Umno dan Bersatu bakal bergaduh besar? Keputusan mesyuarat Umno dikatakan bocor

F1
Umno dan Bersatu bakal bergaduh besar? Keputusan mesyuarat Umno dikatakan bocor

Bagi mereka yang memang selalu melakukan pemerhatian terhadap politik negara, kita dapat melihat pergaduhan di antara Umno dan Bersatu sebenarnya tak dapat dielakkan lagi. Bulan lepas, Umno memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 yang semakin dekat. Diorang ini umpama suami isteri yang dah bercerai, tapi masih duduk dalam rumah yang sama.

728 X 90

Semalam isu berkaitan hubungan Umno-Bersatu mendapat perhatian ramai apabila ada laporan yang mengatakan keputusan Umno untuk memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional.

MalaysiaKini laporkan Umno memutuskan untuk akhiri kerjasama dengan Perikatan Nasional

Menurut sumber yang dipetik oleh MalaysiaKini, Umno dah putuskan untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu serta Perikatan Nasional (PN) sebaik sahaja proklamasi darurat berakhir. Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dikatakan dah buat ketetapan tu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat lepas.

“Umno membuat keputusan mengakhiri kerjasama dengan Bersatu sebaik saja ‘darurat kesihatan’ tamat. Presiden mengumumkan perkara itu dalam mesyuarat MT Umno. Umno juga tidak akan menerima sebarang pelawaan berkait dengan jawatan timbalan perdana menteri,” – Memetik sumber MalaysiaKini

Keputusan ini diambil selepas mesyuarat MT Umno pada Januari buat keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu menjelang PRU15. Cumanya, Umno belum dapatkan luluskan keputusan itu secara rasmi selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dijadualkan hujung bulan lepas dibatalkan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Capture
Via UMNO Online

Sementara itu, seorang lagi sumber memberitahu MalysiaKini; dia mengatakan Ahmad Zahid dah “menggunakan kuasanya” bagi menolak kerjasama dengan Bersatu dan PN. Dakwa ahli MT tu, majoriti ahli MT setuju penyertaan parti tu dalam PN seperti formula yang digunakan pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu. Cuma, Ahmad Zahid menolak cadangan itu.

Bersatu minta Umno beritahu keputusan mesyuarat mereka, kalau sudah tak mahu; beritahu

Keadaan ini menyebabkan Bersatu minta Umno dedahkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diorang. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman kata, perkara tu penting untuk mereka merancang kempen sama ada secara bersama atau berasingan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Capture
Muhammad Faiz Na’ama. Via Sinar Harian

“Sebenarnya adalah lebih baik jika tidak ada pertembungan tiga penjuru jika UMNO bersama Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan formula seperti di Sabah. Barisan Nasional (BN) bersama PN kita tidak bertembung. Jadi kita boleh buat kempen bersama dan menang besar,” – Muhammad Faiz Na’ama, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Seperti yang kami katakan awal-awal tadi, beberapa media melaporkan UMNO telah membuat keputusan untuk memanggil mesyuarat MKT bagi memutuskan sama ada mereka akan meneruskan kerjasama politik dengan Bersatu dan PN atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang.

Apabila ada laporan yang mengatakan Umno ingin memutuskan hubungan dengan Bersatu tular, Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO menafikan dakwaan itu. Selain itu, ada dakwaan Ahmad Zahid Hamidi gunakan kuasa vetonya selaku Presiden Umno untuk menghalang Barisan Nasional (BN) daripada bergabung dengan PN.

Umno dan Bersatu. Via Giphy

Muhammad Faiz berkata, sekiranya laporan media itu benar, prinsip musyawarah berdasarkan suara majoriti secara demokrasi seolah-olah dinafikan.

“Itu sebenarnya asas kepada mana-mana parti politik. Majoriti itu asas. Jadi kalau disebabkan hanya seorang yang tidak mahu maka dikatakan orang itu ada kuasa veto jadi sebenarnya rakyat boleh menilai jenis kepimpinan UMNO di bawah Zahid Hamidi. Sedangkan majoriti pemimpin mereka di peringkat atas mahukan kerjasama demi perpaduan Melayu dan masyarakat,” – Muhammad Faiz Na’ama, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Menurut ketua penerangan Umno, mereka akan beritahu keputusan mesyuarat apabila masanya sudah tiba

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan berkata hanya akan akan mendedahkan sebarang keputusan rasmi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada masa yang ditetapkan tanpa gesaan pihak lain.

Jika Umno mahu mengumum atau mendedahkan sebarang keputusan, UMNO akan lakukan mengikut waktu dan garis masanya sendiri. Sebarang kenyataan rasmi mengenai keputusan dasar akan datang daripada presiden atau setiausaha agung.

Shahril turut persoalkan ‘keresahan’ yang ditonjolkan wakil Bersatu yang seolah-olah sengaja menyerang Umno secara terbuka. Sudah beberapa kenyataannya yang tak henti-henti menyentuh Umno. Tidak nampak pula kenyataan tentang partinya sendiri. Gesaan terbuka melalui media untuk Umno mendedahkan perihal dalaman parti hanya bongkar kelemahan pihak yang menggesa tersebut.

Bersatu masih menunggu jawapan Umno. Via Giphy

Apa yang pasti, kami dapat merasakan yang akan berlaku krisis yang besar di antara Umno dan Bersatu apabila darurat akan tamat. Dari sudut politik, ia difahami mengapa kedua-dua parti politik ini sukar untuk bersama; selain daripada berkongsi segmen pengundi – mereka juga ada sejarah yang menarik. Bersatu merupakan parti pecahan Umno, dan seperti parti-parti pecahan yang lain; sudah tentu ada ‘tembok’ yang membatasi mereka.

Apa-apa pun, menarik untuk melihat perkembangan politik semasa apabila kedua-dua parti politik ini bergaduh; sebab kami rasa sukar untuk kedua-duanya menjadi kerajaan secara solo. Mereka kena cari ‘kawan’ untuk mendapatkan majoriti.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top