Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
sayurtani 1
Isu SemasaMakanan

Kini sesiapa je boleh import makanan dari luar, ada pihak risau petani sukar bersaing nanti

By Farahani
May 20, 2022 3 Min Read
Comments Off on Kini sesiapa je boleh import makanan dari luar, ada pihak risau petani sukar bersaing nanti

Susulan khabar duka krisis makanan yang diramalkan akan mengigit negara, ramai dah mula gusar dan risau tentang kadar bekalan makanan negara. Sebelum ni kami dahpun terangkan beberapa langkah yang kita dah ambil bagi menangani isu krisis makanan. Kita tak perlu terlalu risau sebenarnya, baik dari segi kadar bekalan makanan dan kadar harga sesebuah makanan.

Namun begitu, baru-baru ni kerajaan dah umum bahawa diorang dah tarik balik penetapan keperluan permit import bahan makanan. Keputusan tu mengundang pelbagai reaksi, termasuk ada pihak yang dakwa perkara ni akan memudaratkan para petani dan pemain industri tempatan. Kami kupas cerita ni selanjutnya…

ayam import
Via Harian Metro

Takde lagi AP untuk import bahan makanan, bagi kelonggaran demi elak bekalan makanan berkurangan

Pada 18 Mei lalu, kerajaan setuju tak kena permit import (AP) bagi import sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta-merta. Keputusan tu dicapai dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikannya bagi memastikan bekalan makanan negara cukup.

“Ini akan membolehkan semua pihak untuk mengimport sebarang bahan makanan ke negara ini… Dulu ada AP daging dan lembu, mulai hari ini tidak ada lagi dan sesiapa sahaja boleh import apa sahaja bahan makanan dari negara luar untuk pastikan cukup bekalan…

Kita tahu seluruh dunia bimbang, bukan kita sahaja bimbang dengan kesan perang yang sebabkan kekurangan dari segi bekalan makanan. Mafi juga diminta mengambil tindakan segera berhubung isu kos sara hidup yang meningkat,”- Ismail Sabri Yaakob, PM Malaysia, seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Media sebelum ni laporkan Malaysia akan alami krisis makanan yang teruk sekiranya pelbagai masalah seperti inflasi, kenaikan harga minyak, cuaca ekstrem, pandemik Covid-19, konflik Rusia-Ukraine. Setiap tahun Malaysia merekodkan lebih RM50 bilion import bahan makanan asas, dengan barangan seperti beras (30%), daging lembut (78%), daging kambing (hampir 90%) dan sayur kobis bulat (60%).

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) jugak diarahkan untuk sediakan pelan jangka panjang dan pendek bagi elak berlakunya krisis makanan di negara ni. Mafi jugak diminta mempercepatkan isu pembayaran subsidi harga ayam yang dialami oleh sekumpulan pemain industri ternakan ayam.

Langkah batal AP dilihat tergesa-gesa, khuatir petani dan pengeluar tempatan sukar bersaing

Bagi Salahuddin Ayub selaku bekas menteri pertanian sebelum ni, langkah kerajaan yang terus nak mansuhkan permit import untuk bahan makanan tu nampak tergesa-gesa. Ni turut mendedahkan beberapa pihak dalam industri tempatan dengan risiko kerugian. Patutnya sebelum langkah tu diambil, kerajaan dah wujudkan jawatankuasa khas yang membabitkan pelbagai kementerian untuk jalankan kajian.

Dia tetap mengakui langkah tu mungkin boleh mengatasi masalah kekurangan bahan makanan, tapi tanpa perancangan yang betul, ia jugak tak memberikan ruang kepada para petani dan pemain tempatan nak bersaing dengan seimbang. Salahuddin dipetik berkata:

“Ketika ini ada pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh petani dan pengeluar tempatan untuk membolehkan mereka nanti bersaing dengan lambakan bahan makanan yang diimport. Tanpa penyesuaian yang tepat, akhirnya nanti petani tempatanlah yang akan menjadi mangsa. Misalnya mereka tidak dapat menjual produk masing-masing yang terpaksa dijual pada harga lebih tinggi,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

pertanian bisnes
Via Harian Metro

Antara faktor sebenar yang memberi kesan kepada penghasilan pemain industri tempatan ni adalah harga baja dan racun. Seharusnya faktor seperti ni yang perlu diberi perhatian lebih dahulu berbanding nak biarkan lambakan bahan mentah. Sekiranya keadaan tu berlaku, ia boleh menyebabkan harga sesuatu barang tu rendah. Hasilnya, pemain industri tempatan yang lazimnya tanggung kos tinggi, takkan mampu bersaing.

“Situasi ini pernah berlaku ketika saya menjadi menteri pertanian sebelum ini apabila berlaku lambakan cili import dan petani tempatan berdepan kesukaran untuk bersaing… Saya lihat keputusan yang dilakukan kerajaan sekarang ini bersifat populis dan mengabaikan keperluan pemain tempatan, termasuk kalangan petani,” – seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Memandangkan kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang garis panduan dan maklumat lanjut berkenaan arahan mansuhkan permit makanan tu, kita hanya mampu mempertimbangkan kesan arahan tersebut dalam konteks hubungan pasaran antara penjual dan pembeli.

penggunaan makanan isi rumah
Via Bernama

Penjual tempatan boleh mengalami kerugian jika terlalu banyak pihak yang import bahan makanan. Tapi bagi pembeli dan pengguna, diorang akan nikmati bahan makanan yang rendah dan pilihan yang lebih banyak. Langkah ni sedikit sebanyak boleh menjejaskan sektor ekonomi tempatan khususnya pertanian dan penternakan tempatan.

Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
emptyshelfs1
Previous

Krisis makanan sedunia isu lama sebenarnya, ini Malaysia dah buat sepanjang tempoh tersebut

ayammakan
Next

Bekalan ayam mula terputus, ini penjelasan sebenar kenapa ia berlaku

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme