PKPB hampir di seluruh negara adalah satu kesilapan, ini penjelasan pakar

F1

Minggu lepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung sebulan lagi. Dia kata, seluruh negeri kecuali tiga negeri iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan sahaja yang tak dikenakan PKPB. Tindakan ni dikatakan dilakukan di atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walaupun kita memahami hakikat keperluan untuk meratakan lekuk jangkitan Covid-19, ada beberapa pihak mempersoalkan kaedah melaksanakan PKPB secara pukul rata seperti ini akan beri kesan yang lebih buruk.

728 X 90

Dua kumpulan perubatan kata PKPB yang dilaksanakan sekarang akan bawa lebih banyak masalah

Dua kumpulan perubatan mempersoalkan langkah kerajaan untuk melaksanakan PKPB. Pada pandangan mereka, takde keperluan untuk mengambil langkah drastik seperti ini. Akademi Perubatan Malaysia (AMM) dan Galen Center for Health and Social Policy beritahu FMT bahawa PKPB tak akan selesaikan krisis Covid-19, kerana ia hanya mampu kurangkan kejadian kes baharu buat sementara waktu.

Quran Village Putrajaya 3010 (1)
Via Astro Awani

Diorang maklum dengan kenyataan kerajaan yang mengatakan langkah ni disebabkan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 di negeri-negeri yang terjejas. AMM kata diorang tertanya-tanya dengan keputusan kerajaan kerana takde indikasi peningkatan kes di luar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang menaik secara mendadak.

“Bahkan di Pulau Pinang, banyak kes baru dalam beberapa minggu terakhir terjadi di penjara dan jumlah kes masyarakat relatif kecil, yang dapat ditangani dengan melakukan penelusuran, pengujian dan pengasingan yang agresif. Kami meminta Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dan kementerian kesihatan untuk menjelaskan ilmu di sebalik keputusan ini untuk mengenakan CMCO selimut, yang akan memberi kesan buruk terhadap penghidupan banyak orang,” – Akademi Perubatan Malaysia, seperti yang dilaporkan FMT

Diorang juga kata Lembah Klang ada kapasiti yang cukup untuk tangani kes Covid-19 baru – jadinya, takde keperluan untuk laksanakan PKPB. Ketua Pegawai Eksekutif Galen Center for Health and Social Policy, Azrul Khalib kata langkah-langkah seperti PKPB hanya bertujuan untuk menguruskan penyebaran penyakit berjangkit di dalam kawasan yang tertentu, bukan terus buat di hampir seluruh negeri di Malaysia.

F2
Korang dah buat surat rentas daerah? Via Wikipedia

Menurutnya PKPB adalah instrumen untuk berhenti sebentar untuk meratakan lekuk jangkitan, dan ia bukan jalan penyelesaian. Ia bukan tongkat sihir untuk menyelesaikan wabak penyakit, ia tak boleh dilaksanakan terlalu lama kerana akan merosakkan ekonomi dan mata pencarian orang awam.

“Tidak mungkin pada masa ini untuk meramalkan bila dan bagaimana keadaan akan bertambah baik, jika tidak ada vaksin yang selamat dan berkesan. Namun, pematuhan SOP adalah kunci untuk memastikan bahawa jumlahnya tetap terkawal,” – Azrul Khalib, seperti yang dilaporkan FMT

Pandangan ini turut dikongsi ahli politik dan pakar perubatan yang terkenal

Sentimen yang sama turut dikongsi oleh ahli Parlimen Setiawangsa, YB Nik Nazmi Nik Ahmad. Katanya kerajaan perlu pertimbang semula keperluan PKPB hampir seluruh negara, termasuk di daerah-daerah zon hijau. Keperluan kesihatan perlu diimbangkan dengan kepentingan rakyat yang derita akibat ekonomi yang gawat.  Setakat ini ukuran yang sering digunakan adalah bilangan kes secara mutlak, bukan perbandingan penduduk di kawasan itu.

Dia turut memberikan contoh graf yang diterbitkan oleh Dr Musa Nordin menggunakan statistik Dr Lokman Hakim Sulaiman dan lihat kadar jangkitan bagi setiap100,000 orang di semua negeri antara minggu 40-44 (minggu pertama Oktober hingga minggu pertama November 2020). Kadar tertinggi adalah di Sabah dan Labuan. Adakah perlu kebanyakan negeri lain dikenakan PKPB secara pukul rata?

Dr Musa yang disebutkan oleh Nik Nazmi turut mengatakan PKPB akan sebabkan kerosakan besar pada aktiviti ekonomi individu, keluarga, masyarakat dan negara. Ia akan memberi kesan buruk kepada kehidupan harian dan mendorong keluarga dan masyarakat berada di bawah garis kemiskinan.

Dia persoalkan apakah indikator yang digunakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau KKM untuk benarkan PKPB ni? Bilangan kes Covid-19 secara pukal bukanlah parameter yang terlalu tepat. Ia perlu disertai dengan kepadatan penduduk setempat. Contohnya, kadar jangkitan (IR) mengikut negeri untuk jumlah kes Covid-19 yang aktif bagi setiap 1,000 penduduk. IR di Lembah Klang, Selangor (0.295), Putrajaya (0.294) dan KL (0.101), yang berada jauh di bawah purata nasional 0.414 di bawah PKPB semasa. Disebabkan benda ni, susah nak faham keputusan yang diambil oleh kerajaan.

Semua data yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa KKM sedang sibuk mengawal keadaan Covid-19 di Sabah. Kemudahan penjagaan kesihatan yang lain tak terancam atau terbeban seperti di Sabah. Rasional saintifik ini, antara lain, menolak keperluan untuk sebarang bentuk atau kelanjutan PKPB di tempat lain.

Via Giphy

Cuma syaratnya, tindak balas pantas Testing-Tracing-Isolation-Support (TTIS) mesti berfungsi dan mantap. Untuk tujuan pengawasan, Dr Musa mengesyorkan penggunaan RTK-Ag secara besar-besaran dan bukan RT-PCR kerana Turn Around Time (TAT) yang pantas, kos rendah dan kemudahan penggunaan di Point of Contact (POC). WHO ada sediakan kit antigen ujian pantas dengan harga USD 5 setiap kit untuk semua negara berpendapatan rendah, termasuk Malaysia. Ini sekurang-kurangnya 15 kali lebih murah daripada PCR.

Kita tak boleh ada pemikiran yang malas, lihat PKPB sebagai solusi

Apa yang dibangkitkan oleh individu dan kumpulan yang tak setuju dengan pelaksanaan PKPB secara pukal ni ada benarnya. Masih banyak kawasan yang berada pada tahap terkawal dan ada yang siap dikira sebagai zon hijau (takde kes). memperkenalkan PKPB di kawasan-kawasan ini hanya akan melumpuhkan ekonomi – kerana orang susah nak keluar. Kerajaan patut lihat hujah-hujah orang yang tak setuju dengan pelaksanaan PKPB ni, demi kelangsungan hidup rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *