ROSMAH dapat bantuan RM800, tapi sejak bila dia bujang? Ini kisahnya

F1
ROSMAH dapat bantuan RM800, tapi sejak bila dia bujang? Ini kisahnya

Kami rasa ramai je yang sambut baik program Bantuan Prihatin Nasional (BPN), sebab banyak kelompok masyarakat yang terputus pendapatan kerana COVID-19. Selain daripada bantuan yang sepatutnya diberikan pada minggu pertama April, masih ada kelompangan yang kami fikir kerajaan kena segera perbaiki. Macam biasalah, apabila kami kritik kerajaan; kami nak diorang berfungsi dengan lebih baik pada masa hadapan.

Bagi yang mungkin dah terlupa dengan jumlah bayaran di bawah BPN ni, ia terbahagi kepada empat kelompok besar.

  • Pertama: RM1,600 keluarga yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
  • Kedua: RM1,000 keluarga yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000, ia akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
  • Ketiga: RM800 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  • Keempat: RM500 kepada bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Salah satu kelemahan BPN adalah isteri orang kaya boleh diluluskan pinjaman

Sebenarnya minggu lepas ORANGKATA dihubungi oleh seseorang yang berpendapatan melebihi RM4,000. Orang itu mengatakan walaupun dia sepatutnya tidak layak, setelah menyemak nombor kad pengenalan di portal BPN – permohonannya telah diluluskan. Ia sesuatu yang aneh, dan ini bermakna berlaku kelompangan yang besar dalam data LHDN berkaitan pendapatan individu.

Kilang Arak 780x470
Gambar yang tular semalam. Via MalaysiaKini

Hal ini dibuktikan lagi apabila semalam tular isu Rosmah Mansor, yang sudah tentu korang kenal dikatakan layak terima RM800 di bawah program Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Cerita ni dilaporkan oleh MalaysiaKini. Apabila baca berita ni, kami pun pening jugak – sejak bila Rosmah jadi bujang? Dia adalah isteri kepada bekas perdana menteri kita. Mustahil untuk diorang cerai senyap-senyap.

Kilang Arak 780x470
Najib dan Rosmah. Via NST

Benda ni berdasarkan semakan Malaysiakini di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang mengesahkan Rosmah “lulus” terima bantuan tunai itu. Cuma, Najib yang dapat gaji wakil rakyat tak layak untuk terima BPN. Semakan dibuat selepas beberapa netizen bangkitkan isu ini dalam talian dengan menggunakan kad pengenalan pasangan itu yang didapatkan daripada dokumen mahkamah.

Cuma, semakan MalaysiaKini terhadap status bantuan BPN yang diterima Rosmah pada jam 11.50 malam (6/4/2020) mendapati takde rekod. Dalam hantaran Facebook Najib Razak semalam, dia menafikan yang isterinya menerima bantuan BPN. Kalau isterinya tu dapat duit dari BPN, Najib kata akan bagi duit tu kepada Tabung COVID-19.

Apa jadi? Kenapa takde rekod? Via Giphy

Dalam laporan Oriental Daily, ada laporan berkenaan kelompongan dalam sistem BPN apabila individu yang tak layak masih menerima bantuan tu, manakala sesetengah netizen mendakwa diorang “tidak lulus” walaupun menepati syarat-syarat penerima bantuan tunai itu. Lagi satu yang kami tak suka – semakan terlalu mudah – sesiapa je yang ada nombor kad pengenalan seseorang; boleh menyemak.

Ia adalah masa untuk kerajaan memperkemaskan data berkenaan rakyat, dan ambil kira jumlah isi rumah

Kelompangan data ini berlaku kerana kerajaan tidak memiliki ‘big data’ yang kemas berkenaan maklumat-maklumat penting rakyat. Keadaan ini mungkin berlaku kerana integrasi data di antara jabatan kerajaan masih berlaku secara tidak efisyen. Sebab itulah bantuan ini kelihatan cuma bergantung kepada data dari LHDN semata-mata.

2019 Ncov Cdc 23312 Without Background
Big data. Via VSS

Kami harap selepas ini kerajaan akan berusaha untuk memperkemaskan integrasi di antara jabatan dan data-data penting berkenaan rakyat. Bukan sahaja untuk digunakan ketika waktu genting, tapi harus mendapat jaminan keselamatan yang tinggi. Apabila kerajaan mempunyai terlalu banyak data tentang seseorang, data itu berpotensi untuk disalahgunakan.

Oleh itu, kerajaan kena keluarkan ‘framework’ yang rapi untuk memastikan kesimbangan di antara akses kepada data rakyat dan keselamatan data peribadi.

Kilang Arak 780x470
Personal data. Via GLT Law

Selain daripada kritikan terhadap kelompangan data, ramai juga yang mengkritik bantuan kecemasan seperti ini mengambil kira jumlah isi rumah. Sebabnya simple je – semakin banyak jumlah isi rumah, semakin tinggi perbelanjaan yang diperlukan ketika krisis COVID-19. Nilai RM1,600 berbeza di antara keluarga yang memiliki seorang anak dan keluarga yang memiliki tujuh orang anak.

Kilang Arak 780x470
Via Astro Awani

Kaedah bantuan mengikut ‘saiz’ ini digunakan untuk memberi bantuan kepada Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS). Oleh itu, tak salah kerajaan mengunakan mekanisme yang sama untuk membantu keluarga yang memerlukan. Apabila benda ni dah dilakukan, kerajaan jugak perlu menyediakan plan bantuan yang lebih panjang berbanding bantuan “one-off” selama dua bulan ni. Sebabnya impak COVID-19 akan melangkaui dua bulan.

Pastikan kelompok yang memerlukan benar-benar mendapat bantuan

Akibat kelompangan data yang ada pada sistem kerajaan ni, kami bimbang ada kelompok yang betul-betul memerlukan tercicir daripada mendapatkan bantuan. Oleh sebab tu, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk pastikan kelompok ni dapat bantuan, dan dalam masa yang sama perbaiki data yang diorang gunakan.

Memandangkan keciciran mungkin akan berlaku, semangat #KITAJAGAKITA mesti diteruskan. Kalau terlihat keluarga yang memerlukan atau kehabisan bekalan makanan, kita sepatutnya membantu sekadar yang termampu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top