DUN Melaka kecoh, kehadiran “babi” telah menyebabkan DUN terpaksa ditangguh

F1
DUN Melaka kecoh, kehadiran “babi” telah menyebabkan DUN terpaksa ditangguh

Ketika Covid-19 perlahan-lahan meninggalkan kita, nampaknya drama politik pulak perlahan-lahan datang menemani kita. Kami dah cerita pasal undi tak percaya minggu lepas, hari ni kami akan cerita beberapa insiden poltik yang menarik. Kami sebenarnya pening dengan kebanyakan ahli politik yang ada hari ni; diorang sepatutnya bincangkan bantuan baru untuk disalurkan kepada rakyat, tapi nampaknya diorang lebih minat nak buat benda bukan-bukan.

Mesti korang masih ingat dengan seorang ADUN DAP Perikatan Nasional di Melaka kan? Kami pernah tulis artikel pasal dia, tentang bagaimana dia suka-suka hati lompat parti. Bulan Ramadan ni, nampaknya dia buat hal sekali lagi, kali ini dia libatkan binatang yang kerap disebut oleh masyarakat Melayu dalam ucapannya.

Kehadiran “babi” telah menyebabkan DUN Melaka terpaksa ditangguh, dah macam gelanggang gusti

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri semalam terpaksa ditangguhkan selepas berlakunya kekecohan dan perang mulut antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan. Persidangan yang dimulakan pada pukul 9.30 pagi tu bertukar kecoh apabila Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) kata Speaker DUN, Datuk Omar Jaafar tak layak berada di kerusi itu kerana tak dapat sokongan majoriti ahli Dewan.

Imgbin Digital Marketing Computer Icons Business Marketing Icon Icon Of An Increasing Graph White Arrow Logo Illustration Bfz4z1ersuwqxgwdt7bpjw9q7
Gaduh ke bang? Via MalaysiaKini

Perang mulut di antara mereka berdua terus berlanjutan setelah Idris lemparkan buku peraturan dewan ke arah Omar sebelum beberapa wakil rakyat pembangkang turut bangun hingga dewan bertukar menjadi gelanggang tinju. Ada di antara ADUN yang mintak bekas Ketua Menteri Melaka tu dihalau keluar kerana menghina Dewan yang baru berlangsung kira-kira 30 minit.

Dewan semakin panas setelah Omar memaklumkan usul pihak kerajaan untuk menukar pengerusi persidangan ditolak oleh Speaker. Dari gelanggang tinju, ia bertukar jadi gelanggang WWE. Dalam masa sama, Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) turut didakwa diprovokasi oleh Low Chee Leong (DAP-Kota Laksmana) hingga kekedua-dua wakil rakyat ni terpaksa ditenangkan oleh wakil rakyat lain.

ORANGKATA – "Babi" memasuki DUN Melaka

Dengar cerita tadi "babi" muncul beberapa kali di DUN Melaka. Tengah-tengah bulan Ramadan ni, bawak-bawaklah bersabar.

Dikirim oleh ORANGKATA pada Senin, 11 Mei 2020

Media tak dibenarkan membuat sebarang liputan dalam dewan ketika sidang DUN sedang berlangsung termasuk tidak ada sebarang siaran langsung dipaparkan. Diorang ni dah macam budak-budak kami tengok, asyik nak bergaduh je…

Setiausaha PAS Kelantan yakin PN ada majoriti, mintak ahli politik fokus hadapi cabaran dan kesan Covid-19

Setiausaha PAS Kelantan Che Abdullah Mat Nawi yakin Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai perdana menteri jika usul undi tidak percaya dibawa ke sidang Dewan Rakyat akan datang. Ahli Parlimen Tumpat tu yakin perancangan pembangkang akan gagal.

Imgbin Digital Marketing Computer Icons Business Marketing Icon Icon Of An Increasing Graph White Arrow Logo Illustration Bfz4z1ersuwqxgwdt7bpjw9q7
Setiausaha PAS Kelantan. Via MalaysiaKini

“Kalaupun undi tak percaya itu berlaku dalam Parlimen, saya amat yakin bahawa kerajaan dan perdana menteri mempunyai undi yang cukup. Cuma saya nak sebut dalam keadaan rakyat susah, dengan masalah Covid-19, dalam usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk memutuskan rantaian jangkitan, dalam keadaan rakyat berada dalam perintah kawalan pergerakan (PKP), pemimpin politik sepatutnya meletakkan rakyat sebagai keutamaan,” – Che Abdullah Mat Nawi, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Dia kata pembangkang perlu lihat kepentingan dan keselamatan rakyat, dan berikan tumpuan pemikiran ke arah menyelesaikan masalah rakyat. Dia turut bangkitkan pemilihan Muhyiddin oleh Yang di-Pertuan Agong setelah meyakini presiden Bersatu tu ada majoriti sokongan anggota Parlimen. Cuma kalau yakin dengan keputusan Agong, rasanya mereka tak perlu gusar dengan undi tak percaya.

Via Giphy

Dia turut menambah, sepatutnya proses ni dah berlalu dan berlandaskan Perlembagaan tu sepatutnya dihormati oleh semua pihak dan mengurangkan kepentingan diri berpolitik ketika rakyat berhadapan masalah Covid-19.

Ketika negara tengah berhadapan Covid-19, PAS adakan mesyuarat untuk bincang pertukaran MB Kedah

Masalah utama segelintir orang-orang dalam PAS atau mana-mana parti politik ni; diorang cenderung untuk tak konsisten. Kalau geng dia buat, boleh! Kalau lawan dia buat, 100% tak boleh. Mengambil contoh kenyataan tokoh PAS tadi, dia kata ahli politik perlu fokus untuk bantu rakyat bukan jatuhkan kerajaan. Hakikatnya, PAS pun tengah buat benda yang sama di Kedah.

Cerita tentang pertukaran kerajaan di Kedah semakin hangat diperkatakan dan dah memasuki ‘pusingan akhir’. Laporan akhbar mengatakan satu pengumuman mengenainya akan dibuat dalam waktu terdekat. Benda ni dikatakan berlaku kerana dikatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang sokongan daripada partinya sendiri.

Oleh sebab tu Muafakat Nasional berliur dengan peluang yang begitu besar untuk ambil-alih kerajaan negeri selepas diorang bentuk Kerajaan Persekutuan Mac lalu.

“Satu pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi dan kita yakin ia adalah jalan keluar kepada isu politik di Kedah. Secara dasarnya, perubahan kerajaan negeri akan tetap berlaku kerana PH tiada majoriti, berpecah yang tidak dapat dikawal dan menunggu masa untuk tumbang,” – Menurut sumber yang dipetik Harian Metro

Eh, bukan patutnya kita fokus tangani isu Covid-19 ke dulu? Via Giphy

Memetik laporan Harian Metro, dikatakan Presiden Pas dah adakan perbincangan dengan Perdana Menteri berhubung perkara tu. Minggu lepas, Pas Kedah secara terbuka kata diorang bersedia untuk ketuai pentadbiran kerajaan negeri berikutan kerana masalah yang berlaku dalam PH Kedah.

Dua hari lepas pulak, pemimpin PAS Kedah adakan perjumpaan tertutup bersama kepemimpinan Pusat diorang, dipercayai untuk bincangkan peralihan kuasa kerajaan negeri dan calon Menteri Besar baru. Pertemuan di Kompleks PAS Kedah tu dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan; Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya; dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Imgbin Digital Marketing Computer Icons Business Marketing Icon Icon Of An Increasing Graph White Arrow Logo Illustration Bfz4z1ersuwqxgwdt7bpjw9q7
Kedudukan kerusi DUN Kedah semasa PRU14. Via Blog Sensasi

Semua 15 ADUN PAS turut hadiri perjumpaan tu. Turut dilihat memasuki bangunan Kompleks PAS Kedah tu ialah dua ADUN UMNO.

Kalau boleh untuk seseorang, maka sepatutnya untuk orang lain pun dibolehkan. Tak boleh pilih bulu

Satu perkara yang penting dalam politik adalah sikap konsisten dalam menangani sesuatu isu, misalnya isu penukaran kerajaan ni. Sekiranya kita berpandangan keadaan pandemik bukanlah masa yang sesuai untuk berlakunya penukaran atau pembubaran kerajaan – kita patut kata benda yang sama untuk semua hal – tidak kiralah di peringkat negeri atau persekutuan. Ia tak manis kalau yang libatkan kita; takde masalah, tapi kalau libatkan orang lain – tak boleh pulak.

Sekali lagi kami nak tegaskan, apa yang paling penting adalah meluluskan belanjawan besar untuk membantu rakyat menghadapi pandemik. Persoalan siapa yang akan jadi kerajaan atau Perdana Menteri, itu boleh dibincangkan kemudian.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top