Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
S1
Undang-undang

Malaysia cipta sejarah, lantik presiden wanita Mahkamah Rayuan pertama

By Subeditor
December 6, 2019 4 Min Read
Comments Off on Malaysia cipta sejarah, lantik presiden wanita Mahkamah Rayuan pertama

Hari tu kami pernah tulis tentang Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang catat sejarah sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. Pengumuman tu disambut baik oleh kebanyakan orang. Semalam kita ada lagi satu berita yang lebih kurang sama, apabila beberapa hakim wanita kita dapat posisi penting dalam sistem kehakiman kita.

Benda-benda macam ni amat baik, untuk pastikan yang takde pekerjaan yang akan didominasi oleh kaum lelaki je.

Rohana Yusuf cipta sejarah dinaikkan pangkat sebagai presiden Mahkamah Rayuan…

Beberapa hakim wanita dah mengangkat sumpah jawatan mereka di Istana Kehakiman, semalam. Hakim Mahkamah Persekutuan Rohana Yusuf dinaikkan pangkat sebagai presiden Mahkamah Rayuan susulan persaraan Ahmad Maarop pada 24 November. Dia adalah wanita pertama yang pegang jawatan tu sejak penubuhan Mahkamah Rayuan pada 1994.

S1
Via FMT

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat turut lantik Rohana, 63 tahun, sebagai pemangku presiden Mahkamah Rayuan sejak 25 November lepas. Menurut laporan Free Malaysia Today, 3 wanita dari Mahkamah Rayuan – Zaleha Yusuf, Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim – akan dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan.

“Buat pertama kalinya, mahkamah tertinggi akan mempunyai 6 hakim wanita,” – Laporan Free Malaysia Today

Via Giphy

Selain Tengku Maimun dan Rohana, hakim wanita lain ialah Nallini Pathmanathan. Zaleha dan suaminya Ramly Ali merupakan pasangan pertama yang pegang jawatan sebagai pesuruhjaya kehakiman sebelum dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan. Ramly bersara pada Ogos.

Hakim Mahkamah Tinggi Hadhariah Syed Ismail, M Nantha Balan dan Abu Bakar Jais akan dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Rayuan. Pesuruhjaya Kehakiman Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Azmi Abdullah juga akan disahkan sebagai hakim.

S1
Bagi yang tak tahu sistem Mahkamah kat Malaysia. Via Kehakiman Website

Semua hakim akan terima surat cara pelantikan jawatan diorang dari Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam sebelum diorang angkat sumpah kehakiman. Rohana akan mengangkat sumpahnya di hadapan hakim Mahkamah Rayuan. Zaleha, Zabariah dan Hasnah akan berbuat demikian di hadapan Tengku Maimun.

Yang di-Pertuan Agong gembira penyertaan lebih ramai wanita dalam bidang kehakiman

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan terima menghadap dan kurniakan suratcara pelantikan kepada sembilan hakim dengan lima daripadanya adalah hakim wanita.

Dalam istiadat berlangsung kat Singgahsana Kecil, Istana Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rohana Yusof terima suratcara pelantikan sebagai Presiden baharu Mahkamah Rayuan.

S1
Via HMetro

Tiga lagi hakim Mahkamah Rayuan ialah Datuk Zaleha Yusof, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sementara Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hadhariah Syed Ismail pula sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Yang selebihnya kami dah borak panjang kat atas.

Antara yang turut hadir menyaksikan istiadat itu Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ismail Bakar.

S1
Via Sinar Harian

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata; Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan perasaan bangga Seri Paduka dengan pelantikan ramai hakim wanita yang cerminkan usaha dan keprihatinan pentadbiran negara dalam mengetengahkan pembabitan golongan wanita dalam bidang kehakiman.

Sebenarnya kita pernah ada hakim wanita yang masuk BBC 100 Women 2018…

Nenney Shushaidah Shamsuddin merupakan antara 2 hakim wanita pertama di Mahkamah Tinggi Syariah negara. Nenney ialah peguam di Jabatan Bantuan Guaman Syarie Selangor sebelum dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi Syariah pada 2016 bersama Noor Huda Roslan.

S1
Nenney Shushaidah Shamsuddin. Via FMT

Nenney dipilih badan penyiaran Britain, BBC antara 13 wanita berinspirasi dari Asia dalam “BBC 100 Women 2018″. Dia ialah satu-satunya wanita Malaysia daripada kalangan 13 wanita di Asia yang dipilih berdasarkan sumbangan dan semangat perjuangan diorang. Tiga wanita dari China turut disenaraikan, Jepun (2), manakala Filipina, Thailand dan Indonesia masing-masing seorang.

Nenney mengendalikan lebih 5 pertuduhan sehari dan mampu mendengar sehingga 80 kes seminggu, daripada kewangan kepada khalwat, tetapi kepakarannya dalam bidang hak penjagaan kanak-kanak dan poligami.

https://www.youtube.com/watch?v=96TFqMNmp30

Katanya, ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan, sebelum seseorang suami dibenarkan berpoligami.

“Setiap kes adalah kompleks dan berbeza. Anda tidak boleh secara amnya menyatakan undang-undang Islam memihak kepada lelaki dan melayan wanita dengan buruk. Saya mahu betulkan salah faham berkenaan. Saya mahu dengar daripada semua pihak, bukannya pihak lelaki sahaja. Saya mahu libatkan wanita juga untuk mengenal pasti adakah mereka terlibat sama. Menjadi perkara penting untuk mereka turut bersetuju kerana jika saya dapati ada perkara sebaliknya, maka saya tidak akan benarkan hasrat berkenaan,” – Seperti yang dilaporkan oleh FMT

Dia faham kebanyakan wanita tidak bersetuju dengan idea berkenaan, tetapi ia dibenarkan dalam Islam dan mahkamah di Malaysia memperuntukkan undang-undang tegas untuk laksanakan perkara ini. Seorang lelaki perlu mempunyai alasan kukuh sekiranya mahu berkahwin lagi. Dia mesti tunjukkan dirinya boleh menjaga kebajikan isteri pertama dan isteri seterusnya. Dia tidak dibenarkan mengabaikan sesiapa.

Kalau Dai’e Farhan kena soal pasal poligami, mesti berkedut dahi dia nak menjawab…

Kalau Da’i Farhan tu jumpa Nenney ni nanti, mesti akan berkerut jugak muka dia nak hadap soalan yang akan diberikan. Sebabnya bukan senang-senang je nak berpoligami. Kami gembira dengan penyertaan lebih banyak wanita dalam sistem kehakiman kita, moga ia akan menambahkan lagi minat golongan wanita untuk mempelajari bidang undang-undang.

 

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
Youtuber Abang Korea
Previous

Orang Korea terkejut dengan budaya kerja di Malaysia, tapi mengapa?!

S1
Next

Kanak-kanak ni dihalau pergi saf belakang, apa HUKUMNYA?!

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme