Johnny Depp menang kes saman malu, Amber terpaksa bayar lebih $10 juta

johnnytrial1

Selama beberapa minggu, liputan langsung kes saman malu Johnny Depp dan Amber Heard ditonton jutaan orang di seluruh dunia. Terima kasih pada kemudahan Internet yang kita ada sekarang, segalanya seolah berlaku depan mata kita. Kita dengar sendiri bagaimana testimoni Johnny Depp, Amber Heard dan saksi-saksi lain berkenaan kes tersebut. Kita sendiri macam dah jadi juri dalam kes ni, menilai siapa yang betul dan salah.

Kejayaan akhirnya di pihak Johnny Depp apabila diorang berjaya buktikan Amber malukan dirinya. Amber Heard pulak berjaya menang satu daripadanya, dan masih lagi boleh kemukakan rayuan sekiranya dia nak. Kami ringkaskan cerita kes saman Johnny Depp v. Amber Heard, dan apa kesannya kelak untuk orang lain selepas ni.

johnnydeppamberheard
Via BBC

Johnny Depp saman Amber Heard kerana artikel 2018, Amber menang kerana difitnah peguam

Pada 2 Jun, seorang juri umumkan bahawa Amber Heard dan Johnny Depp didapati bertanggungjawab ke atas saman malu antara satu sama lain. Johnny saman bekas isterinya, Amber Heard kerana malukan dirinya dalam sebuah artikel yang disiarkan dalam Washington Post pada 2018. Dalam artikel tu, dia dakwa dirinya sebagai ‘wakil awam penderaan domestik’.

Walaupun Depp tak disebut namanya dalam artikel tu, dia dakwa artikel tu menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon. Heard kemudiannya balas semula saman tersebut, mendakwa peguam Depp pulak ada keluarkan kenyataan yang malukan Heard.

amberheardarticle
Via The News

Pada 2020, peguam Depp keluarkan kenyataan di Daily Mail dengan menuduh dakwaan Heard mengenai penderaan domestik tu suatu penipuan. Terdahulu, Depp pernah jugak saman The Sun atas artikel laporan tentang Amber Heard yang dikatakan didera oleh Depp.

Namun Depp kalah dalam kes tersebut sebab tak cukup bukti untuk menidakkan tuduhan bahawa Amber memang alami penderaan domestik. Ini bertepatan dengan kenyataan pakar psikologi klinik dan kaunselor perkahwinan diorang, situasi pasangan Depp dan Heard ni boleh dikategorikan sebagai ‘penderaan bersama’ atau mutual abuse. Ringkasnya, masing-masing mendera satu sama lain.

amberheard trial
Via Hollywood Life

Barisan juri memutuskan Heard memang ada niat buruk di sebalik artikel tersebut, dan malukan Depp dalam tiga kenyataan berbeza. Manakala Depp (melalui peguamnya) malukan Heard dalam satu kenyataan awam yang dikeluarkan oleh pihak peguam Depp.

Juri menganugerahkan pampasan sebanyak $10 juta dolar, dan $5 juta dolar lagi kerugian punitif. Pihak juri turut menganugerahkan Heard $2 juta dolar untuk kerosakan ganti rugi je. Oleh sebab diorang buka kes di daerah Virginia, maka had ganti rugi adalah $350,000. Jadi pihak juri kurangkan anugerah pampasan tersebut

amberjohnny
Via Page Six

Menurut penganalisis undang-undang CNN Joey Jackson, keputusan ni boleh dilihat sebagai satu kemenangan buat Depp. Manakala dari pihak Heard, jurucakapnya David Shane kata dia rancang nak merayu keputusan mahkamah tu.

Penyokong Depp kegirangan lepas tahu Depp menang kes, Amber akui kecewa dengan keputusan tu

Semasa keputusan tersebut diumumkan, hanya pihak peguam Depp je yang hadir. Depp dikatakan tak dapat hadir kerana komitmen kerja terdahulu. Semasa perbicaraan ni berlangsung, Depp dilihat lebih banyak terlibat dalam bidang muzik dan seringkali bersama dengan kugirannya untuk buat konsert kecil.

Depp kata, pihak juri dah kembalikan semula hidupnya.

“Dari awal lagi, tujuan membawa kes ini adalah untuk mendedahkan kebenaran tak kira apa keputusannya. Bercakap benar adalah suatu yang saya ingin turunkan untuk anak-anak saya dan kepada semua yang masih lagi setia menyokong saya… saya rasa tenang apabila saya tahu saya telah berjaya penuhi niat saya”- seperti yang dilaporkan CNN

deppwon
Via ATN News

Para penyokong Depp memang gembira sakan bila keputusan tu diumumkan. Dari satu sudut, ni jugak berjaya membuktikan bahawa lelaki jugak boleh alami penderaan domestik dalam situasi rumah tangga. Lelaki jugak boleh menang dalam kes saman malu, khususnya bila didakwa sorang pendera di rumah.

Sementara tu, Amber Heard pulak kecewa dengan keputusan mahkamah. Dia bersama pihak peguamnya hadir dalam sesi mahkamah tu, dan tunduk meninggalkan bilik perbicaraan usai tamat sesi tersebut. Katanya:

“Saya kecewa kerana segunung bukti masih tidak cukup untuk mengalahkan kuasa dan pengaruh bekas suami saya (Depp). Saya lebih kecewa dengan keputusan ini dan maknanya untuk wanita yang lain. Ia mengundurkan perkembangan wanita yang lain dimana mereka bersuara pun masih boleh dimalukan secara terbuka. Ia mengembalikan idea bahawa keganasan ke atas wanita tak perlu diambil serius.

Saya percaya pihak peguam Johnny berjaya membuat pihak juri melupakan isu penting dalam kebebasan bersuara dan mengendahkan bukti konkrit yang membolehkan kami menang di UK. Saya sedih saya kalah. Tapi saya lebih sedih dengan kenyataan bahawa saya nampaknya telah hilang hak untuk bersuara yang saya fikir dinikmati oleh seorang warga Amerika – untuk bersuara bebas dan terbuka”- seperti yang dilaporkan Deadline. com

amber sad
Via Marca

Satu lagi fenomena yang agak baharu, bahkan untuk Amerika Syarikat sendiri adalah bahana Tik Tok. Mulanya sebuah aplikasi video berdurasi satu minit yang menghiburkan, ia turut dijadikan suatu medium mengetengahkan pelbagai isu seantero dunia termasuklah kes Depp v. Amber. Banyak sekali klip video pendek yang dimuat naik dari siaran langsung kes tersebut, membina naratif bias antara Heard dan Depp.

Disebut oleh BBC sebagai ‘Trial by Tiktok’, atau ringkasnya, perbicaraan oleh komuniti Tik Tok. Sementara juri mahkamah tengah tentukan siapa yang salah dan siapa yang benar… komuniti Tik Tok pun sama jugak. Dari awal lagi, ramai menyebelahi Johnny Depp dan diorang sangat curiga dengan Amber Heard.

https://youtu.be/gMxeXP9zzKc

Lebih menarik, dapatan dari sebuah firma yang menjejak penyebaran maklumat palsu bernama Cyabra mendapati, 11% daripada perbincangan dalam talian tu disumbangkan oleh akaun palsu. Biasanya, hanya 3-5% je kalau dalam isu-isu lain. Ini bermaksud, memang dah tinggi sangat ni kadarnya. Lebih tinggi dari jumlah bot atau akaun palsu dalam kempen-kempen politik sekalipun.

Walaupun kes ni nampak macam kes biasa-biasa, tetapi fenomena yang terhasil daripadanya agak membimbangkan. Kalau dalam kes artis bertelagah siapa dera siapa pun dah boleh mencetuskan fenomena macam ni… bayangkan untuk benda lain pulak, kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *