Seorang lelaki dikatakan hampir bunuh diri akibat tekanan, ini yang terjadi

F1
Seorang lelaki dikatakan hampir bunuh diri akibat tekanan, ini yang terjadi

Kami selalu tulis tentang keadaan mental rakyat Malaysia ketika berhadapan dengan pandemik Covid-19. Berhadapan dengan pandemik ni, bukan setakat kesihatan rakyat Malaysia je yang perlu diberi perhatian; kesihatan mental jugak adalah elemen penting untuk memastikan kesejahteraan kita. Malangnya, kesederan kesihatan mental sering dipandang sebagal hal kedua dalam kebanyakan hal.

728 X 90

Hadapi tekanan, seorang dikhuatiri ingin membunuh diri. Mujur dapat dipujuk bekas isteri

Ada banyak cerita yang menyedihkan tentang rakyat Malaysia ketika berhadapan dengan pandemik ni. Contonhnya semalam, seorang wanita berjaya pujuk bekas suaminya yang nak terjun dari jambatan Rawang Bypass.

148897106 2871443169849229 4351604319159238381 O
Via Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe kata, pihaknya terima panggilan kecemasan pada jam 1.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang. Lelaki berusia 50 tahun tu didapati sedang berdiri di atas pembahagi jalan sambil berpaut pada tiang lampu jalan ketika pasukan penyelamat tiba.

“Pihak polis dan bomba berusaha memujuknya namun suspek enggan memberikan kerjasama dan mengugut akan terjun. Ketika dalam proses memujuk, datang seorang perempuan yang mendakwa bekas isteri suspek hadir untuk memujuk suspek. Suspek akhirnya berjaya dipujuk,” – Arifai Tarawe, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Katanya, siasatan dapati dia bertindak macam tu selepas hadapi krisis rumah tangga bersama bekas isteri selepas bercerai pada Januari lalu. Lelaki tu ditenangkan oleh anggota polis, bomba dan bekas isterinya di lokasi tu.

150057281 10157705604000952 7377701631025061930 N
Entah apalah yang sedang bermain di fikirannya, yang pasti ia tak amat kusut. Via Sinar Harian

Dia yang baru berhenti kerja sebagai pemandu peribadi dalam usaha memujuk bekas isteri untuk rujuk semula. Ia adalah perkahwinan kedua suspek selama empat tahun dan tak dikurniakan zuriat. Suspek kini ditahan dan akan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan

Pengarah Kesihatan kata masalah mental semakin teruk ketika PKP

Tahun lepas ada laporan yang mengatakan masalah emosi dikenal pasti jadi isu utama kesihatan mental rakyat, terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kata berdasarkan 8,380 panggilan telefon yang diterima pihaknya pada setakat Mei tahun lepas, 46.8 peratus berdepan masalah itu.

Selain tekanan perasaan, rakyat juga berasa bimbang dan marah disebabkan pelbagai faktor sosial seperti masalah pendapatan dan kewangan serta perselisihan dengan keluarga.

“Kebimbangan berkenaan wabak COVID-19 pula menyumbang 20 peratus. Kita perlu memberi kaunseling untuk mereka mendapat maklumat terkini, dan kadang-kadang ada kebimbangan mereka menerima maklumat tidak tepat,” – DG Hisham, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Dia kata, aspek keperluan asas menyumbangkan 6.9 peratus, sementara masalah keganasan rumah tangga dan perhubungan pula enam peratus. Masalah psikiatri, iaitu kemurungan dan keresahan, menyumbang 2.4 peratus, manakala penderaan kanak-kanak pula 0.2 peratus.

Ada beberapa kajian yang menunjukkan kesihatan mental sememangnya semakin teruk ketika pandemik

Keadaan ni menunjukkan masalah kesihatan mental dijangka jadi masalah kesihatan kedua yang paling serius selepas penyakit jantung bagi rakyat Malaysia. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), tiga daripada 10 orang dewasa yang berusia 16 tahun dan ke atas akan alami masalah kesihatan mental.

150057281 10157705604000952 7377701631025061930 N
Via Astro Awani

Dapatan ni diperkukuhkan lagi apabila talian hotline yang disediakan oleh Mercy Malaysia dan Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan bagi sesiapa yang terjejas dengan wabak Covid-19 tunjukkan 46.8 peratus panggilan adalah daripada mereka yang ada masalah psikologi.

Selain tu, PKP juga beri impak negatif kepada mereka orang yang dah menghidap penyakit mental yang teruk. Disebabkan kebimbangan, ketakutan dan gangguan sosial terhadap pandemik, pesakit mental berisiko tinggi untuk mengalami masalah mental berulang.

Sekiranya seseorang tu dah hidup dalam persekitaran rumah yang toksik, habiskan lebih banyak masa di rumah boleh bawa kepada tekanan hidup yang akan sebabkan masalah kesihatan mental.

Ada lagi satu kajian yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) yang  dapati golongan berpendapatan rendah ada kadar masalah kesihatan mental dan penyakit kronik yang lebih tinggi. Trend ni juga didapati dalam data kesihatan mental dalam kajian oleh Ketidaksamaan Sosial dan Kesihatan Malaysia. Golongan berpendapatan paling rendah ada kadar masalah kesihatan mental tertinggi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

Masalah kesihatan mental bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan

Masalah kesihatan mental ni bukanlah sesuatu yang boleh dibawa main-main, ia akan melibatkan nyawa rakyat. Sebab itulah keperluan ekonomi rakyat harus dipenuhi kerajaan untuk sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit keringanan kepada rakyat. Kehilangan pendapatan merupakan salah satu sebab utama rakyat menghadapi masalah mental.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Medical Relief Society (MERCY Malaysia) menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial kepada rakyat Malaysia.

Semua petugas barisan hadapan dan individu yang terkesan emosi akibat COVID-19 boleh hubungi di talian 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935.
Waktu operasi perkhidmatan ini bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Pertubuhan Befrienders Kuala Lumpur turut memberi peluang kepada individu yang berdepan dengan masalah kemurungan dan memerlukan seseorang untuk mendengar dan berkongsi masalah. Befrienders boleh dihubungi melalui Skype (BefKL Skype 1) atau pada talian 03-76272929

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top