Pelajar MALAYSIA satu-satunya pelajar asing menang anugerah di JEPUN

Selain daripada Jepun dijadikan tempat untuk Malaysia pinjam duit, kita juga selalu hantar pelajar ke sana. Siapa yang tak kenal Jepun? Tanpa Jepun zaman kanak-kanak kita mungkin kurang bermakna. Lebih-lebih lagi kalau zaman kanak-kanak korang ada telefon bimbit dan internet. Hampir setiap malam korang boleh habiskan masa tengok video sambil baring-baring kat atas katil. Sebabnya, Jepun memang terkenal dengan anime – macam-macam anime ada.

Baru-baru ni, ada pelajar Malaysia yang dapat anugerah di sana. Siapa dia? Kami persembahkan…

Faridathul Amera Razali, 23, graduan sarjana muda Kejuruteraan Sistem Elektronik

Pelajar Malaysia dinobat pelajar terbaik bagi subjek bahasa Inggeris dan Jepun pada majlis konvokesyen Universiti Takushoku, Hachioji.

Faridathul Amera Razali, 23, graduan sarjana muda Kejuruteraan Sistem Elektronik menerima anugerah disampaikan Dekan Fakulti Kejuruteraan, Takahashi Takehiro, di bilik khas, Dewan Peringatan Onshi, sejurus selepas majlis.

Beliau satu-satunya pelajar asing yang menerima anugerah cemerlang dari fakultinya yang membabitkan seramai 310 pelajar.

Hampir 2,000 pelajar menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen kali ini merangkumi lima fakulti iaitu Kejuruteraan, Sains Politik dan Ekonomi, Bahasa Asing, Kajian Antarabangsa dan Perdagangan.

Via BH

Ketika ditemui, Faridathul Amera, anak ketiga dari empat beradik tidak menyangka menerima anugerah cemerlang dalam bahasa Jepun dan Inggeris kerana menganggap subjek bahasa Jepun khususnya agak sukar lagi mencabar.

“Agak sukar belajar pada peringkat awal, tambahan pula berhadapan pelajar asing dengan tidak ramai pelajar perempuan, hanya saya dan dua lagi dari Jepun dan China manakala 65 orang lagi rakan sekelas adalah pelajar lelaki.”

Dia juga kata – saya belajar lebih masa kerana kebanyakan kajian atau tesis dilakukan secara individu, namun pengalaman membantu pensyarah dan kerja sambilan turut meningkatkan keupayaan komunikasi khususnya bahasa Jepun.

Via BH

Dorongan keluarga termasuk dua abang yang bekerja sebagai jurutera memberi kekuatan untuk saya meneruskan pengajian dan membuat tugasan yang terbaik,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.

Pelajar Program Pendidikan Tinggi Malaysia-Jepun (MJHEP) tajaan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) itu ditemani kedua ibu bapa, Paridah Saman dan Razali Johari serta abang dan adik lelakinya.

Pengorbanan ibu bapa berbaloi…

Sementara itu, Paridah, 51, yang juga guru Sekolah Kebangsaan Saujana Impian Dua, Kajang, kata pengorbanan beliau dan suami berulang alik menghantar anak perempuan tunggalnya belajar bahasa Jepun selama tiga bulan di Cheras sebelum ini, ternyata berbaloi.

Bagi Idham Syami Mohd Johari, 23, yang mengikuti program Kejuruteraan Mekanikal, beliau berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepadanya. “

“Kedua ibu bapa saya juga menyokong hasrat saya untuk bekerja di sini apabila saya ditawarkan bekerja sebagai jurutera reka bentuk di Kanagawa,” – Faridathul

Rakan kursus, Nur Syamimi Ishak, 23, dari Kepala Batas, Pulau Pinang turut berterima kasih kepada keluarga dan MJHEP yang membantunya mencapai cita-cita sebagai jurutera.

Via Giphy

Dia ada jugak cakap – saya bukan berasal dari keluarga senang dengan ayah bekerja kontrak dan ibu suri rumah yang membuat kerja sambilan untuk menyara keluarga. Peluang diberikan MJHEP membantu saya menzahirkan impian untuk membantu keluarga.

Kita ada hantar lebih banyak lagi pelajar ke Jepun

Baru-baru ni, seramai 117 pelajar akan berlepas ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran bawah Program Pengajian Tinggi Malaysia-Jepun (MJHEP) tajaan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) pada 17, 19 dan 20 Mac ini.

“Gelombang kedua Dasar Pandang Ke Timur akan memberi tumpuan pada bidang baharu dan terkini seperti teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa, teknologi pengangkutan rel, komunikasi serta animasi,” – Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa

Kami di ORANGKATA harap – lepas ni akan adalah lagi pelajar Malaysia di Jepun yang akan harumkan nama negara dengan menjadi pelajar cemerlang atau insan yang membantu masyarakat di sana. Kalau korang ada peluang untuk ke Jepun, siapa yang korang nak jumpa?

*Artikel ini merujuk laporan Berita Harian, dan diubah mengikut kesesuaian 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *