Risau berat badan meningkat mendadak di bulan Syawal? Ikuti tips ini

Sedar tak sedar, dah hampir seminggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun kebiasaan masyarakat Malaysia, raya tak sah kalau tak dirayakan sebulan. Selagi mana kalendar tunjuk Syawal, selagi tu lah open house dan gathering tak henti-henti. Haa ini belum masuk jemputan kahwin lagi, ramai pulak yang suka memilih tarikh persandingan semasa Syawal.

Dalam seronok beraya dan memenuhi undangan, ramai di antara kita yang sudah mula risau naik berat badan. Penat-penat kita menjaga pemakanan semasa berpuasa, selepas raya, berat makin bertambah! Kita tak nak perkara ini terjadi. Sebagai umat Islam, menjaga kesihatan dan berat badan yang ideal juga merupakan tuntutan agama tau. Jadi kami akan kongsikan dengan anda semua lima tips berguna untuk maintain langsing. Kalau yang belum langsing, sekurang-kurangnya tak bertambahlah beratnya. Yang tak jaga pemakanan, meranalah anda macam panda ni.

1. Ambik nasi putih, jangan makan nasi minyak

Apa-apa majlis makan atau kenduri selalunya mensajikan dua jenis nasi, nasi putih dan nasi minyak. Walaupun macam takde beza, nasi minyak ni mengandungi kandungan kalori dua kali ganda daripada nasi putih dengan kuantiti yang sama. Di sini, kata kuncinya ialah bijak memilih. Dalam setiap pemilihan makanan, ambillah yang lebih sihat dan elakkan yang tidak perlu.

Via FB

Kebiasaanya kalau nak kurus, kita dinasihatkan untuk tinggalkan nasi putih secara total. Memanglah cara tersebut lebih berkesan, tapi kalau dah tekak Asia, memang nak cari jugak nasi. Nasi juga buatkan kita rasa kenyang untuk masa yang lama. Ini lebih baiklah daripada tak makan nasi langsung, tetapi sentiasa mengunyah kalori tambahan kerana sentiasa lapar. Haa, di sini kami cadangkan nasi putih diambil dalam anggaran segenggam tidak melebihi dua kali sehari. Nasi putih sebenarnya tidaklah seteruk yang disangkakan kalau diambil secara tidak berlebihan. Buktinya, negara seperti Jepun dan Korea Selatan yang rendah kadar obesiti pun menjadikan nasi sebagai makanan ruji.

2. Tak payah nak minum air manis sangat, utamakan air putih

Okay tips ini lebih kuranglah macam tips kat atas. Tak kisah air sirap ke, teh ke, jus buah-buahan, air bekarbonat dan bubble milk tea sekalipun, kalau dah bukan air putih, tinggalkanlah bang. Kalori tambahan dalam minuman manis ni memang punca utama kegemukan, segelas biasanya tak kurang dari 100 kalori. Baiklah kita gantikan dengan manisan semulajadi seperti buah-buahan.

Minum jangan tak minum. Via Giphy

Kalau nak juga jus, buat sendiri tanpa tambahan gula. Di musim perayaan, amalan menjaga kalori ni lebih penting sebab kita selalunya akan makan lebih kerap daripada biasa. Kebanyakan kita memang tak rajin catat pemakanan harian, sebab tu mengawal dari mengambil kalori tambahan ini sangat penting.

3. Elakkan makan kerepek, walaupun macam mustahil. Terutamanya waktu tengah lepak

Dari kerepek pisang ke maruku, makanan ni biasanya dimakan sambil membuat hal lain. Buat mengomel sambil tengok tv, sambil buat artikel, sambil bawa kereta. Sedar-sedar tiga balang dihabiskan. Haaa, ini memang makanan yang paling tak terasa sebab makan banyak mana pun memang tak kenyang. Kalau boleh, tinggalkanlah kerepek-kerepek berminyak ni. Buat tambah kolestrol je.

Via FB

Jauhkan balang-balang tu daripada capaian supaya hilang perasaan nak makan. Makanan macam kerepek, kalau kita tak nampak, jaranglah kita cari, tapi kalau nampak, mesti termakan juga. Sebagai alternatif, boleh ambil kekacang seperti badam, gajus, pistasio yang lebih sihat dan kaya dengan khasiat. Buah-buahan kering tanpa perasa tambahan pun sedap jugak sebagai ganti.

4. 10,000 langkah berjalan, bukan 10,000 kali tekan telefon bimbit

Kalau tadi semua tips tentang penjagaan makanan, tips kali ini lebih menfokuskan penjagaan fizikal. Sebab makan dah banyak, jalan pun kena banyak. Kami faham dengan jadual yang padat, hampir mustahil bagi segelintir individu menyelitkan masa untuk senaman. Dengan pergerakan yang banyak, ia dapat menggantikan senaman-senaman kita yang dah tertunggak. 10,000 langkah merupakan saranan dari hampir semua institusi kesihatan.

Masa Obama jadi Presiden USA dulu, dia pun jogging ye. Via Giphy

Tujuannya bagi memastikan kita sentiasa cergas. Kalau anda mempunyai smart watch yang boleh mengira langkah, senanglah nak kira. Kalau tak ada, gunalah aplikasi di telefon pintar masing-masing. Sambil cek Whatsapp, cek juga sudah berapa langkah yang dicapai. Ambil masa dalam lima minit pada setiap jam di pejabat untuk berdiri dan berjalan. Kalau boleh guna tangga, guna tangga. Parking jauh-jauh. Apa-apa pun caranya asal capai 10,000 langkah.

5. Puasa enam, bukan setakat dapat kurangkan berat badan, dapat pahala jugak!

Yang ini jangan lupa, kalau puasa 3o hari tambah dengan puasa enam, pahalanya dah macam puasa setahun tau! Dengan syarat niatnya mestilah betul. Dalam masa yang sama, dapat juga manfaat kesihatan. Nak mudah, selitkan dua hari pada hari minggu untuk puasa enam. Puasa enam memang perlu dirancang, supaya tak jatuh pada hari yang kita ada jemputan, lebih-lebih lagi hujung minggu. Nak selamat, buatlah lebih daripada enam.

Kalau ada tips yang power, boleh beritahu kami

Inilah antara tips-tips yang anda boleh konsikan dengan keluarga masing-masing supaya sama-sama. Akhirnya, semua berbalik kepada pilihan yang bijak dan disiplin yang tinggi. Kalau hari-hari label “cheat day” memang tak ke mana. Badan ni ada satu je, jagalah elok-elokya. Kami pun sebenarnya nak jaga berat badan ni, kalau korang ada tips lagi power, boleh beritahu kami. Sebab kami nak amalkan untuk pastikan badan maintain sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *