Sarawak Report persoalkan perkahwinan anak Azmin yang terlalu mewah, tanya wang dari mana?

F1

Apabila seseorang tu dah memutuskan untuk terjun ke dalam dunia politik, dia hilang beberapa benda. Salah satu benda yang perlu dia lepaskan adalah – hal privasi (kebersendirian). Kalau kita orang awam; orang tak nak tahu pun berapa yang ada dalam akaun bank kita (sebab memang sikit pun, HAHA), anak kita kahwin dengan siapa etc. Sebab ia tak beri kesan pun pada orang lain.

Berbeza dengan ahli politik, lebih-lebih lagi kalau dah jadi menteri. Orang akan sentiasa memerhatikan geng-geng ni. Sebab apa yang diorang lakukan boleh beri kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat. Baru-baru ni ada seorang menteri rasa ‘kehangatan’ jadi seorang menteri…

Dahulu kita anti benar dengan perkahwinan mewah keluar ahli politik, sekarang dah boleh eh?

Tun Mahathir sering mempersoalkan acara perkahwinan yang mewah. Dahulu ia sering dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Pada tahun 2015, Tun Mahathir pernah tanya – daripada mana duit untuk perkahwinan mewah tu datang?

Satu masalah yang kita hadapi hari ni; ahli politik tak nyatakan dan jelaskan aset secara terperinci dalam pengumuman harta diorang. Keadaan ni buatkan ramai ragu dengan kredibiliti ahli politik yang buat apa-apa acara mewah untuk ahli keluarga diorang.

Satu majlis perkahwinan anak seorang menteri secara tiga hari berturut-turut kat hotel lima bintang Mandarin Oriental, telah mula tersebar dalam bentuk gambar dan video kat media sosial. Ahli politik kena ingat, media sosial ni memang tempat untuk rakyat persoalkan tindakan ahli politik, lebih-lebih lagi kalau melibatkan wang.

https://www.youtube.com/watch?v=RtWvJZX8hSw

Ia adalah perkahwinan ahli keluarga Azmin Ali yang kedua dalam masa kurang dari setahun dan menyebabkan orang mula bercakap tentangnya. Dia jugak tak sebut hartanya secara spesifik dalam deklarasi harta dan ramai yang tahu dia datang daripada keluarga yang sederhana.

Bukan setakat kos perkahwinan mewah, perbelanjaan melancong pun cecah RM300K…

Azmin juga tengah hadap kes mahkamah yang libatkan RM300,000 bil perjalanan peribadi dan keluarga yang tak dibayar. Kes saman ni pun sebenarnya beri gambaran – betapa besarnya kos keluarganya ketika melancong di luar negara. Kena ingat, dalam perisytiharan harta Azmin; dia berpendapatan RM69,186.48 sebulan. Dia kena gabungkan lebih kurang 5 bulan gajinya untuk bayar hutang tu.

S1
Kes saman Azmin. Via Mahkamah

Boleh jadi jugak perkahwinan anak Azmin ni dapat tajaan atau dibayar oleh dermawan, tapi apabila seseorang tu adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang bertanggungjawab terhadap keputusan kewangan awam dan tender berbilion ringgit, tajaan seperti ni harus diteliti. Sekurang-kurangnya, sumber wang untuk perbelanjaan majlis kahwin yang mewah ni patut diisytiharkan. 

Walaupun Azmin setuju untuk bayar beberapa bil yang dia berhutang, Azmin Ali dah umumkan kepada media yang dia berhasrat untuk ‘saman balas’ YHA Travel atas sebab maklumat tentang kegagalannya untuk bayar invois telah dibocorkan ke Sarawak Report. Padahal bahan yang diterbitkan oleh Sarawak Report tu boleh dimuat turun dari portal web Mahkamah Tinggi KL.

Dakwaan keterlibatan Sarawak Report dalam menyebabkan video dan gambar perkahwinan anaknya tersebar kurang tepat, dia menteri kot – sudah tentu benda-benda macam ni rakyat akan ambik kisah dan cari maklumat.

Oleh sebab berlakunya ‘kebocoran maklumat’ yang dikaitkan dengan peredaran video perkahwinan tu, Azmin dah nyatakan keengganannya untuk bayar adalah disebabkan kemarahan atas penglibatan seorang ahli agensi pelancongan dalam peredaran video tu.

Tuduhan ni nampaknya palsu, sebab ada orang yang dah mengaku bertanggungjawab dalam menyebarkan video tu. Orang tu sebarkan video atas kapasiti peribadi. Tuntutan-tuntutan dalam ‘saman balas’ ni tunjukkan sebab sebenar di sebalik keengganan Azmin membayar YHA Travel.

Yang menariknya, dari video yang kini beredar di media sosial, para tetamu yang menyaksikan masa tu ramai orang penting. Orang-orang ni termasuklah anggota keluarga Tun Mahathir, beberapa menteri, ahli UMNO yang terlibat dengan perjumapaan Azmin baru-baru ni dan Ketua Polis Malaysia, orang yang sedang melakukan siasatan ke atas kesahihan ‘pita seks Sandakan’.

Malaysia Baharu tak boleh setakat slogan, tapi ia perlu direalisasikan melalui perbuatan

Kalau tengok perkahwinan yang mewah ni, ia takde beza pun dengan perkahwinan-perkahwinan mewah yang wujud dalam kerajaan sebelum ni. Penting untuk orang-orang dalam Pakatan Harapan sedar; ungkapan Malaysia Baharu bukan hanya pada bibir je, tapi juga perbuatan. Lebih membimbangkan apabila ramai VIP hadir dalam majlis kahwin ni.

Secara logik – mesti susah nak dakwa orang kalau kita ada hubungan baik dengan dia. Benda ni akan jadi cakap-cakap orang, dan menguris imej dan kredibiliti kerajaan.

Artikel ni diterjemahkan dan disunting daripada artikel yang bertajuk BN Style ‘Wealth Weddings’ Ought Surely To Be Going Out Of Fashion? Terbitan Sarawak Report.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *