Kes mahkamah di antara PAS dan Editor Sarawak Report ni memang dah lama kita dengar, PAS siap lancarkan tabung lagi untuk perbelanjaan mahkamah. Hari tu mereka kata yakin akan menang sebabnya berjaya menang interlokutori (pra-perbicaraan). Tapi kecoh baru-baru ini Presiden PAS Tok Guru Abdul Hadi Awang menawarkan untuk menyelesaikan samannya di Mahkamah England ke atas editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Ya, ini memang sebahagian dari proses perundangan. Cuma yang jadi pelik sebab sebelum ni pimpinan PAS sungguh-sungguh nak saman Sarawak Report. Pimpinan PAS kata dakwaan portal tersebut bahawa pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta daripada Najib Razak adalah fitnah semata-mata!
Awal-awal nampak confident gila, lepas tu tak teruskan saman pulak?!
Lebih menarik, pendakwah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani kata memang Haji Hadi buat keputusan tepat tak teruskan saman dan biar Sarawak Report jawab di Padang Mahsyar nanti! Sebagai Muslim tentulah kita percaya tentang Akhirat. Cuma yang peliknya kalau begitu kenapa Haji Hadi dan pasukannya nak ambil tindakan di mahkamah England sebelum ini?
Sebelum PRU14, pimpinan PAS bangga mengatakan Haji Hadi dah dapat kejayaan pertama dalam saman – sedangkan ia hanyalah kejayaan pergi ke peringkat perbicaraan. Kesian ahli-ahli PAS yang percaya dengan kisah dongeng ini. Anggota PAS percaya mati-matian bahawa PAS dah menang di mahkamah England. Mahkamah kafir pula tu.
Lebih RM2 juta dibelanjakan dalam proses saman ni. Bayangkan, berapa banyak tahfiz boleh dibantu dengan wang ini. Lebih menyedihkan lagi, Bendahari PAS Razman Zakaria mengumumkan lebih RM500,000 dikutip dari penyokong PAS yang diketahui memang patuh dan setia kepada pemimpin mereka sehingga sanggup bergadai harta dan wang ringgit demi jemaah.
Yang duk syok ialah peguam-peguam England kutip yuran guaman. Pemimpin PAS yang ke London pergi bayar sendiri ke guna duit penyokong? Kelas ekonomi ke Business Class?
Tak apalah, kita tunggu semuanya pada hari pembalasan, kan senang macam tu?
Lagi murah kita tunggu pembalasan di Padang Mahsyar tanpa menyusahkan penyokong PAS, betul ke tidak? Ni macam alasan bila kalah pilihan raya – tak apa, janji kita menang di akhirat. Nama parti politik, nak masuk pilihan raya, tapi bila kalah alasan dah tersedia. Hebat betul.
Paling melucukan penyelesaian luar mahkamah ini membolehkan Sarawak Report mengekalkan artikel tentang dakwaan pimpinan tertinggi PAS terima RM90 juta dari Najib. Maksudnya dah riuh sekampung, dah belanja RM2 juta, penyokong dah kasi RM500,000 – tapi artikel yang dikatakan fitnah akan kekal ada.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang begitu setia pada Presiden mengatakan mereka tak kisah artikel itu tak diturunkan kerana selepas bertahun-tahun artikel tu disiarkan, Sarawak Report tak ada bukti PAS terima RM90 juta. Boleh dapat hadiah ni sebab punya hebat Tuan Ibrahim buat penakulan mantik nak selamatkan Haji Hadi. Rugi kan Anwar Ibrahim tak dapat Timbalan Presiden yang setia macam Tuan Ibrahim?
Tapi, Haji Hadi tetap hebat berbanding kawan baik dia
Sebenarnya Najib ada back up PAS dalam hal ni, dia tulis dekat Facebook dia yang PAS actually tak pernah terima dana RM90 juta daripada dirinya. Sajalah kami cakap, nanti kalian cakap kami ‘mahacai pulak’. Apa yang kami tulis di atas adalah datang daripada persoalan-persoalan kami – sebabnya kami pelik, awal-awal yakin, lepas tu kutip derma, punyalah diraikan kemenangan pra-perbicaraan – alih-alih nak settle luar mahkamah pulak!
Cuma Haji Hadi hebat sikit banding dengan kawan baik dia, Najib. Pada 5 Julai 2015, media seperti Star dan Astro mengatakan Najib akan menyaman Wall Street Journal kerana laporan dia terima RM2.6 bilion pada hari Selasa.
Sehingga hari ini, dah beratus-ratus Selasa berlalu Najib masih lagi belum saman WSJ. Mungkin Najib dah tahu dia akan kalah Pilihan Raya dan akaunnya akan kena beku jadi baiklah simpan duit yang ada sedikit sebanyak dari nak saman akhbar Amerika. Malu apa bossku?
[poll id=”6″]