Seni galeri anak Malaysia akan disimpan dalam bilik kebal di Artik, ini kisahnya

artik vault

Kat Malaysia ni, sebenarnya ramai je anak-anak seni yang berbakat. Malah, dah ramai jugak yang mewakili negara di peringkat antarabangsa. Bakat-bakat ni wajar diketengahkan ke pengetahuan orang ramai, supaya semua orang tau bahawa kerjaya seni ni tak hanya sekadar dalam bidang lakonan atau nyanyian je. Kerjaya seni besar cakupannya, dan ruangnya jugak besar untuk sesiapa yang bercita-cita nak berkecimpung di dalam landasan seni.

Baru-baru ni, sebuah galeri seni berjaya menempatkan beberapa karya anak Malaysia untuk disimpan ke dalam bilik kebal. Bukan bilik kebal biasa-biasa ye… bilik kebal ni terletak kat Svalbard, Norway. Ia akan disimpan rapi dan dijangka akan dipelihara sekurangnya dalam tempoh 1,000 tahun. Fuh, hebat!

artemis art
Via Artemis Art

Bilik kebal di Artik boleh tahan daripada bencana alam, dijangka sehingga berabad-abad lamanya

Sukar nak dibayangkan bagaimana dunia ni bila dah 1,000 tahun. Namun apa yang pasti, hasil seni anak Malaysia kini akan dipelihara rapi dalam sebuah bilik kebal kat Norway. Sebuah galeri seni terkemuka yang bertempat di Publika, Kuala Lumpur iaitu Artemis Art berjaya menempatkan beberapa koleksi seni yang diorang simpan tu di sana.

Untuk pengetahuan korang, Artemis Art secara rasminya menyertai sebuah program antarabangsa iaitu Artic World Archive (AWA). Artic World Archive ni dah mula simpan pelbagai salinan dari negara-negara lain seperti Brazil, Mexico dan Norwegian sejak ia mula dibuka pada 2017.

vault artic
Ni lah pintu depan bilik kebal tu.. -Via Phys.org

Bilik kebal tu pulak terletak 300m di dalam sebuah lombong arang yang dah lama ditutup, dan direka untuk bertahan daripada bencana alam. Salinan yang disebut kat sini akan disimpan berasaskan teknologi yang dibangunkan oleh Piql AS. Teknologi simpanan data tu dikatakan boleh tahan daripada terdedah dengan elektromagnet dan dijangka boleh tahan berabad-abad lamanya tanpa mengugat kebolehan untuk mengaksesnya semula.

Sekiranya teknologi yang digunakan untuk membaca data tersebut tak lagi tersedia, data tersebut boleh diambil semula secara manual menerusi kamera, sumber cahaya dan komputer. Salah sorang pengasas Artemis Art, Jamal Al-Idrus menjelaskan;

“Ia tentang pemeliharaan dan keselamatan sesebuah maklumat yang bernilai atau tak dapat diganti. Bercakap tentang konteks ‘bernilai’, ia merujuk kepada suatu keadaan di mana kehilangannya akan membawa kepada kesan yang buruk, kepada individu, organisasi dan negara. AWA adalah langkah terakhir bagi memastikan keselamatan dan penyimpanan selamat data digital kita.

Kriterianya mudah sahaja: memori, objek atau maklumat yang dianggap tidak dapat digantikan, boleh dan perlu, disimpan dalam piqlFilm (filem nano 35mm, resolusi tinggi) dan didepositkan ke AWA,”- seperti yang dilaporkan The Star

jamal idrus uc loh artemis art
Para pengasas Artemis Art, U.C Loh dan Jamal Al-Idrus.. -Via BFM

Artemis Art jadi wakil pertama dari Malaysia simpan data hasil seni ke AWA, pelihara hasil anak muda dan berbakat besar

Dengan kerjasama AWA dan Artemis Art ni, beberapa hasil tangan anak muda kita dan negara Asia Tenggara yang lain dapat diabadikan bersama koleksi seni negara lain. Ni jugak menjadikan Artemis Art sebagai wakil sulung Malaysia dalam koleksi bilik kebal kat Norway tu.

Hasil-hasil seni ni jugak memperlihatkan bagaimana budaya dirakamkan dalam seni, sesuai dengan latar masyarakat negara-negara lain. Sekurangnya takdelah generasi masa akan datang fikir seni budaya Malaysia sama je dengan seni budaya Indonesia atau negara Asia Tenggara yang lain.

artemis art1
Via Artemis Art Gallery

Koleksi-koleksi pilihan Jamal dan sorang lagi pengasasnya, U.C Loh merangkumkan seni rantau Asia, seperti:

  • Ajim Juxta, Michael Chuah dan Umibaizurah Mahir (Malaysia)
  • Erica Hestu Wahyuni dan Gabriel Aries Setiadi (Indonesia)
  • Charlie Co dan Yeokaa (Filipina)
  • Chihiro Nakahara (Jepun)
  • Li Wei dan Liu Zhiyin (China)

“Pilihan ini meliputi pelbagai gaya, medium dan kewarganegaraan, memperlihatkan sifat koleksi peribadi kami, juga apa yang dilakukan oleh Artemis Art sebagai sebuah galeri, iaitu untuk menggalakkan artis muda dan beraspirasi tinggi,”- Jamal, seperti yang dilaporkan The Star

doc7hvge4o6m4x1ksq1p5kp
Antara hasil seni Umibaizurah Mahir, ‘New Kids in Town’ – Artemis Art

Macam-macam lagi yang dah tersimpan kat bilik kebal tu, seperti manuskrip dari Perpustakaan Vatican, penemuan saintifik, sejarah politik, pangkalan data terbuka Github, ‘The Scream’ karya Edvard Munch, filem-filem terkenal dan harta budaya kontemporari. Semua ni dah didigitalisasikan dan tersimpan rapi dalam simpanan bilik kebal tu.

dalam bilik kebal artik
Via Bloomberg

Susulan penutupan ruang fizikal Artemis Art kerana PKP pada tahun lalu, ni membuatkan idea nak digitalisasikan koleksi seni diorang lebih menarik. Kalau nak dilihat, Revolusi Industri 4.0 yang dicitakan bergerak ke alam digital akhirnya dipercepatkan prosesnya kerana pandemik. Bukan setakat urusan awam; kini pelbagai koleksi seni turut tersimpan dalam bentuk digital. Kita di Malaysia jugak akhirnya boleh menikmati pelbagai koleksi digital lain dengan usaha Google dan muzium-muzium lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *