.

Dewan Rakyat Feature Image
Via Imgflip

Kewujudan broker ini akan memberi harapan kepada mereka yang kalah untuk dalam pilihan raya. Mereka cuma perlu bertanding dalam pilihan raya secara alah kadar, kemudian fokus untuk menghasut calon-calon yang menang pilihan raya untuk lompat ke parti mereka. Katak-katak ni memang hina, tapi lebih hina orang yang menerima mereka.

3. Kerajaan tak akan pernah stabil, sentiasa akan ada ruang untuk kerajaan bertukar tangan…

Kami selalu kata, kestabilan adalah kunci kepada kerajaan yang baik. Kami dah cakap benda ni masa kami kritik Pakatan Harapan dulu, sebab kami nampak diorang selalu gaduh. Pergaduhan dalam tu memang tak bagus, tapi apa yang lebih teruk adalah – pertukaran kerajaan melalui jalan selain pilihan raya. Keadaan macam ni akan membawa kepada ketidakstabilan politik sesebuah negara.

Via Giphy

Cuba bayangkan kalau urus niaga jual orang ni berlaku dengan kerap – kita boleh ada dua, tiga kerajaan dalam masa lima tahun akibat kewujudan katak-katak politik ni. Apabila benda ni berlaku, macam mana kerajaan tu nak mentadbir dengan baik? Mereka akan fokus memberi hadiah kepada wakil rakyatnya (contohnya jawatan besar dalam GLCs) supaya wakil rakyat diorang akan terus setia.

Keadaan ni akan menyebabkan lantikan politik semakin banyak, dan selalunya lantikan politik ni main ambik orang je, tanpa menilai sejauh mana kemampuan orang tu dalam mengetuai sesuatu organisasi. Sudah menjadi kebiasaan kita dalam normal lama politik – kerajaan akan memiliki masa lima tahun untuk mentadbir sesebuah negara, amalan ini perlu diteruskan.

You bagi I hadiah, atau I lompat parti. Via Giphy

Di antara kesilapan utama Pakatan Harapan, mereka tak gubal akta lompat parti

Ketika Ahli Parlimen dari UMNO melompat secara berjemaah ke Bersatu, sepatutnya parti politik dalam PH menentang tindakan tu, tentang sampai level akta lompat parti digubal. Akhirnya, geng-geng ni jugak yang khianati mandat dari rakyat. Kami dah kata, orang yang takde prinsip ni, bukan fikir sangat pun pasal rakyat, apa yang penting poket dia je.

Selepas ni, akta lompat parti perlu digubal. Sesiapa yang nak lompat parti, kena kosongkan kerusi dan bertanding semula kat tempat tu – untuk lihat adakah dia masih dapat mandat rakyat atau tidak.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top