Perobohan replika buku Dewan Bahasa dan Pustaka bukti Islam terancam?

Nm

Bagi rakyat Malaysia, sudah tentu korang tahu apa benda tu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kan? DBP, tiga huruf yang selalunya akan ada dalam buku sastera yang ada kat Malaysia. Diorang ni ada menara, selepas siap menara yang jadi mercu tanda DBP hampir 20 tahun lalu, binaan seperti buku tengadah itu jadi identiti yang mudah dikenal orang. Binaan tu dianggap sesuai dengan kedudukan DBP berkenaan sebagai badan yang mengelolakan hal ehwal bahasa serta persuratan negara.

Via OGG

Kini replika tu bakal dirobohkan segera atas nasihat Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana melibatkan aspek keselamatan. Ketua Pengarah DBP, Abang Sallehuddin Abang Shokeran, berkata walaupun dengan robohnya binaan itu maka reka bentuk bangunan DBP akan berubah, ia tetap perlu dilaksanakan.

Bekas pengarang kanan Utusan, dan seorang pensyarah kritik tindakan ni…

Semalam bekas pengarang kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain, muat naik hantaran kat Facebooknya bagi mengulas keputusan DBP untuk robohkan replika tun. Kalau ikut laporan dari MalaysiaKini, Ku Seman kata rekaan struktur tu – yang dianggapnya menyerupai rehal – dilihat sebagai syiar Islam sesuai dengan agama itu sebagai agama persekutuan. Tapi bila kami semak kat FB, nampaknya status dah dipadamkan

“Saya juga melihat kerja tidak cerdik merobohnya sebagai ciri-ciri Islamafobia,” kata Ku Seman, melalui hantaran Facebooknya, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Lepas tu ada jugak seorang pensyarah yang pernah popular sebab Tun Mahathir datang masa dia berforum, namanya Kamarul Yusoff. Dia kata pihak yang jadikan perobohan struktur rehal DBP sebagai isu adalah pihak-pihak yang dikira berwibawa seperti Ku Seman Ku Hussain selaku bekas wartawan Utusan Malaysia dan Dr Ibrahim Ghaffar dari Persatuan Penulis Nasional. Rehal adalah simbol Islam – ia ditakrifkan oleh Kamus DBP sebagai “tempat meletakkan Qur’an ketika membacanya” menyebabkan kerja merobohnya dianggap mempunyai ciri-ciri Islamofobia oleh “pihak yang fobia dengan Islam”.

Pensyarah yang guna baju hijau tu yang kami maksudkan. Via Sinar

Pemakluman perobohan struktur rehal oleh DBP pada 11 Julai 2019 sekadar menyatakan kerja perobohan telah diluluskan oleh Lembaga Pengelola DBP dan akan dibuat dari 12 Julai 2019 sehingga 17 November 2019. Kenyataan media Bahagian Komunikasi Korporat DBP semalam sekadar menyatakan kerja merobohnya dibuat setelah mendapat nasihat daripada pakar JKR yang mengesahkan bahawa ia tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat.

Sebenarnya bukan sebab anti-Islam pun, diorang buat semua ni untuk pastikan keselamatan orang ramai

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) jelaskan keputusan merobohkan replika buku di bumbung bangunan badan itu terpaksa dilakukan demi keselamatan ramai. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran, pemeriksaan oleh Jabatan Kerja Raya di Menara DBP mendapati struktur replika ni tak kukuh disebabkan hakisan dan karatan yang teruk.

Via MalaysiaKini

“Perobohan replika berbentuk buku di Menara DBP banyak ditularkan oleh warga maya dengan berbagai-bagai tanggapan. Saya ingin menjelaskan bahawa perobohan ini dibuat atas faktor keselamatan,” – Wakil DBP, seperti yang dilaporkan MalaysiaGazette.

Isu perobohan replika tu menimbulkan kerisauan ramai apabila kelulusan meroboh telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengelola DBP ke 281. Dalam pada itu, Abang Salehuddin berharap perobohan replika buku ni tak disalahtafsir dan dikaitkan dengan hal-hal yang tidak berkaitan.

Abang Salehuddin. Via Utusan

Perobohan replika ni berkaitan dengan isu keselamatan staf dan pengunjung DBP dan orang awam. Sebagai organisasi yang bertanggungjawab, diorang perlu memastikan staf, pengunjung serta orang awam selamat apabila bekerja, berurusan dengan kami termasuklah orang awam yang melalui kawasan bangunan ini.

Kita janganlah terlalu cepat buat kesimpulan yang terburu-buru

Abang Sallehuddin akui banyak pihak akan pertikai keputusan berkenaan namun nasihat JKR harus diberi keutamaan. DBP turut jelaskan, sekiranya hendak dibina replika lain kat atas bangunan berkenaan tu, ia akan memakan kos sehingga RM12 juta. Satu lagi, orang ramai yang kecam ni – agaknya-agaknya berapa ramai yang masih membeli buku untuk membantu pertumbuhan industri buku? Kalau betul nak benda tu dikekalkan, apa kata laksanakan kempen beli buku ramai-ramai untuk kumpul dana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *