Nampaknya, bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli baru dibebaskan kes fitnah Tabung Haji.
Rafizi ni antara hero isu Tabung Haji. Sejak dia jadi Ahli Parlimen tahun 2013, dia tulis lebih 30 analisa tentang Tabung Haji. Kes ni memuncak pada 2016 Rafizi dedahkan rizab Tabung Haji negatif dua tahun berturut-turut. Ya lah, Rafizi ni akauntan bertauliah jadi dia bacalah akaun Tabung Haji.
Pagi td, Mahkamah Majistret KL membebaskan saya stlh didapati tidak bersalah dlm kes #TabungHaji
Saya didakwa memfitnah TH oleh pentadbiran @NajibRazak setelah saya siarkan analisa kedudukan kewangan https://t.co/c9VrPTQ7gF
Tkasih peguam2: En Azhar, En Yunus, En Adi, En Zarith pic.twitter.com/2NvQqdEBCy
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) February 27, 2019
Masalah rizab Tabung Haji ini dah dapat perhatian Bank Negara ketika tu. Cybertrooper UMNO serang Rafizi bagai nak rak. 5-6 hari Rafizi kena tahan dalam lokap. Tahun 2017, Menteri Agama waktu tu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kata RM500 juta dikeluarkan dari Tabung Haji sebab fitnah pembangkang.
Apabila Tabung Haji bertukar menjadi skim cepat kaya
Antara masalah besar Tabung Haji, adalah kegagalan pelaburan RM549 juta (sebahagiannya kerana diseleweng) dan disembunyikan. Tujuan dia, Tabung Haji repot untung yang lebih tinggi untuk bayar dividen kepada penabung, tapi untung dan wang tu tak ada.
Tabung Haji pun buat magik dengan saham Bank Islam. Konon untung RM533 juta tapi sebenarnya diorang jual kat broker saham, rekod untung sebelum beli balik saham pada harga sama. RM436 juta untung anak syarikat Tabung Haji pula tidak dibayar sehingga 30 September 2018. Jadi untung itu tak ada.
Jadi macam mana Tabung Haji bayar dividen kepada penabung? Dengan duit penabung baru, ala-ala skim cepat kaya atau Pak Man Telo. Ikut Akta Tabung Haji ni salah, Tabung Haji hanya boleh bayar dividen bila untung.
Patutnya dulu, PAS sebagai parti Islam perlu ke hadapan tentang isu ni. Tapi Rafizi dari PKR ke hadapan.
Sebab tu lah Menteri Agama, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa umumkan Tabung Haji ada defisit RM4.1 bilion (lagi besar dari derma Najib) hasil audit syarikat audit terkenal PWC. Sebuah ‘Special Purpose Vehicle’ ditubuhkan untuk pulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji dan Bank Negara akan bantu selia Tabung Haji untuk tujuan pemulihan.
Sekarang UMNO-PAS yang dah nikah all out serang perkembangan ni. Kononnya ni agenda nak burukkan imej Islam, nak bagi DAP jaga Tabung Haji.
Pakar kewangan Islam ni ada beri pandangan yang lebih adil
Pakar Kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abdul Rahman dah jawab isu ni di FBnya.
“Saya berpandangan agar kita tidak terlalu berlebihan berpolitik dalam hal Tabung Haji (TH) ini kerana institusi TH ini menuntut tadbir urus yang professional lagi kemas melangkaui kepentingan politik kepartian. Ia adalah untuk semua umat Islam di Malaysia malah menjadi role model di peringkat antarabangsa.” – Dr. Zaharuddin
Justeru, muslim dan semua pencarum TH patut lebih gembira apabila TH diletakan bawah pemantauan BNM kerana ia bakal menjamin;
a. Tiada atau sekurang-kurangkan minima salah tadbir urus berlaku di TH pada masa akan datang, khususnya yang melibatkan kepentingan politik kepartian.
b. Sebarang perubahan polisi-polisi tertentu yang menyalahi amalan pentadbiran kewangan sihat dan perakaunan yang betul akan cepat dapat dikenalpasti.
c. Pengurusan risiko yang kemas lagi ketat bagi menjaga jangka hayat TH serta menghalang TH dari melabur ke tempat tinggi risiko, sebelum ini mungkin telah dikompromikan dengan arahan ‘orang politik’.”
Kesimpulannya, adalah bagus TH diletak di bawah kawal selia BNM yang professional dan juga ketat bagi aspek audit & governance. Menurut sumber berautoriti yang saya perolehi, TH tetap di bawah kuasa langsung YAB PM dan Menteri Agama dan bukannya BNM atau MOF.
Apa pulak pandangan Pengarah Tabung Haji, Prof Dr Ashraf Md Hashim?
Hahh….ini dia kata;
Terima kasih kepada yang prihatin kes Tabung Haji. Ini menunjukkan kita sayang kepada organisasi ni. Secara ringkas, saya simpulkan:
Lembaga Pengarah baru telah melantik Pricewaterhouse Cooper (PWC), iaitu sebuah firma audit antarabangsa yang bebas politik dan mempunyai kredibiliti untuk melakukan semakan mengenai kedudukan sebenar Tabung Haji (TH).
Tiada arahan untuk mencari salah sesiapa, melainkan menyatakan hakikat sebenar. Apa yang dijumpai adalah hakikat sebenar tidak sama sebagaimana dalam laporan kewangan. Sahabat-sahabat boleh lihat nota lembaga pengarah dalam dokumen yang dibentangkan dalam parlimen. Boleh minta dari mana-mana ahli Parlimen terdekat.
“Kawal Selia” oleh Bank Negara bukan bermaksud Tabung Haji akan berada di bawah Bank Negara (BNM).
Tiada dalam Akta Tabung Haji yang menyatakan bahawa Tabung Haji berada bawah BNM. Cuma lembaga pengarah mahukan secara self regulated, dari segi urus tadbir, untuk BNM buat audit ke atas operasi TH. Sebagaimana BNM buat audit ke atas semua bank-bank komersial yang lain. Melalui audit tersebut, salah silap, penambahbaikan dan sebagainya akan dicadangkan.
Dalam bab ini, BNM memang mempunyai pasukan yang kuat dan berpengalaman. Kalau ada salah laku, akan dapat dihidu lebih awal dan langkah mengatasinya dapat dilakukan. Dalam menjalankan tugas ini, BNM tidak menerima arahan dari Menteri Kewangan. Ia menjalankan tugas berpandukan Akta Bank Negara. “Kawal selia’ ini tidak bermaksud TH di kawal oleh BNM. Semua keputusan akan dibuat oleh TH sebagaimana diperuntukkan oleh Akta TH.
“Sepanjang lebih kurang empat bulan saya dalam lembaga pengarah tabung haji, dengan mesyuarat lembaga dan jawatankuasa lembaga yang hampir setiap minggu, saya boleh sahkan bahawa tiada lansung campur tangan politik, Mujahid Yusof, apatah lagi menteri kewangan,” – Pengerusi TH
Fahami isu, bukan hentam melulu je
Jadinya, bagi mereka yang asyik-asyik kata Tabung Haji telah dikuasai DAP, Pakatan Harapan telah gadaikan TH atau TH tidak lagi dimiliki oleh orang Islam – kami cadangan untuk mereka faham betul-betul apa sebenarnya yang tengah berlaku. Takkanlah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman nak kelentongkan? Dia bukan ada kepentingan politik pun.
Kalau betul nak bangkitkan isu pasal PH ni, buatlah macam Rafizi buat – datang dengan bukti dan sanggup turun naik mahkamah. Apa macam, ada berani?