Bung Moktar semakin rancak menyerang Hajiji

f1 min (10)

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menyatakan kebimbangannya berhubung pelaksanaan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilihat masih belum menyeluruh di Sabah. Beliau berkata, walaupun program tersebut yang merupakan salah satu dasar utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) telah dirangka dengan baik, namun kawasan luar bandar, khususnya di pedalaman Sabah, paling memerlukan sokongan ekonomi yang bersasar.

“Kemiskinan tegar di Sabah berada pada kadar 1.2 peratus, iaitu enam kali ganda lebih tinggi berbanding purata nasional (0.2 peratus). Ini bukan sekadar statistik, tetapi bukti nyata jurang pembangunan yang masih ketara. Realitinya, ramai rakyat Sabah, terutamanya ibu tunggal, warga emas dan belia luar bandar, masih hidup dalam kekurangan. Bukan kerana mereka tidak mahu berusaha, tetapi kerana kurangnya akses kepada peluang dan bantuan,” katanya

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu mencadangkan agar Kementerian Ekonomi menstruktur semula pelaksanaan IPR supaya lebih bersifat menyeluruh dan inklusif di Sabah.

“Pendekatan bersemuka atau outreach program perlu dijadikan strategi utama, melibatkan libat urus secara fizikal di balai raya, sekolah, rumah ibadat dan pusat komuniti, serta kerjasama erat dengan ketua kampung, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan badan bukan kerajaan (NGO).

download (3)
Bung Moktar. Via MalayMail

“Kerajaan perlu hadir kepada rakyat, bukan sebaliknya. Dasar pusat seperti IPR perlu diterjemahkan dengan memahami konteks sebenar rakyat di akar umbi dari segi geografi, budaya dan realiti ekonomi tempatan. Sabah mempunyai potensi luar biasa jika dasar dilaksanakan secara adil dan tersasar,” ujarnya.

Tambah beliau, sudah tiba masanya untuk kerajaan melihat Sabah bukan sekadar negeri termiskin, tetapi sebagai rakan pembangunan strategik yang mampu menyumbang secara signifikan kepada masa depan negara.

“Saya percaya, dengan pelaksanaan IPR yang diperkasa, Sabah mampu keluar daripada kitaran kemiskinan dan menuju ke arah masa depan yang lebih sejahtera,” katanya.

Perang dingin telah bermula, giliran Hajiji dan Helmy pula sindir Bung Moktar

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung kerjasama UMNO-Barisan Nasional (BN) dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang hanya akan dipertimbangkan selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) sebagai pandangan beliau sahaja.

hajiji noor bernama pic 01022021
Hajiji. Via The Star

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, gabungannya itu setakat ini belum membuat sebarang keputusan mengenai hala tuju kerjasama untuk menghadapi PRN17.

“GRS belum lagi buat sebarang keputusan. Ahli Majlis Tertinggi GRS akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat ini untuk menentukan hala tuju kita dalam PRN17. Ini termasuk siapa dan parti yang akan menjadi rakan kerjasama, menentukan agihan kerusi dan lain-lain,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha

Bercakap mengenai majlis tersebut, Hajiji berkata, ibadah korban bukan sahaja melambangkan ketaatan kepada Allah SWT, tetapi juga sebagai medium pengukuhan perpaduan dan semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat.

“Ibadah korban membawa mesej besar dalam memperkukuh semangat kesatuan dan saling membantu dalam kalangan masyarakat Islam. Hari Raya Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi satu penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian,” katanya.

Bagi Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya, dia turut menolak dakwaan wujud unsur penganiayaan dan campur tangan politik dalam isu jalan raya di kawasan Parlimen Kinabatangan.

cms ppz 2023 01 09t185630.528
Datuk Ir Shahelmey Yahya. Via Buletin Utama

Jelasnya, laluan yang dinyatakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam kenyataannya adalah kawasan yang terlibat dalam projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB).

“Laluan yang dinyatakan itu adalah dari Batu 32 Sandakan melalui Kinabatangan sehingga ke Lahad Datu dan Kunak, yang kini merupakan laluan Jalan Persekutuan yang terlibat dalam pembinaan pakej LPB. Jadi, apabila pakej kerja tersebut telah dikeluarkan, kontraktor yang berjaya dilantik pada hujung tahun lalu hingga awal tahun ini, maka kerja penyelenggaraan jalan adalah di bawah kontraktor yang dilantik. Laluan yang dimaksudkan adalah pakej 26, 25, 24, 23, dan 22 dari Kinabatangan ke Lahad Datu,” katanya

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan telahpun menerima laporan daripada JKR berhubung kerja penyelenggaraan oleh kontraktor tersebut.

“Jadi, dakwaan terdapat penganiayaan dan unsur politik itu adalah tidak berasas dan tidak tepat sama sekali,” tegasnya.

Bung dikatakan sedang berusaha untuk membuli Hajiji

Aktivis politik yang juga Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, beliau tampil untuk memperbetulkan kenyataan Bung Moktar selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah.

“Saya ingin memperbetulkan kenyataan Bung Moktar kononnya salah satu penyebab UMNO Sabah enggan bekerjasama dengan GRS pada PRN17 akan datang adalah kerana UMNO Sabah pernah melalui sejarah hitam ketika bersama GRS sebelum ini. Sebagai salah seorang bekas aktivis UMNO, saya ingin menasihatkan Bung Moktar agar tidak memutarbelit fakta dan cuba mengelirukan rakyat kerana umum mengetahui mangsa buli politik yang sebenarnya adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan GRS, bukannya Bung Moktar dan UMNO-BN,” katanya

Zulkarnain mendakwa sejak hari pertama Bung Moktar menganggotai Kabinet Sabah, beliau telah menerima portfolio yang sepatutnya bukan miliknya.

zulkarnain mahdar 681x443
Datuk Zulkarnain Mahdar. Via MG

“Portfolio Kementerian Pembangunan Infrastruktur yang sepatutnya diberikan kepada Datuk Seri Masidi Manjun akhirnya telah diserahkan kepada Bung Moktar. Bung Moktar pada asalnya dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah tetapi selepas wujud ugutan secara senyap ke atas Hajiji, portfolio jawatan Bung Moktar telah ditukar,” dakwanya.

Beliau turut mendakwa hampir semua jawatan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diberikan kepada wakil rakyat dan pemimpin UMNO.

“Kemuncak kepada tindakan buli politik ke atas Hajiji dan GRS oleh Bung Moktar adalah apabila berlakunya rancangan langkah kudeta pada tahun 2023,” katanya.

Zulkarnain turut mendakwa bahawa umum mengetahui Bung Moktar telah bersekongkol dengan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menumbangkan kerajaan Sabah yang diterajui Hajiji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *