Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
PolitikSejarah

Sejarah wilayah Setul, kawasan yang pernah menjadi milik Kedah

By Che Din
March 24, 2019 3 Min Read
Comments Off on Sejarah wilayah Setul, kawasan yang pernah menjadi milik Kedah

Ramai yang selalu sembang tentang bagaimana dekatnya Singapura, Indonesia dan Brunei dengan sejarah silam Malaysia, khususnya ketika era Kepulauan Melayu Nusantara belum dipisahkan seperti hari ini.

Namun, kisah betapa dekatnya Selatan Thai dengan Semenanjung Tanah Melayu selalu orang terlepas pandang. Hakikatnya, bukan wilayah Patani sahaja yang mempunyai akar sejarah dengan negara kita.

Kerajaan Setul Mambang Segara, bukan mambang tanah, atau mambang air…

Hai…mambang tanah, mambang air, berdampinglah dengan ku mambang…

Kini tempat tu dikenali sebagai Muang Satun, nama ‘Kerajaan Setul Mambang Segara’ mungkin asing untuk kita. Sehingga 1813, Muang Satun asalnya merupakan sebuah mukim negeri Kedah Darul Aman di Tanah Melayu, dan dikenali sebagai Mukim Setul/Satol/Setoi.

Setul berasal daripada nama buah Setul, manakala ‘Mambang Segara’ merujuk kepada Dewa Laut (dewa Pra Samut Thewaa), merujuk kepada kepercayaan Melayu silam berkenaan penjaga laut dan matahari (bersama 14 buah pulau) di Laut Andaman, yang terletak di sebelah barat wilayah tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=QAOvbediOA4

Kerajaan Setul Mambang Segara merupakan kerajaan Melayu silam yang diasaskan pada 1808 apabila berlaku pemisahan antara pemerintah di Kesultanan Kedah. Sesetengah catatan menyatakan bahawa ia telah menjadi naungan Kedah sejak sebelum tahun 1136 lagi.

Pemerintahan secara rasmi di Setul bermula pada 1804 apabila Tunku Bisnu (putera Sultan Abdullah Mukarram Shah – Sultan Kedah ke-20) diamanahkan tanggungjawab sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II (Sultan Kedah ke-21). Pada 1821, berlaku perebutan kuasa antara Tunku Bisnu dan adiknya, Tunku Yaakub (Tunku Embun).

Gaduh…Via Tenor

Setul yang perlahan-lahan meninggalkan Kedah…

Selepas beberapa siri pertempuran melibatkan campurtangan Siam dan Ligor, Setul kemudiannya diisytiharkan sebagai bukan lagi jajahan Kedah, namun masih diperintah oleh Tunku Bisnu. Kemudian, pemerintah bertukar tangan kepada Tunku Muhammad Akib (1843-1876); Tunku Ismail (1876 – 1888) dan Tunku Abdul Rahman (1888 – 1897). Pada 17 Mei 1897, Setul, Kedah dan Perlis digabungkan di bawah nama ‘Monthon Saiburi’, bermaksud wilayah kecil pentadbiran yang dilindungi awan.

Menjelang pertengahan kurun ke-19, Perlis dan Setul memperoleh kedaulatan daripada kerajaan Siam dan terpisah daripada Kedah. Siam kemudiannya menakluki Kedah pada 1821-1830, menjadikan Setul sebagai wilayah sendiri, meskipun sebenarnya masih lagi sebahagian dari Kedah. Sultan Abdul Hamid kemudiannya melantik Tunku Baharuddin (Ku Din) Ku Meh menjadi pentadbir Setul. Ku Din yang pro kepada Siam, kemudian dilantik oleh Raja Chulalongkon sebagai Raja Setul sehingga 1915.

Nampak tak mana Setul? Via ISMA

Apabila perjanjian British dengan Siam dimeterai pada 1909, British telah menyerahkan Setul kepada Siam. Setelah kawasan pesisir Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dipisahkan pada tahun 1824 melalui perjanjian Inggeris-Belanda, kini wilayah utara Semenanjung pula dipisahkan oleh Inggeris dan Siam (pada 1909).

Perjanjian ini memberikan kesan kepada beberapa buah negeri selain Kedah dan Perlis iaitu Kelantan dan Perak, yang kemudiannya memberikan kesan kepada kerajaan asal Melayu di wilayah-wilayah berkenaan.

Asalnya Tanah Melayu lebih besar daripada yang kita tengok hari ni…

Wilayah Setul yang seluas 120 batu persegi dengan beberapa pulau seperti Pulau Adang, Pulau Tarutau dan Pulau Panjang kemudiannya secara rasmi menjadi milik penuh Siam. Mukim ini bersempadan dengan Perlis dan Kedah pada hari ini, dan bahasa asalnya adalah bahasa Melayu. Kedaulatan Kerajaan Setul berakhir secara rasmi pada 1915, apabila Kerajaan Siam membubarkannya.

Raja terakhir Setul, Tunku Baharuddin telah dilucutkan kuasanya oleh Kerajaan Siam pada tahun 1915, dan jawatannya kemudian digantikan oleh Pensuruhjaya Tinggi berbangsa Siam yang dilantik dari Bangkok. Satun pada mulanya ditadbirkan bersama Phuket dan pada 1925 dan diletakkan di dalam wilayah Nakhon Si Thammarat. Kemudian, Satun mula ditadbir secara sendirian pada 1933.

Raja terakhir Setul. Via Wikimedia

Asalnya, Semenanjung Tanah Melayu meliputi wilayah Segenting Kra yang kini termasuk di dalam wilayah Thailand dan Myanmar. Penduduk pribumi di Negeri Patani bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kelantan (Yawi/Jawi) sementara penduduk Melayu daripada wilayah Setul hinggalah ke Rundung dan Pulau Dua (Kawthoung) di dalam wilayah Myanmar pada hari ini bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kedah.

Mereka adalah penduduk yang mempunyai susur galur sehingga ke Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka. Bukan sahaja semakin ramai rakyat Selatan Thai yang tidak fasih berbahasa Melayu, malah kebanyakan nama kawasan di sana telah di’siam’kan. Demikianlah kisah sebuah kerajaan Melayu yang pernah berdiri di Satun, namun sering dilupakan dalam lipatan sejarah. Sejarah ini mesti – tidak boleh tidak diangkat kembali, supaya kita dapat kembali ke akar dan belajar tentang erti sakitnya dijajah dan dikhianati.

 

Author

Che Din

Follow Me
Other Articles
Previous

Selepas tolak pembinaan pawagam, KELANTAN nak perluas bandar selamat

Next

Pelajar MALAYSIA satu-satunya pelajar asing menang anugerah di JEPUN

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme