Peguam Adib tarik diri, rupa-rupanya isteri S/u akhbar Menteri

Semalam kita digemparkan dengan berita  peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Ramai yang tertanya-tanya kenapa secara tiba-tiba Syazlin nak tarik diri. Kes kematian Adib adalah kes yang mendapat perhatian ramai, tindakan menarik diri daripada kes ni pasti akan mendapat perhatian ramai.

Via Mstar

Mujurlah Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dah keluarkan kenyataan untuk cuba menjernihkan keadaan. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Thommy memberikan empat sebab utama peguam tu dinasihatkan untuk menarik diri.

Peguam tu adalah isteri kepada S/u Akhbar Zuraida, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Apa yang telah berlaku; Syazlin dah terima pelantikan untuk mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan abatan Bomba dan Penyelamat Malaysi (JBPM) di dalam prosiding inkues ini semasa dia juga dilantik mewakili keluarga Allahyarham Adib. Benda ni memang jelas-jelas akan menimbulkan konflik kepentingan.

Hahh…gaduh! Via Malaysiakini

Selain tu, Peguam Negara juga ada senarikan empat sebab Syazlin dinasihatkan untuk tarik diri, antaranya;

Pertama, KPKT dan JBPM, sebagaimana kementerian dan jabatan kerajaan yang lain, hendaklah dapatkan nasihat undang-undang daripada jabatan ini, dan peguam luar mestilah dilantik oleh peguam negara/pendakwa raya. Lepas tu, macam yang kami cakap tadi, Syazlin berada di dalam kedudukan konflik kepentingan apabila dia setuju untuk mewakili KPKT dan JBPM kerana dia juga turut mewakili keluarga Allahyarham Adib yang mempunyai kepentingan langsung dalam inkues ini.

Ketiga, pegawai-pegawai Peguam Negara yang melaksanakan tugas mereka membantu koroner, telah menyatakan Syazlin telah mengambil peranan yang aktif di dalam inkues ini, malah sering mengambil kedudukan yang bercanggah daridapa kedudukan yang diambil oleh timbalan pendakwa raya. Perkara ini adalah memalukan dirinya dalam kapasitinya sebagai peguam bagi KPKT.

Keempat dan yang paling kami tak boleh brain, suami Syazlin adalah setiausaha akhbar kepada Menteri KPKT.

Macam yang korang dah baca sebab-sebab utama Syazlin diminta untuk menarik diri, rasanya korang boleh lihat sendiri ada banyak konflik kepentingan yang berlaku. Pertama dan paling simple, Syazlin dah terima untuk wakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysi (JBPM) dalam kes ni, tapi dalam masa yang sama mewakili keluarga Adib jugak.

Sedangkan kedua-dua pihak dalam kes ni ada kepentingan masing-masing (yang mungkin berlawanan atau bercanggah, dan seseorang peguam itu diperlukan untuk mempertahankan kepentingan anak guamnya. Jadi macam mana dia nak pilih?

Hmmm…macam tu rupanya. Via Giphy

Dan sebenarnya salah seorang pegawai pengendali yang membantu koroner dalam inkues, telah bercakap secara peribadi dengan Syazlin dan memaklumkan bahawa diorang takde sebarang isu sekiranya dia terus mewakili pihak keluarga Allahyarham Adib.

Pegawai tu telah minta Syazlin untuk terus mewakili keluarga Allahyarham Adib supaya prosiding inkues boleh diteruskan dan Prof Dr Shahrom Abd Wahid boleh dipanggil semula untuk memberikan keterangan lanjut. Tapi, nampaknya Syazlin tetap nak tarik diri daripada wakili Adib.

Kesan penarikan diri Syazlin dalam inkues Adib

Apabila Syazlin tarik diri, memang ramailah yang bising dan keluarkan pelbagai spekulasi tanpa buat rujukan yang betul. Hari ni kami nak kongsikan beberapa fakta daripada seorang peguam tentang kesan penarikan diri Syazlin. Antaranya, terdapat laporan bahawa penarikan diri Puan Syazlin akan jejaskan keterangan Dr Shahrom Abd Wahid yang menyimpulkan Adib dipukul.

Benda ni tak benar sama sekali. Penarikan diri seseorang peguam dalam mana-mana prosiding Mahkamah tidak jejaskan keterangan saksi yang telah diberikan. Apabila saksi beri keterangan, keterangan itu jadi sebahagian daripada keterangan dalam Mahkamah melainkan terdapatnya ‘expungement’ yang diarahkan Mahkamah. Ini tidak berlaku dalam inkues semasa Puan Syazlin tarik diri.

Maknanya, tiada isu bahawa keterangan Dr Shahrom tiba-tiba terbatal seperti yang dilaporkan. Apa yang mungkin dimaksudkan oleh Syazlin adalah permohonannya untuk panggil semula Dr Shahrom yang terbatal. Maka, walaupun perkara mengapa Puan Syazlin tarik diri perlu dijelaskan untuk elak spekulasi, ia tidak sepatutnya jejaskan prosiding inkues dan misi cari fakta (fact-finding mission) dalam inkues. Dr Shahrom sudah beri keterangan, maka koroner boleh buat keputusan.

Via Berita Harian

Bagaimana pula dengan jika terdapat perkara yang mahu dijelaskan oleh Dr Shahrom, dan kini tidak boleh kerana Puan Syazlin tarik diri? Peguam keluarga Adib boleh mohon untuk panggil Dr Shahrom. Akhir sekali, kita semua kena ingat yang tujuan inkues adalah fact finding mission (misi mencari fakta sebenar), bukan untuk sabitkan kesalahan seseorang.

Apa-apa pun, kes ini akan disambung pada bulan hadapan

Bernama melaporkan Mahkamah Koroner di Shah Alam  menetapkan 26 Jun depan untuk sebutan semula bagi prosiding inkues kes kematian Adib ni. Benda ni bermakna – dalam tempoh tiga minggu (sebelum tarikh sebutan) isu ini (pelantikan peguam baharu) perlu diselesaikan, oleh itu pihak berkenaan perlu ‘liaise’ dengan KPKT dan bomba untuk mencari peguam.

Koroner Rofiah Mohamad menetapkan tarikh itu sementara menunggu pelantikan peguam baharu yang akan mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga anggota bomba tersebut. Kami harap inkues ni dapatlah diselesaikan dan fakta sebenar kematian Adib dapat dirungkai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *