Masalah gangguan seksual, kerajaan keluarkan borang soal selidik…

1bf1

Nampaknya gangguan seksual adalah isu yang agak popular sejak kebalangan ni. Lagi satu, kadang-kadang orang yang sentuh kita tu, adalah orang yang kata dia tengah nak bergurau. Korang pernah tak kena macam ni? Atau korang yang jadi pelaku dalam ‘gurau’ tu? Haa… walaupun main-main, tetap dianggap ‘gangguan seksual’ tau. Jom kita tengok dulu sejauh mana sesuatu benda dianggap ‘gangguan seksual’.

Gurau kawan-kawan pun boleh dikira ye, jadi tolong hati-hati lain kali…

Women’s Centre for Change (WCC) kata gangguan seksual ni adalah apa-apa kelakuan yang tidak diingini yang bersifat seksual yang mempunyai kesan gangguan verbal, tanpa lisan, psikologi atau fizikal. Kalau nak gurau pun, pastikan gurauan tu tak buatkan kawan korang tu rasa tak selesa dari segi lisan mahupun fizikal. Kata WCC lagi,

“Peraturan asas adalah: Mungkin gangguan seksual jika orang merasa tidak tenteram atau terancam. Tidak kira apa yang dimaksudkan oleh penyerang itu!”

Zakaria Ismail pula bahagikan gangguan seksual ni pada dua – berbentuk ugutan atau berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi.

Contoh berbentuk ugutan ni seperti seorang pegawai atasan yang berkuasa nak bagi naik turun gaji seseorang pekerja paksa pekerja agar layan nafsu supaya boleh naik gaji. Macam gadis malang ni, baru nak masuk temu duga sudah kena gangguan seksual yang berbentuk ugutan.

Contoh berbentuk ancaman ni pula biasanya berlaku antara rakan sekerja, iaitu yang tak mempunyai kaitan secara langsung dengan perihal naik turun gaji dan pangkat. Nak pergi kerja pun jadi tak seronok tiap kali ingat muka si penganggu tu. Kes ni pun tak kira persekitaran saiz syarikat sama ada kecil ataupun besar, macam yang terjadi kat Vice Media dan stesen radio BFM. Malah, gangguan seksual di sekolah tu pun ada!

Via Tenor

Bukan perempuan je yang kena, lelaki pun ada…

Carian kat Google pun dah cukup untuk buktikan kes lelaki kena ganggu secara seksual bukannya perkara pelik. Kata YB Hannah Yeoh, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) laporkan 257 orang lelaki telah menjadi mangsa gangguan seksual dari 2013-2017. Tu belum kira lagi ‘jenayah rogol tersembunyi’ dan kes yang tidak dilaporkan sebab malu.

Tak semestinya lelaki lembut saja yang jadi mangsa. Siapa yang kenal Terry Crews, pelakon berbadan tegap dan versatil mesti akan tahu kes dirinya diraba oleh ejen eksekutif Hollywood. Lepas Terry Crews buka cerita, dia dihentam pula oleh 50 Cent, seorang lagi artis lelaki berbadan tegap. Apabila ditanya kenapa Terry si badan sado tak tepis je, respon Terry merenung masalah diskriminasi kulit hitam yang mudah disalah anggap sebagai penjenayah.

Terry Crews (kiri) dan 50 Cent (kanan) sama-sama mat sado berkulit hitam. Artis pun kena hentam sebab cakap benda betul, apatah lagi orang biasa. Via Flare

Seorang pengguna Twitter (@afiqciko) pun pernah kongsi pengalamannya diganggu oleh sekumpulan wanita muda ketika di tempat kerja. Haa, jangan fikir pasal semburit je… kaum hawa pun pandai juga ganggu lelaki terutamanya bila dah kerja dalam industri servis perkhidmatan.

Undang-undang cukup ke tak?

Siapa kata di Malaysia ni takde perlindungan untuk kes gangguan seksual? Untuk pekerja kerajaan, korang boleh failkan aduan pada pihak atasan dengan kepilkan sekali bukti-bukti yang berkaitan. JPA dah sediakan Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja khas untuk tangani kejadian tidak bermoral ni.

Untuk pekerja swasta pula, Kementerian Sumber Manusia dah perkenalkan Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja 1999. Majikan tak peduli? Jangan khuatir, korang boleh failkan terus laporan polis. Pihak polis boleh buat siasatan di bawah Seksyen Kanun Keseksaan Seksyen 354, Seksyen 377D dan Seksyen 509.

Laporan Polis di bawah Kanun Keseksaan
Via WCC

Walaupun begitu, kita kena akui perlindungan untuk kes sebegini masih kurang. Sebab tulah, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KWKM) sedaya upaya nak buat langkah advokasi dan pengumpulan input daripada masyarakat. Kalau korang tak pandai buat video, korang bolehlah isi borang kumpul data di sini.

Kita harapkan akta khas untuk tangani gangguan seksual boleh diluaskan lagi untuk anak-anak kita nanti. Via psychologytoday.com

Kuasa tular masih tak cukup nak betul-betul lindungi kawan-kawan, saudara mara dan ibu bapa, adik beradik korang sendiri daripada diganggu secara seksual kemudian hari. Bila kerajaan sudah ada data yang cukup, barulah senang kerajaan nak gubal dasar dan polisi terbaik untuk rakyat. Jadi jangan lupa isi borang soal selidik ni taw!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *