Kemalangan LRT tempoh hari, ini keadaan dan tindakan mangsa kemalangan

f1
Kemalangan LRT tempoh hari, ini keadaan dan tindakan mangsa kemalangan

Suatu masa dulu, LRT adalah satu kemudahan pengangkutan awam yang kita bangga untuk milikinya. LRT dah berjasa membawa jutaan pengguna setiap tahun, dan setiap hari terus berkhidmat menghubungkan seseorang pengguna tu ke destinasi yang dituju. LRT dianggap sebagai suatu yang canggih dan selamat. Namun bak kata peribahasa Melayu, malang tak berbau. Kadangkala LRT pun dah pandai rosak, apatah lagi terlibat dalam kemalangan.

728 X 90

Kemalangan LRT tempoh hari merupakan antara insiden kemalangan paling teruk dalam sejarah pengangkutan Malaysia. Ratusan cedera, manakala ada jugak terpaksa dimasukkan ke ICU. Insiden kemalangan tu turut dilaporkan oleh media-media antarabangsa, termasuklah pasal pengerusinya (kini dah dipecat) yang sempat berseloroh pasal kemalangan tersebut. Apa perkembangan kes LRT setakat ni?

lrt accident
LRT yang baru je alami kemalangan.. Via Malaysiakini

Kemalangan keenam dan paling buruk setakat ni, pengerusinya rasa ia suatu kemalangan yang lucu

Macam kami katakan sebelum ni, LRT dah beberapa kali mengalami kemalangan sepanjang sejarah pengangkutan negara. Pada 2006, salah sebuah gerabak STAR-LRT tergantung hampir 25 meter dari aras bumi akibat tergelincir bila nak berhenti di hentian terakhirnya di Stesen Sentul Timur. Nasib baik je takde penumpang. Setahun kemudian, dua gerabak tergelincir lagi.

Akibatnya, perkhidmatan tren di lima stesen lagi terjejas dan 10 penumpang terperangkap di dalam lima tren tersebut. Setahun lepas tu lagi, empat orang penumpang cedera ringan bila sebuah tren LRT langgar belakang LRT lain. 300 penumpang berada dalam kedua-dua tren terbabit. Maksudnya 266 lagi masih selamat dan sempurna, takde sebarang kecederaan.

lrt kemalangan 2006
Kemalangan LRT pada 2006.. Via FMT

Kemudian pada 2015, insiden kerosakan brek berlaku di dua lokasi berasingan dan takde kecederaan berlaku. Pada 2017, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya alami gangguan membabitkan laluan Setiawangsa-KLCC, penumpang terperangkap dalam tren tu selama 20 minit.

Namun kali ni yang paling teruk, iaitu pada 24 Mei 2021… 47 penumpang cedera parah dan 166 lagi cedera ringan. 6 dilaporkan dikejarkan ke ICU dan 3 lagi perlu ventilator. Lebih teruk, video yang dirakam oleh mangsa tular dan memaparkan ramai orang cedera teruk, serta ketakutan. Kalau korang tengok video tersebut, korang boleh rasa resah dan gusar akan keselamatan diorang. Kami turut bersimpati dan risau bila tengok rakaman video tu.

Memburukkan keadaan lagi, ketika rakyat tengah sibuk nak tau perkembangan selanjutnya tentang punca kemalangan dan keadaan mangsa-mangsa ni… boleh pulak pengerusi Prasarana berseloroh dan seolah tak cuba nak buat muka sedih serta risau pun. Ni amat berbeza dengan negara luar; kalau ada insiden buruk macam ni… diorang akan buat kenyataan awam yang lebih bernada simpati dan empati. Tak kurang jugak, diorang akan mohon maaf atas apa yang berlaku. Di Malaysia pulak, khususnya pengerusinya Tajuddin Abdul Rahman… dia nak jelaskan pakai bahasa Inggeris pun macam nak ikut Maharaja Lawak pulak.

Tajuddin Abdul Rahman kemudiannya dipecat jawatannya sebagai Pengerusi Prasarana, dan sehari lepas tu, PDRM dan SPRM pulak datang ketuk rumah. Ni tak menghairankan jugaklah, semenjak skandal projek pembinaannya pernah ‘naik’ beberapa bulan lalu. Boleh jadi ia suatu kebetulan, atau mungkin jugak, sebagaimana dakwaan orang, adalah agenda politik tersendiri.

Beberapa bulan lalu, dia pernah beri ‘amaran’ bahawa UMNO bakal tarik semula sokongan daripada Bersatu. Namun bagi kami, perihal sokongan politik terutamanya bab nak adakan pilihan raya tu tak kena pada masanya. Lagi-lagi setelah hasil kajian berjaya mengesahkan bahawa PRN Sabah punca gelombang ketiga di Malaysia, rasanya dah tak wajar dan tak kena tempat untuk bermain kira-kira kerusi ketika ni.

Namun yang pasti, cara pengendalian sidang media tempoh hari mengundang kecaman dan reaksi negatif daripada rakyat. Setakat ni dia tak mohon maaf lagi, tetapi mengikut sumber keluarga Tajuddin kepada Astro Awani.. dia merancang nak minta maaf.

“Beliau (Tajuddin) mengakui kesilapannya dalam sidang media tempoh hari dan mahu meminta maaf secara terbuka, namun begitu, semua itu bergantung pada situasi,”- sumber keluarga Tajuddin, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Tu pun daripada Najib Razak jugaklah, kita dapat ‘mengesahkan’ bahawa bekas pengerusi tu mohon maaf atas kesilapannya kepada para wartawan yang hadir dan seterusnya kepada rakyat. Walaupun begitu, kenapa orang lain yang jadi pengantara antara dia dan rakyat lain? Kalau Tajuddin boleh cuba buat lawak, takkanlah tak boleh cuba minta maaf sendiri… ye dak?

najib tajuddin maaf
Via Twitter

RM1,000 untuk bantuan kewangan, ada mangsa tuntut pampasan sehingga 1.8 juta

Susulan kejadian tersebut, Prasarana umumkan akan memberikan RM1,000 kepada 213 mangsa yang terbabit dalam kemalangan tersebut. Menurut kenyataan media Prasarana yang dah diumumkan:

“Prasarana dukacita dengan kejadian ini dan mengambil tanggungjawab penuh untuk membantu mangsa terbabit. Bantuan khas, kos rawatan dan pembayaran pampasan akan diberikan dalam masa terdekat kepada mangsa,”- seperti yang dilaporkan Berita Harian

lrt penumpang saman accident
VIa MH Daily

Pasukan tugas khas jugak dah ditubuhkan, namun kesimpulan awal menyatakan bahawa tu salah pemandu LRT yang tak dapat maklumat awal bahawa ada LRT lain turut berada di hadapannya. LRT yang satu dikendalikan oleh pemandu, manakala yang satu lagi dikendalikan oleh sistem automasinya. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong kata;

“Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat akan hantar laporan awal kepada saya. Dalam tempoh dua minggu kita akan siasat sama ada insiden disebabkan kesilapan sistem atau komunikasi. Kita akan pastikan siasatan dan kenal pasti punca pelanggaran ini.”- seperti yang dilaporkan Berita Harian

Selepas pengumuman daripada Prasarana berhubung RM1,000 kepada mangsa nahas tersebut, warganet pulak yang tak puas hati. Apa taknya, rakaman video yang tular tu membuatkan kita rasa macam tak berbaloi je dapat RM1,000. Patutnya boleh dapat lebih, kata warganet. Respon warganet dipersetujui oleh sorang peguam, Mufarwa Farid… mangsa boleh saman pemilik LRT tu atas kesan yang diorang dapat akibat kejadian tersebut. Perlu dibezakan, saman ni lain. Insurans tu lain pulak. Maksudnya, mangsa boleh minta pampasan dan mempunyai hak untuk saman pemilik LRT jikalau diorang nak.

Baru-baru ni, keluarga salah sorang mangsa dalam insiden pelanggaran LRT kemukakan Notis Tuntutan Undang-undang (Legal Notice Of Demand) terhadap Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berhubung ganti rugi sebanyak RM1.8 juta. Ia dikemukakan oleh keluarga mangsa, Wong Chee Foong, 52, menerusi firma guaman Tetuan Jazzmine Khoo & Associates.

Menurut peguam Jazzmine Khoo, tuntutan tersebut antaranya terdiri daripada kos perbelanjaan perubatan, kecederaan fizikal, tekanan mental dan emosi serta trauma dan kehilangan pendapatan. Mangsa yang dia wakili tu bekerja sebagai chef dapur di sebuah hotel di ibu negara, dan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, muka, dan tulang belakang akibat nahas tu hingga terpaksa menjalani beberapa pembedahan dan rawatan lanjut selain masih belum sedar dan kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bapa kepada empat anak berusia antara tiga tahun hingga 15 tahun itu merupakan satu-satunya penyara nafkah keluarganya. Keluarga mangsa berharap agar pihak terlibat dapat menjawab surat tersebut dan mengemukakan cadangan penyelesaian yang lebih baik dan wajar dengan segera,”- seperti yang dilaporkan Kosmo

Keluarga mangsa turut melahirkan rasa kecewa sebab sehingga kini, takde sebarang usaha dilakukan oleh pihak Prasarana berkenaan kos perubatan dan kerugian pendapatan serta bantuan RM1,000 seperti yang dijanjikan sebelum ni.

Mengikut kenyataan Prasarana beberapa hari sebelum keluarga Wong ni dikeluarkan, Prasarana berusaha kenalpasti 83 daripada 213 mangsa. Sehingga 8 pagi 29 Mei tu, 130 daripada 213 penumpang berjaya dikenalpasti. Terdapat 12 warga asing dari pelbagai negara turut dikesan dan pihak kedutaan negara masing-masing dah dihubungi.

Mereka yang terlibat diminta menghubungi Prasarana di talian 014-7371330 atau e-mel kepada [email protected] Setakat laporan pada 29 Mei tu, lima penumpang masih ditahan di hospital manakala tiga lagi ditempatkan di wad biasa dan dijangka dibenarkan keluarga dalam tempoh 2 hingga 7 hari. Dalam kesempatan ni, kami menyatakan rasa simpati kepada mangsa yang terlibat dan boleh mengerti kesukaran yang dihadapi khususnya dari segi kesihatan mental.

Tak mudah nak naik semula LRT apabila baru je kemalangan teruk, lagi-lagi untuk mangsa yang cedera parah. Kami turut berharap mangsa dapat keadilan dan pampasan yang setimpal. Selain tu, kami jugak menggesa siasatan menyeluruh dilakukan dengan penuh teliti dan diberi perhatian sewajarnya supaya tak berlaku kejadian macam ni lagi. Peningkatan sistem dan pengkemaskiniannya perlu dilakukan jugak untuk elak kejadian sebegini berlaku di masa depan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top