Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Isu SemasaIsu Tular

Wanita yang mengaku puteri dari Empayar Sunda ditahan di Melaka sejak tahun 2007

By Farahani
July 9, 2020 4 Min Read
Comments Off on Wanita yang mengaku puteri dari Empayar Sunda ditahan di Melaka sejak tahun 2007

Satu lagi kisah pelik yang berlaku di sekitar Malaysia dan Indonesia ni adalah kemunculan beberapa kerajaan baharu yang kami sendiri pun tak pernah dengar namanya. Awal tahun ni, salah sebuah ‘kerajaan empayar’ baharu ni tular kembali di media sosial meskipun sudah lebih lama wujud dan membingungkan rakyat Indonesia sendiri.

Benda ni pulak baru muncul semula lepas ada portal media lain yang melaporkan nasib dua orang wanita yang mengaku dari Empayar Sunda ni dah ditahan selama 13 tahun pada tahun 2020 ni. Wow.. 13 tahun dalam tahanan imigresen Malaysia? Kami kupas cerita ni selanjutnya…

Fathia Lamia
Puteri-puteri bersama peguamnya.. -Via Tribunnews

Ditahan lama kerana dakwa dokumen sah dari Empayar Sunda, padahal tak diiktiraf pun oleh Malaysia dan Indonesia

Bila dah namanya tak kena iktiraf oleh perundangan sesebuah negara, maksudnya dokumen “rasmi” tak sah lah dekat negara tu. Tu yang terjadi secara ringkasnya dalam kes penahanan dua wanita berusia 20-an ni. Kedua-dua wanita ni jugak dipercayai adalah adik-beradik dan mengaku diri mereka sebagai puteri Empayar Sunda, atau dengan beberapa nama lain, Empayar Matahari dan Empayar Bumi.

Dua puteri tersebut adalah Fathia Reza dan Lamira Roro, masing-masing membawa dokumen “rasmi” yang menyatakan kewarganegaraan mereka tu memang dari Empayar Sunda. Masa tu mereka nak masuk ke Sarawak. Apabila ditahan oleh pihak imigresen, kedua-dua mereka bertegas bahawa mereka tu bukan orang Indonesia. Sebaliknya, mereka dengan yakinnya mengaku bahawa mereka dari kerajaan empayar tu.

Puteri Sunda Empira
Dokumen pengenalan mereka.. -Via Tribunnews

Sudah tentulah ni menimbulkan kebingungan jugak, kerana Malaysia tak pernah mengiktiraf kerajaan Empayar Sunda ni. Ketika mereka ditahan pada 2007 dulu, Fathia berusia 23 tahun manakala Lamira berusia 21 tahun. Ni menjadikan usia mereka kini dalam tahanan adalah 36 dan 34 tahun. Selain tu, kedua-duanya bukanlah puteri yang ‘tak berapa bijak’. Mereka dikatakan menguasai tiga bahasa, iaitu bahasa Inggeris, Belanda dan bahasa Perancis.

Mereka jugak dikatakan merupakan anak kepada Perdana Menteri kerajaan Empayar Sunda tu, Nasri Banks dengan isterinya, Raden Ratna Ningrum. Isterinya ni pun pakai gelaran diraja jugak, tak seperti suaminya. Nasri Banks dan Ratna Ningrum ni memang pasangan yang kontroversial jugak di Indonesia, sehingga akhirnya dipenjarakan di atas kesalahan menipu.

https://www.youtube.com/watch?v=E_fN3wjCNsU

Kerajaan Empayar Sunda dakwa PPB dan Pentagon lahir di sana, akhirnya semua dah kena cekup

Benda ni bukan setakat kita je pening, rakyat Indonesia sendiri pun pening dengar hujahan kerajaan Empayar Sunda ni. Memandangkan Nasir Banks dah kena cekup, sorang lagi setiausaha kanan kerajaan Empayar tu iaitu Rangga Sasana jugak sibuk muncul di kaca televisyen untuk membuktikan bahawa Empayar tu kerajaan sah.

Dakwanya lagi, Empayar Matahari tu tak boleh disamakan dengan mana-mana kerajaan baharu muncul di Indonesia. Ertinya, ni bukan kali pertama dakwaan kerajaan baharu wujud dalam sejarah Indonesia. Dalam sebuah rancangan temu bual yang memaparkan Rangga Sasana yang segak dengan baju seragam tenteranya, dia mendakwa sesiapa yang tak kenal Empayar Sunda pasti tak tau sejarah.

Rangga Sasana
Rangga Sasana dan lambang ’empayar’nya… Via Akurat.co

Menurutnya, Empayar Sunda tu bukan kerajaan mahupun negara baharu yang biasa-biasa. Ia adalah sistem tata negara dunia, dimana setiap negara yang ada di dunia ni kena daftar semula di Bandung (ibu kota Empayar Sunda). Malah, dia mendakwa lagi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pentagon sebenarnya lahir di Bandung jugak.

Lebih jauh, dia jugak mendakwa kerajaan tersebut boleh mengendalikan senjata nuklear dan terbentuk atas tanggungjawab untuk menyelesaikan hutang negara dengan Bank Dunia menjelang 2020 ni.

Reaksi kami bila baca hujah tegas Rangga.. -Via Giphy

Dalam laporan berita Tribun News pada 24 Januari lalu, seorang pakar telematika Indonesia iaitu Roy Suryo kata lepas kemunculan semula Rangga Sasana yang lantang menyuarakan Empayar Sunda tu, dia menjejaki ada perubahan informasi dekat laman Wikipedia dalam tajuk sejarah PBB dan Nato.

“Rangga Sasana tetap saya laporkan sebagai pelaku pencemaran nama baik, tetapi institusi yang mengubah itu (sejarah PBB dan NATO di Wikipedia) tercatat adalah Sunda Empire, juga saya laporkan… Jadi sejarah tentang PBB diubah dengan kabar bohong, dengan berita bohong yang menyatakan kalau PBB itu didirikan di Bandung di gedung Isola di Lembang. Ini kabar bohong,”-Roy Suryo, seperti yang dilaporkan Tribun News pada 24 Januari 2020
Sunda Empira Cekup Rangga Indonesia
Dah kena cekup ketiga-tiga pemimpin tertinggi kerajaan tersebut.. -Via Tribunnewsmaker

Susulan perubahan informasi di Wikipedia, Roy Suryo terus buat laporan polis terhadap pendiri-pendiri kerajaan palsu tersebut termasuklah ke atas Rangga. Mereka pun dah dicekup polis atas kesalahan menipu, dan tu pun atas sebab yang munasabah. Kalau terus dibiarkan golongan pendakwa kerajaan palsu ni terus menyebarkan informasi yang salah, ni boleh membawa kepada kesalahfahaman yang amat besar.

Namun begitu, bagaimana nasibnya dengan dua ‘puteri’ yang sedang ditahan di pusat tahanan Melaka? Kalau dah kena cekup ‘kepala-kepala’ tertinggi kerajaan palsu tu… bagaimana dengan nasib kedua-dua wanita tu?

Sunda Empire Banner
Ramai jugak mengaku rakyat Empayar tu.. Via CNN Indonesia

Kita tak boleh hantar mereka kembali ke Indonesia kerana mereka tak mengaku mereka orang Indonesia, dan sudah pasti Indonesia jugak perlukan bukti jelas bahawa wanita-wanita ni memang rakyat mereka. Dah sampai tiga kali temu bual, mereka berkeras jugak bahawa mereka adalah penduduk kerajaan Empayar Sunda. Setakat ni, status mereka diletakkan sebagai tahanan tanpa warganegara (stateless).

Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Isu Ogy Ahmad Daud yang mahu disaman, terpaksa jual pes kari untuk kumpul dana

F1
Next

Selepas “bahan” UMNO dah tak laku lagi di Sabah, Menteri dari BERSATU ni mohon maaf

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme