Pemberian alat peranti kurang dari 10% yang dijanjikan, ramai tak dapat belajar

f1
Pemberian alat peranti kurang dari 10% yang dijanjikan, ramai tak dapat belajar

Kerajaan telah mengumumkan pengoperasian sekolah melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula 13 dan 14 Jun ini selama 25 hari persekolahan mengikut kumpulan negeri masing-masing. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin kata, sesi persekolahan dalam cuti pertengahan tahun dan sesi persekolahan berikutnya mengikut takwim akan bermula 13 Jun ini bagi negeri Kumpulan A dan 14 Jun bagi negeri Kumpulan B.

728 X 90

Sebenarnya isu berkaitan PdPR ini telah banyak dibincangkan dalam ruangan media sosial memandangkan ada pelbagai limitasi yang berlaku dalam kalangan pelajar. Cerita-cerita ini sepatutnya menjadi pengajaran untuk kerajaan menjadi lebih serius dalam memperkenalkan polisi-polisi yang dapat membantu pelajar.

Ada pelajar yang terpaksa meminjam komputer riba rakan untuk belajar

Beberapa hari lepas kami ada membaca cerita seorang pelajar tingkatan lima, Anis Natasha Junoh, menceritakan bagaimana sebelum ini dia terpaksa ke rumah kawan sekelasnya yang terletak 10km dari rumahnya untuk meminjam komputer riba agar mendapat capaian Internet yang stabil. Jarak yang perlu ditempuh pelajar yatim piatu setiap kali mahu meminjam komputer riba ialah kira-kira 12KM.

photo 2021 06 05 07 18 10
Via MalaysiaKini

Dalam temu ramah Malaysiakini di Kampung Banggol Lepah, Ketereh, Anis Natasha memberitahu sejak kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalan raya pada 2007 dia dan adiknya Ammy Nazira, 16, tinggal bersama ibu saudara mereka. Anis Natasha baru berusia 3 tahun ketika dia dan adiknya menjadi yatim piatu.

“Di kampung ini memang tiada capaian Internet. Kalau ada pun, kadang-kadang saja. Oleh sebab itu saya terpaksa pergi tumpang rumah kawan untuk mendapatkan akses internet selain berkongsi komputer riba untuk belajar,” – Anis, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Anis turut menyatakan jika sesi persekolahan dibuka dan sekatan pegerakan penuh masih belum ditarik balik, dia akan berdepan masalah juga kerana tidak boleh ke rumah kawannya. Buat masa ini katanya memang ada sebuah telefon genggam yang digunakan untuk belajar tetapi ia perlu dikongsi dengan Ammy Nazira. Justeru katanya komputer riba memang diperlukan.

photo 2021 06 05 07 18 10
PdPR tak sama untuk semua orang. MHDAILY

Mereka akan membawa tikar untuk belajar di belakang rumah ini kerana di sana capaian internet paling laju diperolehi. Mereka terpaksa kerana pada waktu ini kalau terlepas kelas atas talian kalau Internet memang betul-betul tiada, mereka kena telefon kawan untuk bertanyakan semula mengenai kelas yang terlepas itu.

Ketika isu ni sedang hangat diperkatakan, Kementerian Pendidikan katanya telah mengagihkan hampir 13,000 peranti termasuk laptop kepada murid sekolah dari kelompok B40 setakat ini. Radzi berkata, baki serahan dengan sasaran 150,000 laptop akan selesai dibuat pada akhir September 2021.

Dikatakan sebanyak 12,887 unit telah diagihkan ke 95 buah sekolah, manakala 40,290 agihan lagi akan selesai pada 12 Jun. Baki agihan 96,823 unit lagi dijangka selesai pada akhir September 2021.

Harapnya betul apa yang dikatakan oleh Menteri KPM ni. Via Giphy

Agihan peranti melalui inisiatif itu dibuat menerusi Yayasan Hasanah dan diumumkan ketika Belanjawan 2021 pada November lalu. Pemberian 150,000 peranti tersebut – iaitu laptop dan tablet – disumbang oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Bekas Menteri Pendidikan menggesa supaya pemberian alat peranti disegerakan

Pada bulan April, Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pernah menggesa supaya disegerakan pemberian 150,000 komputer riba kepada pelajar seperti diluluskan dalam Belanjawan 2021. Katanya pemberian itu dilihat wajar dan penting kepada keluarga B40.

photo 2021 06 05 07 18 10
Via DE

Dia turut memberi saranan supaya kerajaan memberikan insentif khas kepada kepada para guru untuk pembelian data dan alat bantuan mengajar demi memudahkan urusan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh PKP.

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar harus segera bekerjasama memastikan kawasan yang tiada atau lemah capaian internet disegerakan kemasukan infrastruktur yang membolehkan murid dan guru menikmati capaian internet untuk tujuan PdPR. Tindakan proaktif dan segera mestilah dilakukan demi mengelakkan anak-anak dari keluarga miskin terus tercicir daripada pelajaran mereka,” – Maszlee, seperti yang dilaporkan Utusan

Pelaksanaan PdPR akan membawa masalah ketika ramai di antara keluarga B40 tidak mempunyai peranti yang cukup. Hal sama juga menimpa mereka yang tinggal di kawasan yang tiada ataupun lemah capaian Internet. Bagi para guru pulak, diorang sekali lagi terpaksa berbelanja lebih untuk membelikan peranti tambahan bagi anak-anak mereka yang juga terpaksa mengikuti PdPR.

Kita harus mempunyai dasar pendidikan yang jelas ketika pandemik

Bagi mereka yang tak tahu, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diadakan pada tahun hadapan dan ujian lisan serta amali sains bagi SPM 2021 akan diadakan pada Februari 2022; kemudian ujian peperiksaan bertulis pada Mac 2022. Sektor pendidikan merupakan di antara sektor yang memerlukan polisi yang jelas dan membantu mereka yang memerlukan.

Malangnya, sehingga hari ini kita sudah beberapa kali melihat pelbagai SOP yang mengelirukan ibu bapa dan pelajar. Sewajarnya pemberian peranti sebanyak 150,000 kepada mereka yang memerlukan disegerakan. Setelah setengah tahun janji ini dibentangkan dalam Belanjawan 2021, nampaknya tak sampai 10% pun peranti itu telah diberikan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top