Kerajaan lantik Pengerusi FINAS yang pernah dikatakan terlibat dengan rasuah, ini ceritanya

F1

Semenjak pandemik COVID-19 ni, kita sendiri boleh lihat masalah industri seni dan selebriti. Mereka nak luah isi hati pun terus dikecam kerana dilihat pentingkan diri dan tak sensitif terhadap rakyat. Kemarahan terkumpul ni pun sampai nak sebut kualiti pelakon, terbitan filem dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sendiri. Hah jangan main-main bila masyarakat dah marah…

Finas Logo
Via The Edge Market

Dari satu segi, FINAS sememangnya berperanan besar dalam dunia seni kita. Namun ia jugak banyak terpalit dengan bermacam-macam isu, dan seringkali disalahkan apabila kualiti hiburan kita tampak tak maju sangat. Nak banding dengan kualiti filem kat luar, ternyata masih banyak benda yang harus diperbaiki.

Ahli politik dikatakan pernah terlibat skandal rasuah jadi pengerusi baharu FINAS ganti Hans Isaac

Jika di zaman PH dulu, kebanyakan lantikan GLC dan agensi kerajaan adalah ahli atau orang lama dalam industri tersebut. Sekarang ni di zaman kerajaan PN pulak, ahli politik kembali menduduki peringkat atasan GLC dan agensi kerajaan termasuklah dalam FINAS.

Bekas ketua bahagian PKR di Pahang, Zakaria Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi baru FINAS, menggantikan pelakon dan penerbit Hans Isaac. Manakala, timbalan pengerusi pulak adalah Norman Abdul Halim, Ketua Eksekutif KRU Music. Mereka dilantik untuk tempoh 2 tahun bermula 23 Mei ni, menurut kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Zakaria Norman Kru Finas
Zakaria (kiri) dan Norman KRU (kanan). Via Astro Awani

Zakaria Abdul Hamid pada tahun lalu telah dipecat dari PKR susulan dakwaan rasuah. Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil kata pemecatan Zakaria dan sorang lagi ahli PKR di Pahang iaitu Ismail Dulhadi adalah atas nasihat SPRM sendiri. Kisah tersebut dibongkarkan kepada umum selepas Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR dedahkan isi surat SPRM mengenai siasatan dakwaan tersebut.

“(Surat SPRM itu juga menyatakan) beliau juga memaklumkan bakal mendapat peruntukan berjumlah RM300,000 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk dihabiskan sebelum hujung tahun 2018,”- Seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 30 November 2019

Zakaria Finas Pkr Pecat
Via Malaysia Share News

Sebelum ni, Zakaria turut menawarkan kontrak RM20,000 dari Kementerian Kerja Raya semasa bertugas sebagai pegawai Menteri Kerja Raya yang disandang oleh Baru Bian. RM30,000 ni pulak dari KPKT, iaitu di bawah Zuraida Kamaruddin. Dalam surat SPRM tu jugak, tindakan tersebut disyaki sebagai usaha untuk pancing undi dalam pemilihan PKR kerana wang tersebut dikatakan ditawarkan kepada pemimpin parti peringkat pertengahan PKR.

Hal ni walau bagaimanapun dinafikan oleh Zakaria dan menganggap pemecatan tersebut adalah tak adil. Katanya dulu;

“Saya menerima maklum mengenai berita bahawa saya dipecat daripada PKR petang tadi melalui hebahan media. Perkara ini amat mengejutkan kerana saya sama sekali tidak dimaklumkan melalui apa-apa cara pertuduhan disiplin terhadap saya.

“Apatah lagi tindakan itu diambil tanpa melalui proses memanggil saya untuk membela diri seperti yang biasa dilakukan oleh mana-mana badan politik berkanun,”- Seperti yang dipetik oleh Berita Harian pada 24 November 2019

Solidariti Zakaria
Via Malaysia Journal

Seramai 20 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR sebulat suara menolak pemecatan Zakaria Abdul Hamid, di mana pemecatan tersebut tak dapat sokongan dua pertiga ahli MPP sendiri. Dua daripada 20 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi berkenaan ialah bekas Timbalan Presiden, Azmin Ali serta bekas Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin sendiri.

Pada tahun ni, sebahagian dari mereka yang pernah tolak pemecatan Zakaria dihadapkan tindakan disiplin, sama ada digantung keahliannya ataupun yang dipecat seperti Azmin dan Zuraida. Fahmi Fadzil menggelarkan proses penguatkuasaan tindakan disiplin yang melibatkan lebih dari 300 ahli PKR sebagai “proses membaik pulih parti”.

Pkr Ahmad Kasim Fahmi Fadzil
Via Malay Mail

Kemelut percanggahan kuasa dalaman FINAS, Hans Isaac ditekan pelbagai pihak termasuklah persatuan seni

Krisis dalaman FINAS nampak lebih jelas selepas pelantikan dua peneraju yang diharapkan dapat membawa pembaharuan dalam dunia perfileman kita, iaitu Ahmad Idham dan Hans Isaac sendiri pada 2019. Datuk Hans Isaac dilantik menjadi pengerusi FINAS, manakala Ahmad Idham Nazri pulak dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun lalu.

Ahmad Idham Hans Isaac Finas
Via MStar

Tapi tak berapa lama lepas tu, wujud pulak khabar angin yang mengatakan Hans Isaac dan Ahmad Idham tak sehaluan, sehingga membawa kepada keputusan Ahmad Idham memohon untuk dipendekkan perkhidmatannya sebagai CEO FINAS pada Disember 2019.

Enam persatuan seni seperti Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profirma), Persatuan Sinematografi Malaysia (MySC), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Komuniti Filem Titiwangsa (Komfit), Persatuan Industri Kreatif Malaysia (PIKDM) dan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) turut mengkritik kepimpinan Hans Isaac dan ada yang gesa untuk letak jawatan.

Seniman Ahmad Idham
Pengerusi Seniman, Zed Zaidi bersama Ahmad Idham.. -Via Mstar

Memandangkan Zakaria telah dilantik untuk mengantikan Hans Isaac, serta bakal dibantu oleh Norman KRU kelak; ramai jugak tertanya-tanya mengenai pembaharuan yang mampu dilakukan oleh Zakaria nanti. FINAS mempunyai skop tugas dan peranan yang agak besar, di samping menjadi agensi utama dalam industri seni Malaysia.

Ni antara beberapa masalah yang wajar diselesaikan FINAS, jangan disia-siakan bakat tempatan yang ada

Mengikut kajian Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar dan Razak Mohaideen pada 2018, antara masalah utama yang sepatutnya menjadi tumpuan FINAS dalam memperkasa dunia filem kita adalah masalah dana, kualiti skrip dan kelemahan naratif cerita yang ditayangkan.

Keris Siamang Tunggal Upin Ipin Fakta Trivia Selangor Sejarah
Upin dan Ipin dah nak masuk Oscar, bukti Malaysia banyak bakat berkualiti Via Revolusi Melayu Baru

Dalam mana-mana projek besar apatah lagi bila nak menerbit dan menghasilkan filem yang baik, kita kena ada dana dan modal kewangan yang mencukupi. Ramai masih berfikiran bahawa industri seni bukanlah suatu industri yang menguntungkan, jadi memang agak sukar nak dapatkan dana kewangan. Paling tak pun, terpaksa minta dekat bank atau para pelabur lain.

Walaupun kadar tontonan dan kadar kutipan kasar dari tayangan filem semakin meningkat dari tahun ke tahun, ia masih tak mengubah pandangan para pelabur. Kalau nak buat jugak, terpaksalah guna duit sendiri terlebih dahulu. Kekangan untuk pakai duit sendiri dulu adalah tak ramai yang mampu. Kos purata pembuatan filem di Malaysia pada 2009 adalah RM1.5 juta, berbanding RM350 juta di Hollywood.

Skrip jugak menjadi salah satu aspek yang harus diperbaiki, iaitu dari segi mutu skrip tersebut dan kekurangan skrip dalam Bank Skrip FINAS. Ada je sebenarnya penulis skrip tempatan yang hebat, tetapi tak ramai antara mereka berani nak hantar disebabkan kurangnya kerjasama antara krew filem, penulis dan penerbit tempatan.

Royalti tak bayar, kredit penghargaan tak diberi, lepas tu penerbit lebih suka pakai skrip dari para penulis skrip yang lama berbanding nak cari idea skrip yang baharu dan segar. Ada jugak yang palatao je, dah malas nak kaji betul-betul bila nak bina babak. Hmm…

Babak Drama Melayu Skrip
Via Buasir Otak

Para penonton pun terpaksalah hadap idea drama dan filem yang sama je; ni semua pihak penerbit dan produser punya hal sebenarnya. Plot pun kosong, sehingga ramai beranggapan kita ketandusan bakat tempatan yang kreatif dan berani berfikir luar kotak.

Kami percaya bakat-bakat muda kita ada je yang hebat belaka, tetapi kita tak boleh perah bakat sekonyong-konyong gitu je tanpa ada apa-apa manfaat. Dulu kami sempat berbual dengan pengarah filem yang menang gangsa dalam Cannes Gold Lion 2019 Award.

Redha Oscar Poster
Antara filem yang dah menang banyak anugerah, dicalonkan FINAS masuk senarai Oscar untuk 2017… Via Berita Harian

Nakkan filem yang berkualiti, kenalah baiki ekosistem sesebuah dunia bidang tu agar lebih baik dan berkualiti terlebih dahulu. Boleh ke FINAS menjadi nurturer, dan bukannya hanya gatekeeper je selepas ditukar kepimpinannya lepas ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *