Ini sebab PETRONAS kena bayar berbilion ringgit kepada Sarawak, korang kena tahu

F1

Satu berita baik untuk negeri Sarawak apabila Petronas akhirnya bersetuju untuk bayar cukai minyak kepada negeri tersebut, selaras dengan tuntutan kerajaan negeri tersebut tak beberapa lama dulu. Ni suatu yang besar maknanya kepada Sarawak, sebab reputasi Petronas dulu.

Petronas ni selalu didakwa selalu liat nak bayar bahagian yang sepatutnya kepada beberapa kerajaan negeri pengeluar minyak negara. Sampai terpaksa naik turun mahkamah, barulah ada jalan penyelesaian.

Petronas Sarawak
Via Berita Harian

Isu duit royalti minyak yang dituntut Sabah dan Sarawak, Petronas dilihat cakap tak serupa bikin

Sebelum pandemik berlaku, kita dah sedia maklum bahawa industri minyak dan gas ni antara industri yang membawa hasil pendapatan yang lumayan. Orang yang kerja dalam industri tersebut pun dikhabarkan biasanya dapat gaji mewah, sesuailah dengan risiko pekerjaan tu sendiri.

Via Giphy

Syarikat minyak nasional kita iaitu Petronas pun banyak ambil sumber dari dalam negara, khususnya dari Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak dulu tandatangani Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 dengan persetujuan pembayaran royalti sebanyak 5%.

Sabah dan Sarawak hasilkan 60% daripada jumlah pengeluaran petroleum negara. Dulu ada beberapa pemimpin kedua-dua negeri ni minta 20% sampai jadi bahan politik sebelum PRU-14, tapi tak kesampaian jugak sebab ‘Petronas tak mampu’.

Petronas Agihan Untung
Petronas kata tak mampu bayar lebih.. Via Astro Awani

Pada akhir tahun lalu, Petronas cadang nak jual saham dan kepentingan Petronas kat negeri-negeri pengeluar minyak tetapi idea tu ditentang oleh beberapa pemimpin Sabah dengan rasional Petronas tu adalah syarikat negara dan tak munasabah untuk dijual saham demi ‘menggantikan’ jumlah pembayaran royalti minyak yang seharusnya dibayar.

Ada betulnya tindakan ni walaupun kedengaran macam ‘durian runtuh’. Ye lah, kerajaan nak jual saham syarikat minyak kepada negeri-negeri tersebut. Sumber royalti minyak ni adalah sebahagian dari sumber ekonomi negeri-negeri ni, maka kalau nak beli saham pun, kenalah ada perbincangan yang teliti dan rapi agar sumber kewangan mereka boleh tampung perbelanjaan negeri.

Mesin Gerudi Minyak
Via Illuminasi

Akan tetapi, isu pembayaran royalti ni tak bersifat tetap kerana pembayaran tu juga dipersetujui dibayar jumlah terakru jugak. Sabah misalnya, dapat jumlah yang sama sejak 1974. Secara asasnya, Petronas boleh dikatakan ‘berhutang bayaran’ jugak dengan negeri-negeri ni.

Sarawak ada kuasa kutip cukai minyak, mahkamah perintah Petronas bayar cukai tersebut

Pada tahun lalu, Sarawak konsisten tuntut pembayaran royalti termasuklah cukai minyak sepertimana yang telah termaktub dalam ordinan negeri. Petronas cuba cadangan penyelesaian lain, iaitu dengan memberi ‘wang ehsan’ sebanyak 3% kepada Sarawak.

Via Giphy

Tawaran tu datang secara bersyarat, kerajaan negeri kena gugurkan tuntutan cukai jualan dan Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO58). Tawaran tersebut ditolak oleh Sarawak walaupun selepas Petronas diberi notis penilaian untuk bayar nilai cukai SST sebanyak RM1.2 bilion bagi separuh pertama tahun 2019. Sarawak boleh ambil tindakan undang-undang jika jumlah tu gagal diselesaikan.

Ketua Menterinya Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg kata:

“Kerajaan Sarawak tetap dengan pendirian mengenakan Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum yang dieksport dari Sarawak kerana ini adalah hak termaktub dalam Perlembagaan Sarawak. Kita juga menuntut SST yang sudah dikenakan ke atas gas asli cecair (LNG), minyak mentah dan kondensat yang dieksport dari Sarawak dibayar untuk tahun ini (2019),”- Seperti yang dilaporkan Berita Harian pada 18 November 2019

Abang Johari
Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari..Via Ismaweb

Amaran tegas ni dilaksanakan oleh Sarawak apabila negeri tersebut saman Petronas, sedangkan dua lagi syarikat petroleum asing seperti Shell dan Murphy Oil takde masalah pun nak bayar. Tuntutan tersebut difailkan pada November 2019, dan pada Mac lalu, mahkamah memutuskan Sarawak layak minta bayaran tersebut.

Kata Menteri Muda Undang-undang dan Pemantauan Projek Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali:

Mahkamah hari ini memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri dan kerajaan Sarawak mempunyai hak untuk menggubal undang-undang berkaitan cukai jualan ini. Dan kuasa ini diberikan kepada perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 dan IGC report dan ini merupakan hak negeri Sarawak…

Mahkamah telah perintahkan Petronas untuk membayar kos sebanyak RM 50 ribu namun itu hanya perkara kecil kerana apa yang penting mahkamah telah tetapkan bahawa Sarawak mempunyai hak untuk mengenakan SST terhadap minyak dan gas.”- seperti yang dilaporkan TV Sarawak pada 13 Mac 2020

Mahkamah Tinggi Sarawak Petronas
Satu kemenangan untuk Sarawak… Via TV Sarawak

Persefahaman antara Sarawak dan Petronas tercapai akhirnya pada 8 Mei lalu apabila Petronas setuju bayar jumlah cukai jualan separuh pertama 2019 iaitu sebanyak RM2 bilion. Antara lain, Sarawak bersetuju rendahkan cukai dengan kadar yang lebih rendah secara bertempoh dan tarik balik semua tuntutan dalam kes sivil terhadap Petronas.

Sebenarnya banyak rupanya ‘hutang’ Petronas ni dengan Sarawak. Datuk Sharifah Hasidah jelaskan lagi;

“Di bawah syarat penyelesaian itu, Petronas akan membayar sepenuhnya SST kepada kerajaan negeri Sarawak untuk tempoh 2019. Ia berjumlah RM2 bilion, tidak termasuk penalti pembayaran lewat dan faedah terakru daripada jumlah yang dinilai dari tarikh Notis Penilaian sehingga pembayaran penuh dibuat. Jumlah yang tepat masih dalam pengiraan.

SST untuk 2020 kekal sebanyak lima peratus daripada nilai jualan produk petroleum. Hanya Notis Penilaian bagi suku pertama 2020 telah dikeluarkan. Belum ada perjanjian untuk mengurangkan SST bagi tahun semasa 2020,”- Seperti yang dilaporkan Awani pada 10 Mei 2020

Sharifah Sarawak
Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. -Via Berita Harian

RM2 bilion, tak termasuk penalti pembayaran lewat dan faedah terakru.. wow. Cecah ratus ribu jugak kot. Zainal Ajmain, aktivis Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sabah pulak rasa perjanjian tersebut ada sudut negatif.

Baginya, Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 tu kena diperhalusi semula dan secara tak langsung, masih membiarkan Petronas kawal sumber minyak Sarawak.

“Lepas ni, Petronas atau Putrajaya akan ingatkan kerajaan negeri Sabah yang kerajaan negeri Sarawak sudah setuju, dan seharusnya Sabah pun setuju juga. Tapi seperti pepatah Melayu, ‘pisang tidak akan berbuah dua kali, Sabah mungkin memilih untuk tidak mengikut PDA 1974 untuk kali kedua,” – Seperti yang dilapor Free Malaysia Today pada 9 Mei 2020

Zainal Ajmain
Penulis dan aktivis lantang dalam isu MA63, Zainal Ajamain.. -Via Sabahkini

Isu pembayaran jumlah hasil minyak untuk Sarawak dah lepas. Bagaimana pula dengan Sabah, dan apa pendirian Sabah lepas ni? Seperti yang dah kami tulis sebelum ni, GPS kata dia nak selesaikan isu minyak ni dengan kerajaan Perikatan Nasional. Tengok gaya, tanpa PN pun GPS boleh uruskan isu minyak iaitu menerusi tindakan perundangan je. Adakah alasan terdahulu cuma menghalalkan penyertaan Sarawak dalam Perikatan? Hmm…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *