Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Sds
PolitikTeknologi

Wakil PBB kata projek kereta terbang hanya akan bazirkan sumber sebab tak sesuai

By Subeditor
August 28, 2019 4 Min Read
Comments Off on Wakil PBB kata projek kereta terbang hanya akan bazirkan sumber sebab tak sesuai

Isu kereta terbang di Malaysia ni bukanlah isu baru. Kami pun dah pernah tulis pasal benda ni, dan secara jujur – setiap kali kami menulis artikel berkenaan kereta terbang ni, kami memang gelak sakan. Apa bendalah yang diorang ni kemaruk sangat nak buat kereta terbang sedangkan kita ada banyak lagi isu berkenaan keusahawanan yang boleh ditonjolkan. Apa-apa pun usaha ‘murni’ kita nak buat kereta terbang ni sebenarnya dah dapat teguran daripada seorang wakil PBB dan inilah yang berlaku…

Usaha untuk keluarkan kereta terbang ni bazirkan sumber je, ujar wakil PBB…

Usaha untuk wujudkan kereta terbang hanya akan bazirkan sumber dan masa untuk Malaysia, kata wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pelapor Khas PBB Prof Philip Alston kata; kereta terbang tak praktikal di Malaysia kerana negara ini kerap dilanda ribut.

Prof Philip Alston. Via Devex

“Penggunaan kereta terbang akan menggunakan terlalu banyak bahan api fosil yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Kerajaan Malaysia sepatutnya bersedia dengan kesan perubahan iklim yang sudah berlaku,” – Prof Philip Alston, seperti yang dilaporkan oleh NTH

Kenyataan wakil PBB ni adalah kritikan yang wajar diambil serius oleh Kerajaan Malaysia, sebabnya apa yang dia kata ni ada logiknya jugak. Kadang-kadang kita kena rendahkan ego dan dengar pandangan orang lain kalau nak bergerak lebih maju. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof pada Julai lalu kata, prototaip kereta terbang sedang dibangunkan oleh syarikat usahawan negara ni di Jepun dah 85 peratus siap.

Model kereta terbang. Via AWANI

Mohd Redzuan kata, usaha untuk mewujudkan kereta terbang terbabit adalah inisiatif yang dilaksanakan untuk lebih berdaya maju serta berinovasi. Tapi, pencemaran alam sekitar di Malaysia lebih menarik perhatian kumpulan pemerhati antarabangsa kerana bencana alam kerap dihadapi di Malaysia.

Selain masalah jerebu, Malaysia terdedah dengan angin monsun yang mendorong kepada masalah hujan dan ribut sepanjang tahun. Kawasan Semenanjung Malaysia kerap ditimpa banjir besar dan banjir kilat kerana kegagalan sistem pengairan serta longkang tersumbat.

Via Giphy

Walau pelbagai inisiatif dijalankan, masalah bencana alam di Malaysia macam masih takde plan kecemasan khusus bagi menangani masalah tu.

Walaupun dapat kritikan yang hebat, Menteri kita nak projek ni diteruskan

Tapi Malaysia tetap dengan pendiriannya berhubung projek kereta terbang pertamanya sekalipun dikritik oleh pelbagai pihak, termasuk pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Prof Phillip Alston baru-baru ni.

“Kita terbuka kepada mana-mana pendapat untuk membangunkan projek itu… PBB mungkin punya pandangannya sendiri,” – Mohd Redzuan pada sidang akhbar selepas melawat syarikat pembekal solution ICT berasaskan sekuriti, Datasonic Group Bhd di sini hari ini, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dia mengulas kenyataan Alston mengenai projek tersebut bahawa ia tak praktikal dilaksanakan di Malaysia, kerana sering terdedah kepada ribut dan kenderaan tu akan gunakan terlalu banyak bahan bakar fossil. Alston dilaporkan kata projek kereta tu membazirkan sumber dan masa bagi Malaysia yang sepatutnya membuat persediaan bagi menghadapi kesan perubahan iklim yang kini mula terasa.

Via Giphy

Menteri turut kata – projek ini adalah inisiatif swasta. Jika anda lihat pada seluruh eko sistem industri itu sendiri, saiznya adalah kira-kira AS$500 bilion seantero dunia, ini industri besar yang kita harus terlibat dan sokong.

Menteri kita siap sound wakil PBB, minta diorang buat kerja ikut skop kerja diorang…

Mohd Redzuan Yusof kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu fokus dengan skop tugasan mereka dan tak terlibat dalam urusan negara ini.

Via Awani

“Komen mereka (PBB) mungkin memberi kesan kepada pendapat orang ramai tetapi mereka sepatutnya lebih baik meneruskan kerja yang mereka tahu sahaja. PBB sebaiknya tidak perlu terlibat dalam ‘perniagaan’ negara ini,” – Mohd Redzuan, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

Kami harap kereta terbang yang dimaksudkan ni betul-betul berjayalah ye. Sebabnya melihat daripada prototaip yang ada sebelum ni membuatkan kami gusar. Walaupun dikatakan projek ni menggunakan khidmat syarikat swasta, kami bimbang jugak kalau ada duit rakyat yang disalurkan ke syarikat ni. Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu hasil kereta terbang ni…

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
1321 Cc Vs Gw Vs Wx 768px
Previous

Perubahan iklim, pemimpin Fiji marah kat Australia dan katakan diorang pentingkan diri

Simpan Melabur
Next

Kalau rasa nak melabur, kami sarankan korang gunakan kaedah 5% ni

boostwin казино
arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

pinup
betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

пинап
1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
https://www.visitbraintreedistrict.co.uk/
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

https://mks-unia.eu/
7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme