Lelaki maut akibat perselisihan faham, ini cerita sebenarnya

Kemalangan Bergaduh Video Screenshot 110819 1

Semalam hantaran kami berkenaan perselisihan faham yang telah menyebabkan kematian dapat perhatian ramai orang. Kami pun tak pastilah diorang dah makan rendang masa beri komentar kat situ, sebab diorang punya semangat lain macam. Kami cuba nak sampaikan mesej; benda ni tak sepatutnya jadi isu perkauman dan biarlah pihak polis lakukan kerja diorang. Sebabnya, kesalahan seseorang tak mewakili kesalahan keseluruhan kaum diorang. Tapi macam biasalah, kat media sosial – semua suka mengecam dengan laju tanpa usul periksa, akhirnya dapatlah cerita yang menyimpang.

Polis pun kata benda yang sama, benda ni berlaku bukan sebab isu perkauman pun…

Bagi yang tak tahu cerita lagi, seorang lelaki maut dipercayai akibat bergelut dengan seorang lagi lelaki ekoran perselisihan faham di antara mereka selepas terlibat dengan kemalangan sekitar jam 1.40 petang semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, sekitar jam 3.40 petang pihaknya menerima maklumat dari Hospital Nilai mengenai seorang lelaki yang meninggal dunia.

Polis nafikan kes kemalangan yang mengakibatkan seorang lelaki maut akibat bergelut dengan seorang lagi lelaki kat Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban (PLUS) berpunca daripada isu perkauman. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat kata, kejadian berlaku ekoran perselisihan faham antara suspek dan mangsa selepas berlaku kemalangan kecil berhampiran Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan.

Menurutnya, dalam kejadian tu kereta mangsa dipercayai berlanggar dengan bahagian belakang kereta suspek.

“Akibat kejadian itu berlaku kejar-mengejar dan pergaduhan antara suspek dengan si mati yang berumur 29 tahun. Beberapa pemandu lain ada berhenti dan mententeramkan mereka sebelum kedua-duanya kembali ke kereta namun simati yang tidak berpuas hati telah keluar dari kereta dengan membawa sebatang kayu besbol dan memukul bahagian hadapan kereta suspek,” – Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

Menurutnya, tindakan mangsa menyebabkan suspek memandu kereta dalam keadaan tergesa gesa dan terlanggar si mati menyebabkan dia tersepit di antara kereta dan penghadang jalan. Katanya, mangsa yang dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta dilapor meninggal dunia ketika dirawat. Dalam pada itu dia kata, pasangan suami isteri berusia 40 tahun dan 36 tahun yang ditahan semalam akan direman hingga Sabtu depan bagi membantu siasatan.

Sebab itulah membaca penting, supaya korang boleh faham isu. Via Giphy

“Motif kejadian berpunca daripada isu kemalangan jalan raya dan tiada kena mengena dengan isu perkauman yang tular di media sosial. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” – Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat. Via Utusan

Lagi satu PDRM juga minta kalau-kalau ada yang dapat membantu siasatan untuk  berhubung dengan mana-mana balai polis terdekat atau hubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintenden Siti Sarah Aisyah Saad di talian 016-4064202. Kalau korang ada keluarga atau kawan yang mungkin lalu di kawasan kes ni berlaku, korang mungkin boleh tanya diorang, kot-kot diorang ada ternampak perkara yang sebenarnya terjadi. Benda ni boleh bantu permudahkan siasatan polis.

Menghidupkan api perkauman tak memberi keuntungan pun…

Kami cuba jugak memahami apa masalah orang-orang yang setiap kali berlakunya isu yang melibatkan dua atau lebih bangsa, dia mesti akan anggap benda tu isu perkauman, padahal bukan. Kami tak pastilah; sama ada diorang berasa betul-betul dizalimi atau pembangkang hari ni telah memainkan perasanan yang hebat dalam meniup api perkauman. Benda ni kena cepat diuruskan oleh pemerintah, sebabnya kalau dibiar ia akan jadi barah.

Apa-apa pun, orang yang bersalah perlu dihukum tanpa mengikut warna kulit dan bangsa. Kami percaya sistem Kehakiman Negara akan menghukum mereka yang salah. Korang pulak, tak usahlah nak ‘berjihad’ sangat, apa yang penting kita harus kekalkan keharmonian yang ada pada negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *