5 tips untuk elakkan korang disumpah oleh tuan rumah ketika Hari Raya

Sasa

Hari Raya adalah waktu-waktu yang menyenangkan, terutamanya untuk mereka yang sibuk bekerja dan tinggal berasingan dengan ibu bapa. Time inilah diorang akan berkumpul dan bertukar-tukar cerita – kalau ahli keluarga diorang jenis yang tak hadap phone 24 jam. Ingat eh, telefon tu telefon jugak; tapi pastikan korang habiskan cuti korang dengan berinteraksi atau melakukan aktiviti yang menyeronokkan dengan family.

Via Caraousell

Itu kalau cerita tentang masa kita menyambut raya sebagai sebuah keluargalah. Selain daripada menyambut raya dengan keluarga, korang juga akan habiskan masa layan tetamu. Melayan tetamu ni kadang-kadang buatkan kita rasa stress jugak, sebab kadang-kadang perangai diorang atau anak-anak bukan main buas. Jadi sebelum tuan rumah maki korang dalam hati, kami nak selamatkan korang dengan membawakan beberapa tips berguna ketika beraya.

1. Makan kuih raya tu, beragak-agaklah ye…

Memanglah tuan rumah akan keluarkan segala benda kuih-muih yang ada ketika orang datang berkunjung, tapi korang kena ingat; bukan korang je tetamu yang ada pada raya kali ni. Kami tahulah – kadang-kadang bila kita pergi rumah seseorang tu, ada kuih yang bukan main lazat. Kalau jadi macam tu, jangan habiskan satu bekas. Kami ada tips; baca bismillah tiga kali, kemudian ambil gambat kuih yang lazat tu, dan carilah di supermarket, insya-Allah kaedah ini akan menyenangkan kedua-dua pihak.

Bawak bertenang brother. Via Giphy

Lagipun beringatlah, korang ada banyak rumah lagi nak pergi. Makanlah berpada-pada, kalau tak nak terima padah.

2. Banding-membandingkan di antara rumah, mulut tempayanlah katakan

Antara perangai tak sopan apabila seseorang tu pergi beraya adalah mulut murai dia tak henti-henti nak bandingkan barangan yang ada kat rumah yang dia lawat dengan rumah dia atau rumah-rumah yang dia pernah lawati. Korang kena ingat, setiap orang akan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. Jadi nikmatilah Hari Raya korang dengan merapatkan silaturahim, bukan putuskan silaturahim.

Bila nampak orang lain nak mengata bukan-bukan. Via Giphy

Setiap orang ada prioriti masing-masing dalam kehidupan, mungkin rumah dia biasa-biasa je, tapi dia gempak kat tempat-tempat lain.

3. Gunakanlah masa yang berziarah dengan berbual-bual, bukan asyik main phone

Hari Raya ni setahun dua kali je pun. Sayanglah kalau masa yang ada tu dihabiskan dengan bermaind gadjet sampaikan orang yang ada kat depan mata pun tak dihiraukan. Mesti korang pernah dengarkan kata-kata ni; kemajuan teknologi membuatkan orang yang jauh menjadi dekat, tapi orang yang dekat menjadi jauh. Bila datang ke rumah orang nanti, cubalah untuk terhadkan masa bersama telefon bimbit, sebab benda tu hari-hari kita buat.

Via Giphy

4. Jangan asyik-asyik suruh anak-anak mintak duit raya kat tuan rumah…

Walaupun budaya bagi duit raya pada kanak-kanak ni selalu dilakukan, tapi korang tak patut suruh anak-anak korang pergi sergah tuan rumah untuk mintak duit raya. Biarlah tuan rumah tu sendiri yang bagi duit raya, kalau dia betul-betul bercadang nak bagi duit raya, korang jangan risaulah, dia mesti akan bagi. Satu lagi benda yang penting, kalau korang rasa anak korang tu jenis yang suka ‘bermain’, korang kena awasi supaya diorang tak rosakkan atau pecahkan apa-apa harta benda tuan rumah.

Via FMT

Sebabnya pernah terjadi seorang anak yang tak sengaja pecahkan TV tuan rumah, tak pasal-pasal mak bapak jugak yang kena ganti. Jadi sentiasalah awasi anak korang…

5. Macam biasalah, jaga adab dan pergaulan…

Sudah tentulah tips ini merupakan tips yang paling boring dan klise. Tapi, walaupun benda ni klise nak mampus, korang kena pastikan jugak adab-adab islami yang diajarkan masa kat sekolah tu diamalkan ketika berkunjung ke rumah orang. Sebabnya, kalau adab-adab seperti menghormati tuan rumah, menjaga batas pergaulan dan menggunakan perkataan-perkataan yang sopan diamalkan, insya-Allah tak ada masalah besar akan timbul. Jadi jaga adab ye…

Selamat Hari Raya, marilah kita bermaafan

Kami dari ORANGKATA nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat para pembaca yang dah banyak menghabiskan masa untuk membaca artikel daripada kami. Kalau dalam artikel-artikel kami ada terkasar bahasa, fahamilah – kadang-kadang kami memang sengaja buat macam tu, sebab orang kita ni kadang-kadang selagi tak kena penampar, selagi itulah diorang tak akan sedar. Kami mohon maaf zahir dan batin, selamat beraya semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *