Kabinet dikatakan dikuasai Bersatu dan Azmin, pemimpin UMNO tak puas hati…

F1
Kabinet dikatakan dikuasai Bersatu dan Azmin, pemimpin UMNO tak puas hati…

Bukanlah mudah untuk beberapa parti politik besar bergabung di bawah satu bumbung. Ketika Pakatan Harapan jadi kerajaan, sekali-sekala kita nampak diorang pun bergaduh sesama sendiri. Ramai yang tertanya-tanya, adakah kerajaan ‘Melayu’ hari ini akan kurang bergaduh sebab diorang sebangsa? Ia satu soalan yang menghantui kami jugak.

Nampaknya bibit-bibit pergaduhan tu dah mula muncul, apabila ramai pemimpin UMNO merasakan pembahagian jawatan kat Kabinet tu tak adil kepada diorang.

Orang nombor dua UMNO kata pembahagian posisi Kabinet tak adil, dikuasai Bersatu dan Azmin…

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) mengkritik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka disebabkan komposisi Kabinet yang didakwanya berat sebelah. Katanya, UMNO sebagai blok ahli Parlimen terbesar dalam Perikatan Nasional dah diketepikan dengan cara yang sangat tak adil dan benda tu boleh dilihat melalui dua benda.

Dia kata, ia babitkan pemberian portfolio kementerian yang tak kritikal sedangkan pemimpin UMNO ada pengalaman yang tinggi. Lepas tu, keanggotaan Kabinet secara jelas beri manfaat kepada blok Bersatu dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Perkara ini sangat kritikal kerana hanya dengan mempunyai Kabinet yang bersatu hati, kerajaan boleh bergerak secara bersama dengan para pendukungnya. Hanya dengan yang demikian, kerajaan boleh memfokuskan kepada urusan tadbir urus dan pemerintahan,” – Tok Mat, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

S1
Senarai Kabinet. Via Berita Harian

Tok Mat turut kata dalam keadaan semasa yang menyaksikan kita sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sukar, dengan cabaran wabak Covid-19, kejatuhan pasaran saham dan ketidaktentuan ekonomi – tak ada ruang dan masa untuk berlengah dan lakukan kesilapan.

Katanya lagi, tanpa sebuah Kabinet yang kuat, Malaysia akan terus-menerus menyaksikan polemik politik yang tak berkesudahan.

“Kabinet adalah institusi yang memandu dan mengukuhkan bangsa saat ia berhadapan dengan waktu yang sukar. Sebuah Kabinet yang kuat, terbukti dan inklusif adalah kritikal bagi memastikan kejayaan Perikatan Nasional. Sekiranya pengalaman politik ini diketepikan, ia akan memberi kerapuhan yang boleh membawa kepada kegagalan,” – Tok Mat, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Menurut Tajuddin jawatan menteri yang UMNO tak dapat bantu rakyat…

Bukan setakat Tok Mat je tak puas hati, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berpandangan pelantikan Azmin Ali sebagai ‘orang nombor dua negara’ adalah langkah meneruskan agenda kelangsungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Tajuddin kata, dia lihat pelantikan tu sebagai satu isyarat yang tak bagus dan UMNO tak selesa.

“Kita sebagai parti politik yang mempunyai kepentingan politik tersendiri, kita tidak mahu keterbelakang dan akan menjadi sebuah parti yang kecil. Parti yang tidak berperanan. Kita masuk politik sebab kita nak berperanan untuk bantu rakyat berkhidmat kepada rakyat. Sebab itu kami mahu jadi kerajaan,” – Tajuddin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Berhubung perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat MT UMNO tu, Ahli Parlimen Pasir Salak kata, dia menyuarakan pandangan mengenai agihan jawatan menteri Kabinet yang diberikan kepada UMNO. Katanya lagi – jawatan dalam Kabinet diterima pemimpin UMNO tak boleh bantu rakyat dann jejaskan kedudukan parti tu.

UMNO bila nampak senarai baru Kabinet. Via Giphy

“Pertanian (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) dia orang pegang. Luar bandar (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) dia orang pegang. Macam pertahanan (Kementerian Pertahanan), jaga keselamatan sajalah (dipegang UMNO). Apa yang boleh kita bantu rakyat di kampung, petani, nelayan dan sebagainya? Jadi tidak ada keseimbangan dari segi portfolio yang diberikan kepada UMNO, ini menjejaskan kedudukan UMNO dalam politik negara,” – Tajuddin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Bukan setakat pimpinan UMNO semasa je tak puas hati, otai UMNO rasa benda yang sama…

Bukan setakat diorang berdua ni je yang tak puas hati dengan lantikan jawatan kabinet kerajaan baru Perikatan Nasional (PN). Veteran Umno, Shahrir Samad tampil dengan mendakwa semangat en bloc PN hilang dalam barisan jemaah menteri tu selepas Muhyiddin diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai perdana menteri kelapan.

“Keputusan dan tindakan secara en bloc oleh BN bersama PAS berjaya dilaksanakan sehingga perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk Muhyiddin menjadi perdana menteri. Tetapi apabila tiba kepada peringkat perlantikan anggota jemaah menteri, seolah-olah sudah kehilangan pula semangat en bloc itu,” – Shahrir Samad, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Tindakan tu, katanya seolah-olah menunjukkan kerajaan baru PN bukannya dipimpin oleh Umno/BN dan Muafakat Nasional, tapi diketuai oleh Bersatu dengan geng Azmin Ali. Shahrir turut persoalkan mengapa pemimpin Sabah tak dilantik sertai Kabinet tu.

Kata Sharir lagi, ia sesuatu yang menjolok mata apabila lima daripada enam ahli Parlimen yang mengisytiharkan sokongan terbuka terhadap kepimpinan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah dilantik menganggotai Kabinet.

Dia turut mengkritik dengan berkata – bukan setakat keanggotaan Kabinet dari kalangan ahli-ahli parlimen Umno ni tak cerminkan semangat en bloc yang terbina di atas kemenangan PRK Tanjung Piai dan semangat perpaduan Perhimpunan Agong Umno selepas PRK tu. Tapi juga portfolio yang dipegang diorang macam tak dirundingkan dan seolah terserah sahaja kepada budi-bicara PM yang naik di atas sokongan BN dan PAS.

Selagi kerajaan ni tak stabil, selagi itulah diorang tak akan berfungsi dengan baik…

Sifir untuk jadi kerajaan yang baik masih sama – sesebuah kerajaan tu perlu memiliki kestabilan dalam pakatan diorang. Sekiranya diorang selalu bergaduh sesama member, dah tentu diorang tak ada masa untuk tadbir negara dengan baik. Benda ni jugak membuktikan – tak semestinya kerajaan yang didominasi Melayu akan jadi stabil demi kepentingan rakyat. Baru je kerajaan terbentuk, sudah ada suara-suara yang marah sebab tak dapat kuasa.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top