Lima pengeluar kereta yang dah wujud sebelum tahun 1900…

111

Umum mengetahui bahawa kereta adalah merupakan salah satu kenderaan yang penting untuk memastikan seseorang itu untuk sampai ke destinasi tujuannya. Kalau kat negara kita ni, dah berlambak jenama kereta yang ada. Tidak kiralah dari luar negara ataupun dalam negara. Tapi, korang pernah tahu tak tentang jenama kereta yang tertua kat dunia? Kali ni biar kami kenalkan dekat korang lima jenama kereta yang tertua kat dunia…

1. Jenama Peugeot, digelar “singa” oleh sesetengah masyarakat…

Peugeot adalah merupakan sebuah pengilang automotif yang terletak di Perancis. Peugeot telah bermula dengan perniagaan keluarga pada tahun 1810. Pada 20 November 1858, Emile Peugeot telah memohon satu logo dan simbol yang berbentuk singa. Armand Peugeot yang sangat berminat dengan bidang automotif telah membina kereta pertama syarikat itu dengan kerjasama darioada Leon Serpollet pada tahun 1889.

Namun, akibat daripada perselisihan keluarga, Armand Peugeot telah mengasaskan Societe des Automobiles Peugeot pada tahun 1896.

Kereta Peugeot zaman sekarang. Via Car Price

Untuk pengetahuan, syarikat dan keluarga Peugeot berasal daripada Sochaux, Perancis dan dia telah menghasilkan sebuah kilang pembuatan terbesar dan Muzium Peugeot di sana. Pada bulan Februari 2014, para pemegang saham telah bersetuju dengan rancangan permodalan yang mana syarikat Dongfeng Motors dan kerajaan Perancis masing-masing telah membeli 14% kepentingan dalam syarikat itu.

Peugeot telah menerima banyak anugerah antarabangsa untuk kenderaannya termasuklah lima anugerah kereta eropah.

Via gohedgostan.com

Selain tu, Peugeot sangat dikenali sebagai jenama yang sangat dipercayai di Afrika pada tahun 1950-1960 dan Cuba pada tahun 2010 yang mana jenama kereta Peugeot masih lagi dipanggil “singa” oleh masyarakat setempat. Peugeot juga telah berjaya terlibat dalam sukan permotoran selama lebih daripada satu abad. Peugeot Sport telah memenangi Kejohanan Rali Dunia sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1985, 1986, 2000, 2001, dan tahun 2002.

2. Jenama Tatra, telah melahirkan kereta dengan gelaran “Presiden”…

Jenama Tatra ini mungkin akan kedengaran sedikit janggal bagi sesetengah orang yang tidak mengenalinya. Namun, kilang untuk pengeluaran jenama ini telah pun diasaskan sejak dari tahun 1850 lagi oleh Ignaz Shustala. Kemudianya, kilang ini semakin berkembang dan tidak hanya terdapat di Republik Czech sahaja tetapi ianya juga terdapat di Berlin, Vienna, Wroclaw dan juga di Ukraine.

Pada tahun 1897, salah sebuah kereta penumpang pertama di Eropah Tengah telah dilahirkan yang mana mereka memanggil kereta tersebut dengan gelaran “Presiden”. Pada tahun 1917, syarikat itu telah menukar namanya dan dua tahun kemudian barulah lencana dan tulisan jenama “Tatra” muncul dan ianya adalah inspirasi daripada nama sistem gunung.

Via ms.delachieve.com

Selepas Perang Dunia Kedua, perbadanan itu telah pun dimansuhkan bersama dengan kilang-kilang yang menghasilkan segala trak dan kereta-kereta mewah. Kilang pembuatan jenama Tatra ini berjaya wujud sehingga tahun 2013(untuk kereta mewah) dan kemudian akhirnya ianya telah dijual secara lelongan akibat daripada  model kereta mewah ini sudah dilihat seperti sudah ketinggalan zaman.

Namun, hari ini masih terdapat pembuatan jenama Tatra tetapi ianya lebih memfokuskan kepada penghasilan trak sahaja.

3. Jenama Opel, asalnya untuk pengeluaran mesin jahit pada tahun 1862…

Korang semua mesti pernah dengar atau lihat kereta jenama Opel kan? Asal usul syarikat ni sebenarnya adalah dengan pengeluaran mesin jahit pada tahun 1862 tau dan bukannya kereta. Nama jenama Opel ini diambil dan diinspirasikan daripada nama Adam Opel yang telah dilahirkan pada 9 May 1837 dalam sebuah keluarga pertanian sederhana.

https://www.youtube.com/watch?v=DnGMUtcNU6I

Dia telah dapat pengetahuan tentang mekanik sejak daripada zaman kanak-kanak lagi. Bapanya telah menghantarnya ke sebuah kolej untuk dia mempelajari dan mahir dengan besi. Selama lima tahun dia sangat tekun dalam mempelajari dasar-dasar kraf dan sekembalinya dia ke kampung halamannya, Adam Opel telah menghasilkan sebuah mesin jahit dan setahun kemudian dia telah berjaya mendirikan sebuah kilang.

Pada tahun 1899, pihak pengurusan tumbuhan telah bertemu dengan seorang pereka kereta berbakat dan mereka membuka pengeluaran kenderaan bersama. Setahun kemudian, kerjasama antara mereka berakhir dan anak Adam Opel telah menandatangani kontrak dengan A. Darrac yang merupakan sebuah pengilang enjin dan terhasil jenama Opel Darracq.

Via autoviva..com

Pada tahun 1895, Adam Opel telah meninggal dunia dan anak-anaknya lah yang telah meneruskan legasi cerita tentang jenama Opel. Setelah 25 tahun membuka syarikat, akhirnya Opel telah berjaya mencapai tahap pengeluaran antarabangsa dalam perakat jahit dan bekalan yang dijalankan di Amerika Syarikat.

Jenama Opel ini juga sangat dikenali di seluruh negara seperti negara India, Eropah dan Rusia.

4. Jenama Renault, kereta pertamanya berupaya untuk mencapai kelajuan 32km/j

Renault telah diasaskan pada tahun 1899 oleh tiga orang adik-beradik iaitu Louis Renault, Marcel dan Fernand. Louis Renault yang pada ketika itu sebagai  jurutera muda sangat berinspirasi telah pun membina beberapa prototaip turut bertindak sebagai tulang belakang untuk menjaga hal ehwal reka bentuk dan produksi manakala adik-beradiknya yang lain bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan perniagaan.

Kalau korang nak tahu, Renault Voiturette adalah merupakan kereta pertama yang berjaya mereka jual kepada rakan ayah mereka setelah mengujinya beberapa kali. Selepas kejayaan itu, sebanyak 12 unit lagi telah berjaya mereka jual pada malam yang sama iaitu pada 24 Disember 1899. Kereta Renault Voiturette ini telah dilengkapi dengan enjin De Dion-Bouton 1 silinder yang berupaya untuk mencapai kelajuan 32km/j.

Renault Voiturette. Via Crank Shift

Selepas kematian abangnya iaitu Marcel akibat daripada terlibat dalam kemalangan sewaktu berlumba pada 1903 dan Fernand yang telah meninggalkan syarikat pada tahun 1906 akibat daripada masalah kesihatan, Louis telah mengambil alih pengurusan sepenuhnya dan akhirnya dia telah menjenamakan semula nama syarikat sebagai Societe des Automobiles Renault (Renault Automobile Company).

5. Jenama Fiat ia telah membina lebih daripada 1 juta kenderaan di enam loji di Itali…

Fiat(bahasa Itali) adalah merupakan sebuah pengeluar kereta yang merupakan sebahagian daripada Fiat Chrsler Automobiles yang sebelum ini digelar sebagai Fiat S.p.A. Pada tahun 1970, Fiat Automobiles telah menggunakan modal lebih dari 100,000 di Itali apabila pengeluarannya telah mencapai bilangan tertinggi iaitu sebanyak 1.4 juta buah kereta di negara itu.

Sehingga tahun 2002, ia telah membina lebih daripada 1 juta kenderaan di enam loji di Itali dan negara itu telah menyumbang lebih dari satu pertiga daripada pendapatan syarikat.

Via maukerja.my

Kereta jenama Fiat telah dibina di beberapa lokasi di seluruh dunia. Di luar Itali, negara pengeluar terbesar adalah negara Brazil yang mana jenama Fiat adalah pemimpin pasaran. Kumpulan ini juga mempunyai kilang-kilang di Argentina, Poland dan Mexico (di mana kenderaan jenama Fiat dihasilkan di loji yang dimiliki dan dikendalikan oleh FCA US untuk eksport ke Amerika Syarikat, Brazil, Itali dan pasaran lain) dan sejarah pembuatan perlesenan produk yang panjang di negara lain.

Fiat Automobiles telah menerima banyak anugerah antarabangsa untuk kenderaan yang mereka hasilkan.

Benda bila semakin berusia, semakin tinggi nilainya…

Korang rasa kereta jenama kat atas ni akan bertahan berapa lama lagi ya? Korang jangan ingat kereta lama tak power tau. Tapi lawak jugak sebenarnya; benda ni makin lama dia makin mahal. Kereta-kereta model awal yang syarikat ni buat dah jadi bahan antik. Macam koranglah sebenarnya; semakin korang berusia, semakin tinggi nilainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *