China ceroboh kepulauan milik Indonesia? Pulau ni ada guna dialek Terengganu

F1

Pernah tak bila korang naik kapal terbang dari Semenanjung Malaysia menuju ke Sabah atau Sarawak, korang nampak gugusan pulau di tengah-tengah Laut China Selatan? Kalau korang nak tahu, itulah dia Pulau Natuna. Walaupun ia berada di tengah-tengah Malaysia dan jaraknya dengan negeri Terengganu adalah lebih dekat, tapi pulau ini sebahagian daripada negara Indonesia.

Peta Pulau Natuna
kedudukan Pulau Natuna – via iluminasi.com

Eh, kenapa duduk tengah-tengah Malaysia, tapi bukan Malaysia?

Sememangnya kalau ikut kedudukan geografi, Pulau Natuna lebih dekat dengan Malaysia berbanding Indonesia. Walaubagaimanapun, pada 1956, kerajaan Indonesia memasukkan kawasan kepulauan Natuna sebagai sebahagian daripada Indonesia. Jadi, ketika Malaysia merdeka, pulau ini sudahpun termasuk dalam wilayah Indonesia.

Tonton penerangan dalam video ini untuk penjelasan selanjutnya…

https://www.youtube.com/watch?v=KnrG2bIvvx0

Yang menariknya, dialek atau loghat pertuturan penduduk di Pulau Natuna juga seakan-akan seperti campuran bahasa Indonesia-Terengganu-Sarawak. Kalau nak dengar perbezaan antara loghat Terengganu dan Midai(salah satu loghat di Pulau Natuna), anda boleh tonton penjelasan dari vlogger yang berasal dari Pulau Natuna ini.

Okay, kami rasa dah cukup kot pengenalan untuk pulau ini. Mari kita tinjau isu semasa di situ pula. Walaupun ia bukan dalam Wilayah Malaysia, tapi kita kena ambil tahu juga sebab pulau ini sangat dekat dengan kita.

Selain isu banjir di Jakarta, Indonesia berdepan dengan tuntutan China ke atas Pulau Natuna

Kawasan perairan Laut China Selatan sememangnya kawasan yang sering menjadi rebutan beberapa buah negara seperti China, Filipina dan Vietnam. Baru-baru ini (2 Januari 2020), kecoh di Indonesia apabila kapal Coast Guard China main langgar je masuk Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) di utara Pulau Natuna. Lebih menegangkan keadaan, China cakap kawasan itu termasuk dalam wilayah mereka.

Kalau ikut peta, ada lah sedikit ‘overlap’ antara perairan Pulau Natuna dengan Sempadan ‘Nine Dash Line’ China.

Natuna China
Kawasan Nine Dash Line itu kawasan China – via sonora.id

Tapi ‘Nine Dash Line’ ini sebenarnya garis yang ditetapkan oleh kerajaan China saja, Indonesia tak iktiraf pun persempadanan ini. Dan kawasan yang berada dalam garis ini ialah dari Kepulauan Paracel sehingga Kepulauan Spratly. Tambahan lagi, China cakap nelayan-nelayan mereka dah lama kot buat aktiviti perikanan di situ. Sepatutnya tak ada masalah untuk mereka tuntut kawasan utara Pulau Natuna ini. Haa, China pun kaki claim juga rupanya…

Kenapa beriya sangat China nak kawasan Pulau Natuna ni? Malaysia tak pun?

Kita pun pelik, Pulau Natuna ni lagi dekat dengan Malaysia. Tak ada pula Malaysia nak berebut tuntut kawasan ini. Malaysia bukan saja tak tuntut, malah tak pernah kacau pun kawasan ini. Tiba-tiba, China yang jauh bukan main punyalah beriya…

S1
Kita pun tak mahu konfrontasi berulang lagi…

Boleh jadi juga sebab Malaysia ada pertalian serumpun dengan Indonesia. Apatah lagi, sebelum ini pernah berlaku Era Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Jadi sebab Malaysia fokus pada persaudaraan dan keamanan serantau, kita tak cari pasal nak tuntut pulau ini. Lagipun, Sabah dan Sarawak dah join kita sejak penubuhan Malaysia 1963.

Meme Natuna
Siap ada meme lagi dari warga Indonesia – via Nawala Karsa

Kenapa China nak sangat kawasan ni? Sebabnya tak lain dan tak bukan, Laut China Selatan ini kaya dengan sumber alam, weh! Di kepulauan Natuna saja, sumber perikanan melimpah ruah seperti ikan pelagis kecil (621,5 ribu ton/tahun), demersal (334,8 ribu ton/tahun), pelagis besar (66,1 ribu ton/tahun), ikan karang (21,7 ribu ton/tahun), udang (11,9 ribu ton/tahun), cumi-cumi (2,7 ribu ton/tahun), hingga lobster (500 ton/tahun). Itu baru sembang bab perikanan, belum lagi potensi dalam bidang Oil & Gas!

Jadi, apa pula reaksi Indonesia bila berdepan dengan tuntutan dari China ini?

Berdasarkan apa yang dilaporkan dari Portal Detik, Presiden Indonesia memang tegas mempertahankan pulau ini. Menurut jurucakapnya;

“Berdasarkan arahan Presiden, pemerintah Indonesia bersikap tegas sekaligus memprioritaskan usaha diplomatik damai dalam menangani konflik di perairan Natuna,” ujar Juru Bicara Presiden, Fadjroel Rachman kepada wartawan, Sabtu (4/1/2020).

Menlu
Menteri Luar Negeri Indonesia, Retno Marsudi tegas menolak tuntutan China – via CNBC Indonesia

Bagi Menteri Luar Negeri Indonesia pula, beliau menegaskan China tak ada hak untuk menuntut kawasan utara Pulau Natuna yang dikatakan ‘overlap’ dengan ‘Nine Dash Line’. Antara sebab-sebabnya;

  1. Indonesia tidak pernah akan mengakui Nine Dash Line.
  2. Wilayah Zone Ekonomi Ekslusif (ZEE) telah ditetapkan oleh United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 (UNCLOS 1982), bahawa Kawasan Utara Pulau Natuna ialah ZEE milik Indonesia.
  3. China adalah salah satu anggota UNCLOS, jadi wajib patuh pada konvensyen antarabangsa itu.

Indonesia dah siap siaga menjaga perairan Pulau Natuna

Berikutan situasi tegang di Laut China Selatan, Indonesia dah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pada mulanya, sebanyak 3 buah kapal perang dan kapal terbang Boeing milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah dikerahkan untuk menjaga kawasan utara Pulau Natuna.

Kapal Tentera Indo
Tentera Laut Indonesia dah bersiap sedia menghadapi ancaman China – via Detik

Tapi China masih lagi tak nak mengalah. Padahal Indonesia dah beri amaran kot. Menurut laporan Astro Awani yang terkini pada 7 Januari 2020, Indonesia dah tambah lagi 4 kapal perang untuk pantau kawasan panas ini.

Difahamkan, bot nelayan China itu terdapat di kira-kira 30 lokasi dan setiap daripadanya menempatkan sehingga dua bot. Tiga kapal peronda pantai Beijing turut kelihatan di kawasan itu. – Seperti yang dilaporkan Astro Awani

Kalau 2020 kita sibuk troll kereta terbang di Malaysia, tahun ini Indonesia fokus untuk pertahankan kawasan perairan mereka. Kita doakan yang baik-baik saja. Moga tidak berlaku peperangan di situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *