Rumah terbuka enam negeri, macam-macam respons

f1 min (1)

Kerajaan berhasrat mengadakan rumah terbuka hari raya di enam buah negeri, iaitu di Kedah, Trengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor. Keputusan ini telah mendatangkan pelbagai reaksi daripada ahli politik dan orang awam.

PN menganggap langkah Putrajaya mengadakan siri Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam negeri sebagai sesuatu yang ‘melampau’ serta mencabar maruah kerajaan terbabit. Menurut Timbalan Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan ia tak menyumbang kepada pembinaan hubungan yang baik di antara kerajaan pusat dan negeri.

“Tindakan melangkahi sempadan hormat dan adab antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam konteks ini jelas mencabar imej serta maruah negeri-negeri dan tentulah tidak akan menyumbang kepada hubungan baik dan saling mempercayai antara kedua-dua belah pihak. Keadaan ini juga tentulah tidak bermanfaat kepada rakyat dan negara serta usaha dan cita-cita untuk mewujudkan sebuah persekutuan yang kuat dan saling mengukuhkan,” katanya dalam kenyataan satu kenyataan

Ada pihak beranggapan acara ini akan menjadi cara kerajaan pusat berkempen kerana keenam-enam negeri terbabit bakal mengadakan pilihan raya tak lama lagi. Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata enam majlis sambutan Aidilfitri itu “jauh tersasar” dan “tercemar” dari matlamat sebenar perayaan berkenaan kerana menyasarkan lokasi yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN).

Katanya sambutan bersiri itu melanggar konvensyen dan adab hubungan dio antara kerajaan pusat dan negeri-negeri dari segi wibawa dan bidang kuasa masing-masing. Menurut Takiyuddin adalah lebih manis jika Putrajaya mengekalkan amalan pembahagian tradisi tersebut dengan kerajaan pusat menganjurkan rumah terbuka utama di peringkat kebangsaan saja.

Jika mahu diadakan, guna dua parti

Bagi YB Hassan Karim, yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang, tak salah Perdana Menteri mengadakan rumah terbuka hari raya di enam buah negeri jika perdana menteri gunakan wang parti (wang PKR), wang Pakatan Harapan (PH) atau wang peribadi Perdana Menteri sendiri.

Ia menjadi salah, jika perdana menteri gunakan wang kerajaan pusat ataupun menteri-menteri besar dari kalangan kerajaan negeri pimpinan PH menggunakan wang kerajaan negeri ataupun wang kerajaan tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan, PBT).

Ia jelas satu penyalahgunaan kuasa, termasuklah jika kakitangan awam dan jentera kerajaan digunakan untuk mengendalikan rumah-rumah terbuka tersebut.

hassan karim os7dcx5dh2w3ep3jiskb7evzb1nugmf8s07odto4xs
YB Hassan Karim

Memang ada peruntukan perdana menteri untuk mengadakan majlis rasmi keraian seperti rumah terbuka hari raya. Memang kerajaan sediakan peruntukan wang untuk majlis seumpama itu. Tetapi di satu tempat sahaja misalnya di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

Menurutnya, dia melihat banyak pihak telah menyuarakan bantahan. Mereka tak membantah perdana menteri mengadakan rumah terbuka di enam buah negeri yang terlibat. Yang mereka bantah ialah anggapan yang ada sekarang ialah wang awam ataupun wang kerajaan akan digunakan untuk membiayai majlis rumah-rumah terbuka di enam buah negeri yang khusus sahaja yang kebetulannya akan mengadakan pilihan raya negeri masing-masing, mungkin pada bulan Julai akan datang.

Macam-macam komen…

Sebabnya mudah. Kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar perlu berjimat. Seperti perdana menteri sebut di dalam Parlimen bahawa hutang negara sekarang sudah mencecah RM1.5 trillion iaitu 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Selain itu kerajaan sering memberitahu bahawa kerajaan sedang menanggung beban hutang 1MDB sebanyak RM18.2 billion.

Dalam masa lima bulan sahaja Anwar telah memberikan beberapa contoh yang baik iaitu kepimpinan melalui teladan. Misalnya pertama, dia tidak mengambil gaji dan elaunnya sebagai perdana menteri dan juga menteri kewangan. Inilah buat kali pertama dalam sejarah Malaysia bahawa perdana menterinya membuat kerja dan memikul tanggungjawab secara pro bono, iaitu tanpa bayaran.

Rumah terbuka di peringkat negeri lebih jimat dan selesa

Bagi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, soal berlakunya pembaziran hanya dibangkitkan Perikatan Nasional (PN) semata-mata. Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri dianggap lebih jimat berbanding penganjurannya hanya diadakan setempat sahaja seperti dilakukan kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Mengambil contoh di Selangor, katanya, kerajaan negeri merekodkan perbelanjaan lebih rendah apabila penganjuran rumah terbuka Aidilfitri buat kali pertamanya diadakan di sembilan daerah di negeri itu pada tahun lalu.

“Setiap tahun, kerajaan Selangor membelanjakan lebih RM1 juta bagi penganjuran rumah terbuka di negeri ini pada tahun 2016, 2017, 2018 dan 2019. Namun, tahun lalu perbelanjaan negeri hanya RM900,000 dengan kadar RM100,000 setiap daerah,” katanya dalam satu kenyataan di Twitternya pada Isnin.

Amirudin menjelaskan, penganjuran rumah terbuka di setiap daerah di negeri Selangor juga dapat dilaksanakan dengan kerjasama agensi di peringkat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Program seperti itu dapat beri peluang kepada masyarakat di daerah lebih mudah hadir tanpa perlu bersesak dan memandu jauh ke lokasi rumah terbuka negeri.

Contohnya penduduk Sabak Bernam memerlukan dua jam untuk sampai ke Shah Alam atau lokasi lain jika dibuat di satu-satu tempat. Sehubungan itu, katanya, orang ramai diundang untuk bersama-sama memeriahkan Jelajah Kita’ Selangor Aidilfitri yang mula diadakan pada Jumaat ini di sembilan lokasi di Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *