Isu jenama arak Timah didakwa mengelirukan umat Islam, ini perkembangannya

timah arak f1

Bagi umat Islam, arak ni haram diminum melainkan dalam keadaan darurat. Tetapi dalam keadaan tenang, tak perlu minum arak. Jadi baru-baru ni, isu arak dan umat Islam menerima banyak perhatian dalam kalangan rakyat dan warganet. Apa taknya, dakwaan-dakwaan yang timbul jugak mendatangkan kegusaran di hati rakyat.

Baru-baru ni, jenama arak Timah dikaitkan dengan bermacam hujah. Ada kata ianya biadap sebab imej tertera kat label tu muka berjanggut macam invidiu beragama. Ada kata nama jenama tu sendiri dipetik dari nama wanita Melayu. Ada jugak cuba bersuara kat Dewan Rakyat, menyifatkan minum arak jenama Timah ‘macam minum wanita Melayu’.

arak
Via Berita Harian

Jenama arak Timah dianggap hina Islam dan Melayu, ramai gesa kerajaan campur tangan

Sebenarnya pokok pangkal isu ni adalah nama jenama arak tu dilihat tak sesuai di Malaysia. Namun kami perhatikan bila isu ni dah meletus, macam-macam dakwaan baharu yang disebutkan. Mula-mula, isu ni tular apabila Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) gesa kerajaan supaya haramkan jualan jenama arak Timah keluaran Malaysia di pasaran negara ni.

Iklan dan promosi arak tu jugak dianggap biadap berikutan penampilan imej lelaki berkopiah dengan janggut panjang, seolah-olah memaparkan individu berimej agama. NV Subbarow, Pegawai Pendidikan CAP kata diorang kesal mengenai jabatan yang beri kebenaran penjualan arak di pasaran tempatan.

“Selain kandungan alkohol, CAP tidak faham bagaimana pihak kementerian boleh memberi kebenaran menggunakan nama dan gambar yang boleh mencetuskan kemarahan.

Nama Timah itu bagai satu penghinaan kepada umat Islam apabila jenama yang ditonjolkan berkait dengan nama Melayu dan Islam iaitu Timah yang disingkatkan daripada Fatimah. Malah, nama arak Timah itu sendiri dianggap sebagai hasil usaha berterusan dalam sejarah Tanah Melayu membawa kepada kemajuan pembangunan negara pada awal abad ke-20,”- seperti yang dilaporkan Berita Harian

arak timah edit e1634454186687
Via Malaysia Dateline

Subbarow kata lagi, kandungan alkohol tu pun tinggi jugak iaitu sebanyak 40% dengan harga RM190 sebotol. Bagi CAP, ia boleh timbulkan masalah sosial dalam kalangan peminumnya. Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad sokong pendapat CAP. Kata Mufti Pulau Pinang,

“Kita tidak membantah arak diminum oleh orang bukan Islam, tetapi kita memohon pihak kerajaan Malaysia supaya mengarahkan syarikat pengeluar minuman itu segera menukar jenamanya berserta gambar di botol kepada nama dan gambar yang tidak menimbulkan sensitiviti umat Islam.

Kita juga berharap agar pemimpin politik tanah air terutamanya yang beragama Islam akan turut menyatakan bantahan terhadap tindakan tidak sensitif oleh syarikat pengeluar minuman beralkohol itu,”- seperti yang dilaporkan Berita Harian

PAS pulak kata haramkan terus dan tutup operasi syarikat pengeluar arak tersebut. Kerajaan jugak perlu siasat latar belakang serta ketekunan wajar (due diligence) terhadap syarikat berkenaan. Di samping tu, KKM turut membidas semula kenyataan CAP yang dahulunya turut mempersoalkan kenapa KKM luluskan label arak ni.

KKM kata diorang memang tawarkan khidmat nasihat label makanan bagi mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Namun jenama seperti Timah, Omar dan lain-lain tak gambarkan gred, kualiti atau kelebihan produk. Maka ia tak masuk di bawah Peraturan 18 (1A). Bahkan syarikat pengeluar arak tu pun takde pohon khidmat nasihat KKM. KKM jugak menyangkal diorang ada luluskan apa-apa berkaitan label minuman.

Syarikat pengeluar arak pertimbang tukar nama, ahli parlimen PH kata minum arak Timah macam minum wanita Melayu

Susulan tularnya isu ni, syarikat pengeluar arak jenama Timah iaitu Winepark Corporation yang berpangkalan di Puchong tampil jelaskan bahawa ‘Timah’ tu merujuk kepada peranan bijih galian dalam pembangunan ekonomi negara semasa Tanah Melayu jadi pengeluar biji timah terbesar dunia.

Manakala imej lelaki berjanggut tu adalah Tristam Speedy, dikenali dalam sejarah sebagai Kapten Speedy. Kapten Speedy ni sorang penjelajah dan pengembara. Dia jugak sorang superintenden polis pertama di Pulau Pinang pada 1871 dan dijemput oleh Menteri Perak, Ngah Ibrahim untuk bantu redakan perang antara geng di Larut berkenaan hasil timah. Lepas tu dia dilantik jadi Penolong Residen. Lanjutnya, Kapten Speedy jugaklah yang memperkenalkan budaya minum wiski kepada masyarakat di Tanah Melayu.

tristam speedy
Ni lah Kapten Speedy, bersama Putera Alamayu yang jadi anak yatim lepas bapanya Maharaja Tewodros II meninggal dunia.. -Via FMT

Imej Kapten Speedy yang nampak ‘berkopiah’ dan ‘berjanggut’ ni mungkin diambil pada 1868, dan menunjukkan dia tengah pakai pakaian bangsawan Ethiopia. Masa tu, dia ditugaskan oleh maharaja Ethiopia untuk melatih angkatan tenteranya dan kemudian jadi pengawal anak maharaja.

Namun begitu, hal ni tak meredakan kembali kontroversi tu sehingga ia dibawa ke Dewan Rakyat. Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) kata , nama Timah itu sendiri dibayangkan dengan wanita Melayu seperti “Kak Timah”, “Mak Timah” dan “Makcik Timah”. Ketika mencelah sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021.

“Ia merupakan satu perkara tidak bagus untuk wanita sebab dibayangkan Timah itu wanita Melayu seperti ‘Mak Timah’, ‘Makcik Timah’ apabila kita minum wiski itu seolah kita ‘minum’ wanita Melayu. Tidak adakah gambar Kapten Speedy ini yang memakai topi atau Timah ini tidak boleh kita panggil jenama lain seperti ‘The Mines’ ke apa ke,”- seperti yang dilaporkan FMT

Sementara tu, Khalid Samad (PH-Shah Alam) pulak rasa isu arak Timah sengaja dipolitikkan dan disensasikan oleh pihak berkepentingan. Dia yakin sekiranya isu tu timbul ketika pentadbiran PH, parti pembangkang masa tu akan timbulkan huru-hara sepertimana yang berlaku dalam ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Tak pun, mesti ada pihak yang tuduh DAP nak serang umat Islam.

Syed Saddiq pulak memberi buah fikirnya, kalau arak Timah kena tukar nama… maksudnya, coklat Daim pun kena tukar nama ke jugak sekiranya ada berlaku lagi salah faham.

“Saya faham pendirian kerajaan dalam hal ini dan rundingan sedang dijalankan dan isu ini mungkin disalah tafsir. Persoalan saya, jika nama senang untuk disalah tafsir, saya lihat di sosial media ramai juga yang troll, adakah kita akan tukar nama coklat Daim kerana nama berkait rapat dengan Tun Daim (Zainuddin).

“… ataupun minuman Dutch Lady yang boleh dikaitkan dengan nama wanita seperti orang kata Timah, dan banyak contoh lain. Rakan saya di negara luar kongsikan kerana berita ini sudah viral sampai ke luar negara. Ada juga minuman yang berkait rapat dengan nama seseorang presiden parti Islam, adakah itu juga akan ditukar? Jadi, saya berharap apa pun pendrian kerajaan, perkara seperti ini harus diperjelas supaya kes-kes lain tidak timbul kerana salah faham,”- seperti yang dipetik Sinar Harian

Dalam pada itu, Hanipa Maidin (PH-Sepang) meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerangkan bagaimana jenama arak Timah dibenar untuk dilancarkan.

kenyataan media timah
Kenyataan rasmi Winepark berkenaan arak Timah.. -Via FMT

Kerajaan dah bertemu dengan wakil pihak syarikat, diorang dah setuju tukar nama

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi kata, syarikat itu dah memohon tempoh satu minggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah mereka bagi menukar nama serta imej.

“Pertemuan ini adalah susulan pertemuan pertama yang telah diadakan antara syarikat berkenaan bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 25 Oktober lalu.

Usaha ini menunjukkan kerajaan mengambil maklum dan prihatin terhadap isu jenama Timah pada sebuah produk arak keluaran tempatan yang dibincangkan di media elektronik dan sosial sejak ia dilancarkan pada awal Oktober lalu sebelum satu mesyuarat diadakan dengan melibatkan beberapa Menteri dan agensi berkaitan,”- seperti yang dilaporkan Kosmo

kenyataan media
Via Bestfbkl.blogspot

Sekiranya menukar nama jenama tu lebih baik, maka lebih baiknya diorang tukar nama bagi mengelakkan salah faham walaupun respon tu tak datang daripada kelompok sasaran pembeli produk arak diorang. Sementara kita bincang pasal arak ni, tahukah korang bahawa ikut kajian dari NHMS 2019, 11.8% rakyat Malaysia minum minuman beralkohol?

arak alkohol 2019 statistik
Via Public Health

Dari jumlah tersebut, sebahagian diorang minum hingga tahap mudarat dan mabuk. Malah di Malaysia, 17.6% kematian di jalan raya berpunca daripada minum alkohol. Kami dah pernah bincangkan beberapa kaedah tentang bagaimana nak kawal para pemandu yang mabuk ni daripada jadi sebahagian angka dalam statistik kemalangan jalan raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *