Pasukan bola sepak yang pernah menang treble di Eropah

Masa dekat sekolah rendah dulu, mesti cikgu korang selalu tanya apa hobi korang kan? Jawapan paling simple yang biasanya akan diberikan oleh murid lelaki adalah – tengok bola sepak. Perempuan pun banyak je minat bola sepak.

Dalam banyak-banyak pasukan yang menjadi kegemaran orang, pernah tak pasukan kamu tu mencipta sejarah yang gempak dalam dunia bola sepak contohnya menang piala yang dipertandingkan secara treble (menang tiga piala)? Kalau korang semua nak tahu, terdapat banyak pasukan yang telah berjaya memenangi piala secara treble. Antara pasukan yang menang tu adalah;

1. Celtic FC, dah menang liga Scotland sebanyak 48 kali

Kita mulakan dengan kelab gergasi liga scotland iaitu Celtic FC. Celtic FC adalah merupakan sebuah kelab daripada eropah yang telah memenangi kejohanan yang telah dipertandingkan secara treble. Pasukan yang berasal daripada Glasgow ini telah menikmati musim yang terhebat mereka iaitu pada tahun 1966/67 apabila mereka telah menjadi pasukan pertama British dan satu-satunya pasukan Scotland yang telah memenangi kejohanan Uefa Champions League (UCL) selepas mereka menewaskan pasukan Inter Milan dengan keputusan 2-1 di Lisbon.

Pada musim tersebut juga, pasukan Celtic FC telah memenangi liga Scotland, piala Scotland, piala Glasgow dan piala Liga yang mana sekaligus menjadikan mereka merupakan sebuah pasukan yang telah memenangi kejohanan secara treble pada tahun tersebut. Mereka telah memenangi liga Scotland sebanyak sebanyak 48 kali, piala scotland sebanyak 37 kali dan piala liga sebanyak 17 kali dan menjadikan mereka salah sebuah pasukan yang sangat digeruni oleh pihak lawan sehingga kini.

2. Inter Milan, kalahkan Bayern Munich kat final UCL

Apabila bercerita tentang kelab di dalam liga Itali, kita akan dapat tahu bahawa hanya pasukan Inter Milan sahajalah yang pernah mencapai dan melakukannya. Siapa yang boleh lupa akan zaman kegemilangan Inter Milan pada musim 2009/10 -pada musim tersebut mereka telah menggondol kejohanan Seria A, Coppa Italia dan UCL.

https://www.youtube.com/watch?v=e66DQg9_-Tw

Mereka telah memenangi liga pada musim tersebut dengan mengalahkan pasukan Roma yang menduduki di tempat kedua dengan perbezaan sebanyak 2 mata. Pada musim yang sama juga, mereka juga telah mengalahkan pasukan Roma dengan keputusan 1-0 di dalam Piala Itali dan menambah koleksi Eropah dengan menewaskan pasukan Bayern Munich 1-0 dalam kejohanan UCL. Ini merupakan kali ketiga mereka merangkul UCL setelah memenanginya pada tahun 1964 dan 1965 berturut-turut.

3. Bayern Munich, masa menang treble adalah pasukan yang power

Musim terbaik pasukan Bayern Munich setakat ini adalah pada kempen 2012/13 yang mana mereka telah mencapai kemenangan treble dengan memenangi gelaran Bundesliga, piala Jerman DFB Pokal dan UCL.

https://www.youtube.com/watch?v=wA4ChhQ38GQ

Mereka telah menewaskan pencabar terhebat mereka iaitu pasukan Borussia Dortmund dengan perbezaan 25 mata untuk mengungguli Bundesliga pada musim 2012/13 yang mana mereka hanya kalah satu perlawanan sahaja pada musim tersebut. Mereka juga telah memenangi piala Jerman DFB Pokal dengan mengalahkan pasukan VFB Stuttgart dengan keputusan 3-2 dan memenangi UCL dengan mengalahkan pasukan seteru utama mereka iaitu Dortmund dengan keputusan 2-1 hasil daripada jaringan Arjen Robben pada minit akhir perlawanan.

4. Liverpool, pasukan paling positif sepanjang zaman

 Walaupun slogan “This Year is Our Year” masih lagi kelihatan samar-samar pada musim ini tetapi kelab Liverpool pernah memenangi pelbagai jenis treble pada tahun 1983/84 yang mana mereka telah memenangi Liga Divisyen Satu Inggeris, Piala Liga dan UCL. Piala liga adalah merupakan sebuah perseteruan Merseyside Derby yang mana mereka telah seri dengan pasukan Everton di Wembly dan mengalahkan mereka pada perlawanan timbal balik di Maine Road di Manchester tiga hari selepas itu.

Bagi perlawanan eropah pula, mereka telah memenangi kejohanan kali keempat daripada lima kejohanan dengan mengalahkan Roma dengan keputusan 2-1 melalui penentuan sepakan penalti. Liverpool tidak pernah memenangi apa-apa kejohanan liga domestik sejak 1989/90 tetapi mampu menambah koleksi 5 kejohanan eropah, 3 piala UEFA dan piala UEFA Super.

Malaslah nak tulis pasal team tak berapa nak power ni.

5. AFC Ajax, baru-baru ni kejutkan Real Madrid

Baru-baru ini pasukan Ajax telah berjaya menumpaskan pasukan Real Madrid dalam saingan Champions League yang merupakan kelab yang telah memenangi UCL secara hatrik dengan melakukan comeback yang sangat menarik. Kalau korang nak tahu Ajax Amsterdam adalah merupakan kelab kedua dari eropah yang memenangi treble di peringkat benua dengan memenangi Liga Eradivisie pada tahun 1971/72 dan piala KNVB kebangsaan serta kejohanan unggul UCL. Mereka telah menjadi johan sebanyak 33 kali dan merekodkan 18 piala KNVB dalam senarai mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=sW52-Tx3tRA

Mereka tidak pernah disingkirkan daripada liga dan sering bermain di peringkat tertinggi Belanda. Tahun 1971/72 menyaksikan mereka mengalahkan Feyenoord dengan 8 mata untuk mengungguli liga dan mereka juga telah menumpaskan Den Haag 3-2 dalam piala akhir KNVB. Mereka membuktikan mereka adalah merupakan kelab belanda terbaik yang mana mereka telah menjuarai UCL dengan menewaskan pasukan Inter Milan dengan keputusan 2-1 pada perlawanan akhir.

Ini merupakan kejohanan kedua mereka setelah memenangi kejohanan tersebut pada tahun sebelumnya dengan mengalahkan pasukan Panathinaikos dari Greece dengan keputusan 2-0 dan pasukan Juventus dari Itali pada tahun berikutnya. Mereka menambah koleksi UCL pada tahun 1994/95 apabila menewaskan pasukan AC milan dengan keputusan 1-0. Adakah mereka mampu untuk mencipta sejarah pada tahun ini sekaligus menambahkan lagi koleksi piala UCL buat pasukan Ajax pada tahun ini? Sama-sama kita nantikan.

6. Manchester United kelab yang paling power di alam semesta

p/s: editor kami peminat Manchester United.

Korang semua mesti kenal dengan pasukan yang sering diberi julukan sebagai “setan merah” ataupun Manchester United. Untuk pengetahuan korang semua, Manchester tidak pernah memenangi treble domestik tetapi telah mencapai kemenangan treble versi Eropah pada tahun 1998/99. Mereka telah menjadi juara liga dengan menumpaskan pesaing terdekatnya iaitu pasukan Arsenal di kedudukan kedua dengan hanya perbezaan 1 mata sahaja.

https://www.youtube.com/watch?v=1ot6P2lazZA

Mereka telah mengalahkan Newcastle United dengan keputusan 2-0 untuk merangkul piala FA sebelum menumpaskan pasukan Bayern Munich dalam perlawanan akhir UCL. Mereka telah merakamkan saslah satu perlawanan akhir terbaik dengan melakukan comeback setelah ketinggalan 1-0 sehingga masa kecederaan. Cuma pasukan power yang boleh buat macam ni.

Teddy Sheringham dan Ole-Gunner Solskjaer (merupakan jurulatih pasukan Manchester sekarang) telah menjaringkan gol dalam masa 101 saat untuk memberikan kemenangan bermakna kepada pasukan yang power ni. Dengan ketibaan Solskjaer sebagai jurulatih pasukan Manchester United yang baharu, nampaknya makin susahlah pasukan lain nak cari makan lepas ni.

7. FC Barcelona, pasukan tiki-taka yang menghiburkan

“The Catalan” ataupun lebih dikenali sebagai pasukan gergasi Sepanyol iaitu FC Barcelona sudah tidak asing lagi di dalam dunia bola sepak. Barcelona merupakan satu-satunya skuad yang telah memenangi kejohanan Eropah treble sebanyak 2 kali. Mereka telah memenangi La Liga, Copa Del Rey dan UCL pertama kali pada tahun 2008/09 dan menewaskan seteru tradisi mereka iaitu pasukan Real Madrid dengan perbezaan sebanyak 9 mata dalam perebutan gelaran liga pada tahun 2008/09.

https://www.youtube.com/watch?v=gd_zSH0dFZg

Mereka telah menewaskan pasukan Sevilla dengan keputusan 2-0 selepas masa tambahan dalam piala Sepanyol dan telah menumpaskan pasukan Manchester United 2-0 dan Juventus 3-1 dalam UCL.

Kelab mana pulak yang akan menang treble lagi?

Korang rasa mampu tak kelab-kelab ini mengulangi semula zaman kegemilangan mereka untuk mencapai kejuaraan secara treble pada tahun ini? Tapi, ada orang kata yang tahun ini pasukan Manchester City mampu untuk mencipta sejarah baru dengan mencatatkan kemenangan secara “quardple”. Betulkah? Nampak mustahil, kecuali ia dilakukan oleh pasukan Manchester Unitedkan?

Ini versi Eropah, korang tunggu kami akan tulis versi Asia Tenggara lepas ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *