Orang miskin bukan sebenarnya malas, tapi kerja lebih keras

Kadang-kadang kita salah anggap bahawa miskin dan kaya seseorang itu bergantung pada sifat. Yang miskin terus miskin kerana malas, tak bijak, manakala yang kaya terus kaya sebab rajin, pandai. Tapi pandangan begini mesti dilihat dengan kritis.

Sebab itu kami tertarik  dengan kisah Drew Goodall, seorang lelaki jutawan  dari London yang pernah menjadi seorang pelakon, berlakon bergandingan dengan nama besar seperti Brad Pitt dan Hugh Grant, kemudian merempat di tepi jalan kerana masalah kewangan.

Image result for Drew Goodall
Drew Goodall. Via Reuters

Semua itu tinggal sejarah dan kini Drew seorang yang berjaya sebagai usahawan.

Pernah hidup dengan merempat…

Semasa dia mula merempat, Drew mengatakan kehidupannya brutal, terpaksa meminta derma, tidur beralaskan kadbod dan sering dikasari oleh gelendangan yang lain.

Fun Hugh Grant Actor
Drew Goodall semasa zaman gelendangannya. Via Disclose.tv

Kemudian untuk mendapatkan wang yang lebih dia mula menawarkan servis mengilat kasut kepada orang yang lalu lalang, dan kemudiannya kepada orang-orang kaya. Selepas enam bulan membuat kerja di tepi jalan, ada seorang pelanggan dia yang bagi chance dia buka kedai kecil di lobi ofis pelanggan tu.

Bila dah makin maju bisnes tu, Drew ambil peluang untuk perkembangkan lagi dan buka bisnes yang diberi nama Sunshine Shoeshine, kemudian dia mula buka cawangan ke ofis lain dan hanya menjawat gelendangan dan orang kurang upaya.

Kitaran ganas kemiskinan, ramai sebenarnya yang tak tahu

Kisah Drew ni bukanlah unik sebab ramai juga merata dunia orang yang miskin menjadi kaya. Punca kemiskinan pelbagai, daripada kurang berpendidikan, peluang pekerjaan terhad, faktor ekonomi dan sebagainya. Tapi kalau tak diberi peluang susah nak keluar dari kemiskinan tu.

Drew bernasib baik, selain usaha dia, ada orang offer dia buka kedai gilap kasut. Orang lain mungkin tak ada peluang macam tu. Ada kitaran yang agak ganas untuk orang miskin, kerana peluang yang terhad akan menyebabkan mereka mempunyai batasan yang tinggi.

Nak kaya perlukan kerja, nak kerja perlukan pendidikan, nak pendidikan perlukan duit, nak duit perlukan kerja, nak kerja perlukan pendidikan, nak biasiswa kena share dengan orang kaya (eh)…

Satu kajian oleh Institut Kajian Khazanah (KRI) pada tahun 2016 buktikan yang pendidikan sangat penting untuk mobiliti sosial yang positif. Menurut kajian ini, kalau orang yang mak ayah dia tak ada pendidikan, 33% je anak yang dapat ijazah. Kalau dibandingkan, bagi mak ayah yang berpendidikan, 92% anak dapat ijazah.

Climbing the ladder: Socio-economic mobility in Malaysia, Khazanah Research Institute (2016)

Senang kata, kalau orang yang dari keluarga miskin, peluang untuk nak dapat pendidikan tinggi lebih susah walaupun kita kata dah banyak bantuan yang diberikan.

Jurang pendapatan makin luas

Dr Muhammed Abdul Khalid pula dalam bukunya The Colours of Inequality kata 20 peratus rakyat Malaysia terkaya memiliki 52.1 peratus harta kekayaan dan 40 peratus termiskin lagi hanya memiliki kurang daripada 8 peratus harta kekayaan. Selain itu, 95 peratus aset kewangan berada di tangan 20 peratus rakyat yang terkaya dan 80 peratus rakyat biasa hanya memiliki 5 peratus.

95% aset kewangan berada di tangan 20% yang terkaya dan 80% rakyat biasa hanya memiliki 5%

Di Malaysia 50% rakyat masih bergaji kurang daripada RM2 ribu, gaji mendatar walaupun kita tahu kalau pergi ke pasaraya atau pasar tani, harga barang setiap bulan makin meningkat.

Tambahan pula, nenurut laporan Jabatan Statistik Negara (2016), hanya 32% daripada orang yang bekerja di Malaysia ni ada pendidikan tinggi.

Buku ni banyak bantu kita untuk faham masalah ketidaksamaan di Malaysia. Via Carousell

Yang paling terkesan dengan tekanan inflasi adalah orang berpendapatan rendah, kerana gaji rendah dan isu lain seperti kos sara hidup, hutang, bil bermacam-macam dan rumah lagi bermakna orang miskin tak boleh menyimpan dan akhirnya bak kata orang, kais pagi makan pagi. Orang kaya pula boleh menyimpan, melabur duit dan sebagainya jadi mereka berupaya mengambil lebih banyak agihan harta dan pendapatan yang ada.

Orang miskin bukannya malas, mereka berusaha

Menurut laporan KRI, 8 daripada 10 anak orang yang termiskin berjaya peroleh pendapatan lebih daripada ibu bapa mereka, jika dibandingkan dengan 1 daripada 10 anak daripada golongan orang kaya.

Via NST

Ini menunjukkan yang golongan berpendapatan rendah taklah malas, dan memang berusaha lebih untuk keluar daripada kelompok kemiskinan, tetapi bukannya senang. Tanpa sokongan sosial, besar kemungkinan walaupun orang miskin ni bekerja 2-3 pekerjaan sehari sekalipun dia mungkin hanya dapat cukup-cukup je untuk beri makan dan minum.

Nak keluar daripada kelompok kemiskinan pun susah. Bayangkan tangga ni. Tinggi tangga sama, dan nak panjat pun perlukan tenaga, gerak badan semua sama. Tapi bila tangga itu semakin rongak, menjadi semakin susah untuk dipanjat. Itulah kesan jurang pendapatan.

Tangga untuk orang kaya lebih tersusun banding untuk yang miskin

Perlu kerjasama semua pihak untuk settlekan masalah ni

Pembangunan sosial memerlukan kerjasama semua pihak, kerajaan, swasta dan ahli masyarakat sendiri. Pendidikan itu sendiri merupakan sumber intelektual, kemahiran dan budaya yang menyumbang kepada kemajuan negara. Jadi berdasarkan apa yang telah dibincangkan di atas, sesuatu bantuan seperti biasiswa, sama ada daripada kerajaan atau sektor swasta dapat membantu pergerakan mobiliti sosial yang positif kepada golongan berpendapatan rendah, yang memanfaatkan seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *