Azan Kuwait diubah, Ketua Ulama Dunia pulak kata perlu hentikan solat berjemaah

F1
Azan Kuwait diubah, Ketua Ulama Dunia pulak kata perlu hentikan solat berjemaah

Beberapa hari lepas, viral video lafaz laungan azan di masjid Kuwait diubah kerana isu COVID-19. Ia menunjukkan betapa agama sentiasa mengajak umatnya untuk memelihara keselamatan dan nyawa.  Laungan azan tu dilakukan susulan langkah pihak berkuasa Kuwait mengarahkan penutupan sementara masjid.

Hari ini masih ada sebilangan kecil orang kita yang percaya ‘tuhan’ akan lindungi diorang; sehingga tak nak buat pemeriksaan kesihatan dan masih lagi berada di luar walaupun sepatutnya diorang perlu kuarantin diri. Keadaan ni terjadi apabila kita yakin tak bertempat…

Lafaz Azan di Kuwait diubah untuk beritahu orang ramai supaya solat di rumah…

Kalau ikut cerita dari portal Middle East Eye, lafaz azan tu diubah daripada ‘hayya ‘ala al-Salah’ (marilah menunaikan solat) kepada ‘al-Salatu fi buyutikum’ (tunaikanlah solat di rumah anda). Kementerian Hal Ehwal Islam Kuwait mengumumkan solat lima waktu yang selalunya dibuat di masjid dibatalkan. Sebab itulah lafaz azan bertukar, dan video ‘azan baru’ tu viral di media sosial.

Minggu lepas, Kuwait umumkan cuti umum di antara 12 hingga 26 Mac dan perlu bekerja semula pada 29 Mac, cuma kumpulan yang menyediakan perkhidmatan penting akan beroperasi seperti biasa. Diorang juga larang perjumpaan seperti di restoran, kafetaria dan pusat perniagaan.

Kerajaan Kuwait turut kenakan sekatan penerbangan antarabangsa. Setakat Jumaat lepas, Kuwait merekodkan 100 kes jangkitan Covid-19 tanpa kematian dengan lima daripada mereka disahkan sembuh.

Seruan untuk tangguhkan solat jemaat ni dah dipersetujui oleh ramai pihak, termasuklah ulama tersohor Yusuf al-Qaradawi yang menggesa masjid di seluruh dunia menangguhkan semua solat berjemaah, termasuk solat Jumaat. Benda ni untuk atasi masalah penularan COVID-19.  Laporan ni dibuat oleh Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar. Diorang laporkan gesaan tu dibuat menerusi Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS) yang diketuai Qaradawi.

Bn Pn263 Reda P 20160823124719
Yusuf Qaradawi. Via WSJ

Di Malaysia pulak, Perlis batalkan solat Jumaat di seluruh negeri tu, Jumaat lepas. Macam yang kami dah tulis, Singapura pulak hentikan semua aktiviti masjid selama 2 minggu untuk kerja pembersihan. Putrajaya pulak keluarkan garis panduan kepada umat Islam untuk ke masjid, termasuk menasihatkan mereka berwuduk di rumah.

Nampaknya kita akan lihat apa yang akan dilakukan pada minggu ni. Melihat daripada keadaan COVID-19 yang makin teruk, nampaknya kemungkinan kita akan keluarkan arahan yang sama seperti Perlis.

Jumlah terkumpul untuk kes COVID-19 di Malaysia adalah 428, catat 190 kes baru semalam…

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia sahkan sebanyak 190 kes baru dilaporkan dan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 428 kes. Menteri Kesihatan kita, Datuk Seri Dr Adham Baba kata, berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes-kes baru ini adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.

“Penyiasatan dan pengesanan peserta perhimpunan tabligh masih sedang giat diteruskan. Justeru, KKM menyeru agar peserta perhimpunan tabligh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya,” – Dr Adham, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

Seramai sembilan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan perlukan bantuan pernafasan. Sebanyak tujuh kes yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini telah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad Hospital Sungai Buloh.

Capture
Hospital Sungai Buloh yang popular ketika wabak ini bermula. Via Bernama

Ia menjadikan 42 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad. Selain tu, peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

KKM turut memaklumkan – semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah telah menjalankan aktiviti berkaitan bagi kawalan kejadian COVID-19 dalam kalangan jemaah tabligh dan individu yang disyaki terjangkit COVID-19 bagi mengekang penularan jangkitan tu.

Kerajaan kena cari jalan untuk galakkan orang tak keluar rumah, untuk bendung COVID-19

Ada yang kata kerajaan perlu ‘lockdown’, tapi itu terpulang kepada diorang. Apa perlu dilakukan kerajaan sekiranya berniat untuk memulakan fasa ‘lockdown’ adalah menghilang ‘tekanan’ untuk membantu rakyat kekal berada di rumah. Ramai orang takut je dengan COVID-19, tapi terpaksa pergi kerja untuk teruskan kehidupan. Kalau diorang ‘ponteng’ kerja sesuka hati, sudah tentu diorang akan dibuang kerja.

Kerajaan Itali telah menangguhkan bayaran perumahan dan bil untuk bantu menghilangkan ‘tekanan’ rakyatnya ketika fasa lockdown. Kerajaan kita harus mula fikir untuk lakukan hal yang sama atau memperkenalkan ‘universal income’ kepada kawasan yang terlibat dengan lockdown. Kalau rakyat tak ada tekanan, dah tentu diorang akan gembira lepak di rumah.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top