PH kalah lagi di Kimanis, ini adalah hal WAJIB yang perlu dilakukan PH…

F1

Macam yang ramai dah tahu, Barisan Nasional mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis pada pilihan raya kecil minggu lepas. Calon BN, Datuk Mohamad Alamin, menang dengan majoriti 2,029 undi selepas memperoleh 12,706 undi, manakala Datuk Karim Bujang, dari warisan dapat 10,677 undi. Kalau korang perasan; selepas PRU14 – kita ada 10 PRK, dan 5 daripadanya dimenangi PH dan selebihnya pembangkang.

Ramai yang kata PH perlu muhasabah dan mula tunaikan janji kepada rakyat

Apabila PH kalah di Kimanis, setelah dimalukan di Tanjung Piai, ramai yang kata PH perlu banyak muhasabah dan kembali ke landasan yang betul untuk menunaikan janji-janji PRU diorang. Cuma, kami rasa benda tu susah nak berlaku. Sesetengah pimpinan PH ni lain macam sikit; walaupun diorang dah berkali-kali dikritik, diorang selamber je buat muka tebal.

S1
Via IsmaWeb

Kami pernah tulis beberapa saranan yang diberikan oleh orang ramai setelah PH kalah di Tanjung Piai. Melihat perkembangan PH setelah kekalahan tu, nampaknya pesanan-pesanan yang diberikan oleh rakyat seperti takde gunanya pun. Diorang tetap kekalkan menteri-menteri yang selalu jadi bahan lawak, bermain-main dengan manifesto dan takde perancangan yang jelas tentang peralihan kuasa.

Kami percaya peralihan kuasa yang berlaku dengan aman semasa PRU14 berlaku kerana rakyat berada pada fasa ‘tenang’. Mereka tak terlalu agresif dalam pendirian politik; kerana telah tahu apa yang akan diundi pada PRU14, iaitu jatuhkan Barisan Nasional. Hal ini yang ada pada minda kebanyakan rakyat Malaysia. Atas sebab ini – tak banyak pergaduhan berlaku masa tu.

Ini tenang sebab benda lain. Via Giphy

Hal terakhir yang dimahukan oleh PH adalah rakyat memasuki mood ‘tenang’, bukan tenang sebab ambik barang, tapi tenang sebab dia tahu dah kat dalam hati dia nak pilih apa masa PRU15 nanti. Kalau korang pergi kedai-kedai mamak, atau kampung-kampung; korang akan nampak ramai orang dah tenang dan muak dengan game politik.

Oleh sebab tu PH kena mula serius dan tak tadbir Malaysia macam diorang masih pembangkang. Kerajaan dulu banyak lakukan kerosakan, tapi kalau asyik guna modal yang sama – orang pun akan bosan. Diorang kena mula bekerja dan tunjukkan pada rakyat diorang yang PH mampu bawa kesejahteraan hidup dan ekonomi dengan lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.

Nak tadbir negara ni tak boleh buat seorang-seorang, kena bersama pasukan yang kuat

Satu benda yang harus dibuang dari imej PH adalah – ia dipandu oleh seorang saja, iaitu Tun Mahathir. Dominasi individu dalam pakatan politik sebenarnya tak sihat. Sebab untuk uruskan sesebuah negara – anda perlu pasukan, bukan semata-mata ketua. Kami percaya ketua yang handal akal kalah dengan ketua yang sederhana tapi mempercayai pasukannya.

S1
Tun Mahathir. Via The Edge Market

Satu hal lagi yang PH kena terima, populariti Tun Mahathir jugak semakin menurun sejak PRU14. Kalau sebelum PRU14, barangkali ada orang akan mengimbau sejarah masa dia jadi PM4, tapi sekarang dah semakin surut. Sebab diorang tak rasa yang dia telah kembalikan ‘kesejahteraan’ rakyat melalui PH.

Ia juga mesej yang perlu dibaca oleh BERSATU, sebabnya ia tunjukkan diorang tak boleh dah terlalu bergantung pada Tun Mahathir. Diorang kena mula jadi ‘relevan’ dan ‘ada prinsip’ kalau diorang nak kekal lama dalam line politik. Kami cakap macam ni sebab diorang selalu kata PH menang sebab Tun Mahathir.

B1
Bersatu. Via MalaysiaKini

Tun Mahathir mungkin jadi salah satu faktor, tapi PH menang PRU14 bukanlah semata-mata kerana Tun Mahathir. Rakyat masa PRU14 tu memang dah penat dengan skandal dan rasuah yang dilakukan orang-orang penting BN, sebab itu diorang berani tukar kerajaan. Kalau PH hari ni main-main dengan mandat yang diberikan, rakyat pun tak akan segan silu nak tukar balik.

Untuk jadikan PH lebih stabil, peralihan kuasa perlu berlaku dengan segera

Kami selalu cerita pasal peralihan kuasa ni bukan sebab kami kemaruk nak Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri kita, cuma kami tengok itulah cara paling drastik untuk perubahan ‘direction’ dalam PH berlaku. Kami pernah tulis panjang lebar tentang sebab-sebab transisi ni perlu terjadi. Walaupun PH berjaya tawan Putrajaya, tapi diorang masih bermasalah nak tawan hati rakyat.

As1
Via FMT

Selain daripada sembang pasal direction politik PH, kena jugak cakap pasal kestabilan. Salah satu sebab PH tak berfungsi dengan baik sejak menang PRU14, terlalu banyak drama yang wujud. Tak kiralah siapa pelakonnya, kadang-kadang satu geng pun gaduh. Isu peralihan kuasa adalah topik yang paling famous untuk jadi tajuk drama diorang.

Apabila peralihan kuasa berlaku – ia akan hentikan semua drama-drama yang tak best ni. Politik ni takdelah kompleks mana, antara benda simple yang sesebuah koalisi tu kena buat; cari kestabilan politik supaya kerja-kerja untuk bangunkan negara boleh dilakukan. Dia macam rumah tangga lah, kalau hari-hari gaduh, keputusan-keputusan bijak tentunya tak akan dapat diambil.

Via Giphy

Kami percaya peralihan kuasa akan bawak kestabilan, orang-orang yang nak halang benda ini; akhirnya akan patuh pada mereka yang berkuasa. Lepas tu, PH bolehlah habiskan masa diorang untuk bangunkan negara. Isu peralihan kuasa ni dah jadi tembok besar untuk PH, selagi ia tak dilakukan, selagi tu diorang akan berada dalam masalah.

PH masih ada masa untuk berubah jadi lebih baik, tapi masa tu semakin suntuk

Kami tertarik dengan satu ciapan Twitter, katanya – walaupun korang marah dengan BF korang, tak semestinya korang nak pergi dekat ex-BF. Maksudnya, walaupun ramai yang marah dengan PH hari ni, tak semestinya diorang nak BN jadi kerajaan balik. Apa yang penting, PH kena berubahlah. Ganti menteri yang tak function, mula tunaikan janji dan lakukan transisi PM dengan baik, kami rasa diorang ada masa lagi sebelum PRU15 datang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *