Data rakyat Malaysia dikatakan dicuri oleh syarikat dari China, ini yang tengah berlaku

F1
Data rakyat Malaysia dikatakan dicuri oleh syarikat dari China, ini yang tengah berlaku

Kecurian data dan maklumat peribadi kini merupakan suatu benda yang boleh dianggap sebagai perkara yang berbahaya, walaupun zaman Internet kini banyak bergantung kepada perkongsian maklumat di antara satu sama lain. Sebelum ni, kami dah banyak kali berkongsi tentang data peribadi dan bagaimana nak pastikan data peribadi tu selamat daripada dicuri orang yang tak bertanggungjawab.

Namun baru-baru ni gempar jugak satu negara bila ada khabar bahawa data rakyat Malaysia dah dicuri oleh syarikat China. Sejauh mana betulnya laporan ni, dan apa perkembangan isu ni? Jom baca kupasan kami…

Serangan Siber
Via Tech Wire Asia

Dakwaan kecurian data rakyat Malaysia datangnya dari sorang ahli akademik Barat, disyaki untuk kegunaan perang hibrid

Macam kami dah kata sebelum ni, kecurian data khususnya data rakyat negara kita bukanlah suatu benda ringan. Banyak perkara jahat yang boleh dilakukan dengan data kita, paling biasa tentulah untuk sindiket penipuan wang. Jadi bila ada dakwaan bahawa terdapatnya kebocoran data yang melibatkan rakyat Malaysia, seharusnya kerajaan mengambil serius tentang hal ni.

Dakwaan ni sebenarnya bermula lepas sorang ahli akademik terkemuka yang berpengalaman dalam kejuruteraan data di sebuah syarikat berpangkalan di China dan Vietnam berjaya membuktikan bahawa terdapatnya kebocoran dan kecurian data yang berjaya dikumpul oleh sebuah syarikat China, Shenzhen Zenhua Data Information Technology Co.

Zhenhua Data
Via India TV News

Chris Balding kata syarikat Shenzhen Zhenhua Data ni merupakan sebuah syarikat sekuriti siber yang mempunyai kaitan dengan pihak ketenteraan dan perisikan China. Pangkalan data yang disebutkan tu dikenali sebagai Overseas Key Information Database (OKIDB), yang mana dikatakan telah mengumpul data individual dipercayai sebanyak 2.4 juta orang daripada pelbagai latar belakang seluruh dunia.

Mengikut kutipan Free Malaysia Today, Chris Balding yang merupakan pengasas bersama syarikat sekuriti siber Internet 2.0 kata mereka dah buktikan 250,000 rekod data telah dikutip. Ni cuma 10% daripada keseluruhan data yang tersimpan dalam pangkalan Zhenhua Data. Daripada 250,000 rekod tu, terdapat 1,400 rakyat Malaysia, 2,100 Indonesia, 52,000 Amerika Syarikat, 35,000 Australia, 10,000 India, 9,700 UK, 5,000 Kanada dan 138 warga Papua New Guinea.

Chris Balding
Chris Balding ialah Prof Madya Fulbright University Vietnam.. Via Fulbright

Berikutan dakwaan dari Chris Balding ni, ia menarik banyak perhatian media antarabangsa. Salah satu media popular di India, The Indian Express mengandaikan usaha pengumpulan maklumat warganegaranya mungkin disasarkan sebagai salah satu ‘senjata’ menuju perang hibrid. Andaian ni takdelah mengarut sangat, sebab baru-baru ni perang India vs China ‘meletus’ hingga India bertindak haramkan aplikasi dari syarikat China.

Zhenhua Data nafikan dakwaan curi data, Malaysia pulak masih belum ada tindakan selanjutnya lepas khabar tersebut tular

Wakil Zhenhua Data lepas dihubungi portal The Guardian pulak menafikan syarikat mereka curi data. Sebaliknya:

“Data kami adalah data awam yang ada di internet. Kami tidak kumpul data. Ini cuma (proses) integrasi data. Model bisnes kami dan kerjasamanya adalah rahsia perniagaan. Tiada pangkalan (yang didakwa) 2 juta orang. Kami juga adalah syarikat persendirian… Pelanggan kami adalah organisasi penyelidikan dan kumpulan perniagaan.”- Sun, wakil syarikat Zhenhua Data, seperti yang dilaporkan The Guardian pada 14 September 2020

China Map Data
Via WIO

Maksudnya, Zhenhua Data ni rasa data peribadi yang dikutip oleh pihak mereka tu adalah data terbuka. Contohnya kalau korang letak alamat korang dalam media sosial, mereka akan anggap tu data awam yang boleh diambil. Ye lah, sebab dalam minda mereka, data peribadi ni merupakan data yang tak dikongsi. Haa.. sebab tulah kita jugak kena berhati-hati dengan apa yang dikongsi.

Di negara kita pulak, reaksi kita agak suram. Merujuk pada kenyataan yang dilaporkan Berita Harian, Cyber Security Malaysia (CSM) kata tak terima sebarang laporan mengenai kebocoran data 1,400 rakyat Malaysia tu. Isu keselamatan siber, termasuklah kebocoran data rakyat Malaysia pun berada dalam keadaan terkawal.

“Kita ada dua agensi di bawah KKMM yang sentiasa membantu pihak berkuasa membuat siasatan iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Cyber Security Malaysia (CSM). Bila pihak berkuasa minta bantuan kita ada pakar-pakar dalam bidang tertentu yang boleh membantu,”- Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada 26 September 2020

Saifuddin Abdullah
Saifullah Abdullah… Via Sinar Harian

Kami tertanya jugak jikalau kena buat laporan dulu barulah kerajaan nak siasat kebenaran dakwaan ni. Dalam satu hal, kita pun semestinya kena lebih bijak berkongsi-kongsi data khususnya dalam media sosial ni. Kesedaran terhadap isu keselamatan data perlu disebarluaskan lagi agar kes kecurian dan pencerobohan data seperti ni dapat dibendung.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top