Perlawanan piala ‘alam semesta’ dijangka hangat, PDRM beri peringatan…

S1

Kalau ada perlawanan bola sepak paling hangat di Asia Tenggara, sudah tentu ramai yang setuju perlawanan di antara Malaysia dan Indonesia adalah perlawanan tu. Setiap kali kedua-dua pasukan ni bertemu mesti ada insiden yang berlaku, kita harap perlawanan malam ni takdelah. Macam baru-baru ni perlawanan kat Indonesia – ada penyokong Malaysia nak diserang.

Perlawanan ni memang hangat, kami pun jadi nak semangat nak tulis.

Umpama perlawanan akhir, tiket laku macam pisang goreng panas…

Umpama perlawanan akhir piala alam semesta, itulah senario jualan tiket babitkan skuad Harimau Malaya berdepan Indonesia kat Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Sebanyak 74,308 tiket dah terjual.

S1
Via Tribunews

Walaupun ia hanya aksi peringkat Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, benda macam ni jarang berlaku sebab selalunya tiket habis kalau babitkan peringkat final ataupun separuh akhir. Ini perlawanan peringkat kumpulan je pun. Kalau ikut kenyataan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), takde kaunter tiket akan dibuka di SNBJ pada hari perlawanan kalau tiket tu habis terjual secara atas talian.

Stadium yang boleh muatkan hampir 90,000 penyokong tu dijangka penuh dengan FAM turut peruntukkan sejumlah 4,500 tiket bagi penyokong pasukan Indonesia seperti mana yang dimohon oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Tak sabarnyeeeee. Via Giphy

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang meraih kemenangan penting ke atas Thailand pada Khamis lalu sasarkan tiga mata penuh dalam aksi ni demi mencerahkan laluan ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia. Skuad Garuda yang masih gagal Kutip sebarang mata setakat ni dan memerlukan kemenangan demi ‘survival’ pasukan di dalam saingan Kumpulan G ini.

Tiket dah habis, PDRM dan FAM nasihatkan jangan jual tiket pada penyokong lawan

Kalau korang baru nak dapatkan tiket, nampaknya korang kena lupakanlah niat tu. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dah umumkan kesemua tiket bagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Malaysia dan Indonesia dah habis terjual. Benda ni bermakna takde penjualan tiket kat kaunter hari ni.

S1
Penuh weh. Via FAM

Untuk elakkan benda yang boleh cemarkan nama Malaysia, FAM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mohon kerjasama penonton tempatan untuk tak jual tiket kepada penyokong pasukan lawan. Benda ni bagi elakkan sebarang isu keselamatan berlaku serta aliran kemasukan penyokong ke dalam stadium.

Sebelum ni dah berlaku insiden jumlah penyokong pasukan Thailand mencecah 5,000 orang sedangkan peruntukan yang ditetapkan hanya sejumlah 2,500 orang je.

S1
Insiden yang tak akan dilupakan penyokong Malaysia. Via AWANI

Oleh sebab tu, FAM dan PDRM mintak kerjasama daripada penyokong tempatan untuk tak ulangi perkara yang sama dengan jual tiket kepada penyokong pihak lawan sebab benda ni akan menyukarkan kelancaran kemasukan masuk ke dalam stadium buat penyokong pelawat.

Syafiq tak dapat main, tapi kita ada Mat Yo yang sentiasa bersedia…

Ketiadaan penyerang utama, Muhammad Syafiq Ahmad akibat penggantungan satu perlawanan, sedia digalas seorang lagi penggempur kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.

Penyerang Pahang tu yang lebih mesra dengan panggilan ‘Mat Yo’ dedahkan; dia sedia pamerkan sentuhan pemusnahnya pada perlawanan tu, dalam mencerahkan peluang Malaysia meraih tiket automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China.

Muhammad Syafiq sah terlepas aksi menentang Indonesia setelah mengutip dua kad kuning pada aksi pusingan kelayakan, menentang Vietnam dan Thailand.

“Untuk saya, moral pasukan agak baik selepas kita menewaskan Tajikistan (pada aksi persahabatan) dan Thailand (pada pusingan kelayakan), cuma pemain tidak harus terlalu yakin untuk perlawanan esok,” – Mat Yo, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

S1
Adakah dia menjaring malam ni? Via Sports

Indonesia merupakan salah satu pasukan yang agak kuat, dan kita perlu berjaga-jaga dan sekiranya kita memberi tumpuan penuh sepanjang perlawanan malam esok, Insya-Allah kita akan berjaya, tambahnya.

Mat Yo juga tegaskan, sikap terlalu yakin untuk tewaskan Indonesia harus diketepikan, kerana pasukan lawan dijangka bertekad membalas dendam di atas kekalahan 2-3 di Jakarta, pada 5 September lepas.

Kita tunjukkan pada dunia penyokong Malaysia ni ada tamadun…

Kami teringat pulak satu kata-kata tu – orang baling batu kita baling dengan buah. Walaupun penyokong kita tak dapat layanan yang baik masa berkunjung ke Stadium Gelora Bung Karno, benda ni tak bermakna kita kena lakukan benda yang sama terhadap penyokong Indonesia. Apa-apa pun mari kita berikan sokongan kepada Harimau Malaya untuk perlawanan malam ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *