Majlis makan malam di rumah Azmin, ini dia senarai MP yang hadir…

Lol
Majlis makan malam di rumah Azmin, ini dia senarai MP yang hadir…

Semalam kita digemparkan dengan berita Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional kat kediaman rasminya di Presint 10. Dipercayai kesemua mereka berada di rumah tu sejak pukul 7 petang dan kelihatan meninggalkan kediaman Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada pukul 11 malam.

Dalam 4 jam tu, mesti banyak benda boleh dibincangkan. Kami pun tak nak ulas panjang, tapi ramai yang nak tahu siapa-siapa je yang datang kat perjumpaan tu. So kami senaraikan kat bawah…

DISCLAIMER: Ini adalah nama-nama yang dipercayai datang melalui laporan MalaysiaKini, Sinar Harian dan sumber terdekat ORANGKATA. Beberapa nama dalam senarai ini mungkin menafikan hadir, atau tidak hadir.

1. Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

1
Via NST

2. Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamaruddin Jaffar

Kamaruddin Jaafar
Via Projek MMO

3. Ahli Parlimen Cameron Highlands BN, Ramli Mohd Nor

3
Via Umno Online

4.  Ahli Parlimen Umno, Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar)

4
Via Awani

5. Abdul Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Lipis

5
Via FB

6. Ismail Abd Muttalib, Ahli Parlimen Maran

6
Via Perak Today

7. Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah

7
Via Berita Harian

8. Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim

8
Via Berita Harian

9. Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said

9
Via Berita Harian

10. Datuk Hasbullah Osman, Ahli Parlimen Gerik

10
Via Youtube

Selain tu ada lagi nama-nama lain, dan kami akan buat artikel esok…

Selain tu beberapa lagi individu seperti Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah, Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib; Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noriani Ahmad dipercayai hadir dalam majlis makan-makan ni. Dipercayai Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, turut hadir.

Sebab apa Azmin adakan pertemuan ni masih lagi misteri, katanya dia nak jumpa MP dari PKR pulak hari ni. Kami rasa dia nak beri penjelasanlah tu. Apa-apa pun korang ingat dulu nama-nama ni dan cuba cari persamaan di antara diorang. Esok kami akan tulis lagi satu artikel pasal benda ni, nantikan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top