Pelantikan Latheefa Koya terajui SPRM, ini sebab ia mungkiri manifesto PH

Pelantikan Latheefa Koya terajui SPRM, ini sebab ia mungkiri manifesto PH

Waktu semua orang sibuk nak beli lemang, gosok baju Melayu dengan baju kurung, kecoh satu Malaysia pelantikan Ketua Pesuruhjaya baru SPRM, Latheefa Bibi Koya ganti Datuk Seri Shukri Abdull. Naib Presiden PAS, Dato Iskandar Samad kata dia ingat berita ni lawak menjelang raya.

Shukri Abdull ni dilantik lepas Pakatan Harapan menang dalam PRU14. Kontrak dia pun belum habis lagi. Tup, tup, diumum Latheefa Koya jadi Ketua Pesuruhjaya. Boom!

Via Giphy

Masalahnya, dia adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR)…

Selain isu Shukri ni belum habis kontrak, yang mengejutkan ialah sebab Latheefa ni, selain Pengarah NGO Hak Asasi Lawyers for Liberty, adalah ahli PKR. Sebelum ini dia pernah jadi Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR. Walaupun dia dah letak jawatan, tapi dia buat macam tu lepas dilantik. Macam main-main pun ada. Baik toksah janjikan, sebab sesiapa pun boleh dilantik macam ni. Yang penting, letak jawatan dulu.

Via FMT

Dia bukan setakat pimpinan parti, tapi dia terlibat dalam persaingan kem dalam PKR dengan aktif, malah menyerang pihak lawan dalam parti dengan keras. Sebelum PRU-14, Latheefa ni terkenal suka pertahan Datuk Seri Azmin Ali dan serang Rafizi Ramli. Paling ramai ingat, dia pernah kata Rafizi adalah ejen UMNO. Dalam isu Nurul Izzah pulak, dia pernah menyindir Anwar Ibrahim. So boleh nampaklah dia agak anti Anwar dan Rafizi, dan penyokong team Azmin.

Kita tak boleh nafikan Latheefa ni berani, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah – semua dia pernah kritik. Tapi nak cari dia kritik Azmin yang satu kem dengan dia susah pula. Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kata:

“Saya terganggu untuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Latheefa ni terkenal serang Anwar. Saya harap pelantikan dia bukan satu konspirasi besar nak halang Anwar jadi PM,” – Wee Ka Siong

Janji ke-14 manifesto PH kata bila mereka perintah: “SPRM akan melapor terus kepada Parlimen, dan bukan lagi kepada Perdana Menteri… Pelantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen.”

Janji tinggal janji, tapi ramai pemimpin PH buat-buat lupa

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq pun pernah tulis waktu berkempen pada PRU14, katanya;

“Tiada lagi lantikan ketua SPRM/Election Commission oleh Perdana Menteri. Tiada lagi kawalan mutlak ke atas media seperti TV3, Utusan, Berita Harian dan lain-lain. Tiada lagi Perdana Menteri yang memegang jawatan menteri kewangan dan agensi2 yang lain sampai terlalu berkuasa. Power will be returned back to the people and parliament. Kalau ada mana mana pihak pun yang mengamalkan rasuah, waima pemimpin HARAPAN pun, mereka akan diheret ke muka pengadilan.”

Masa berkempen PRU14, sedaplah cakap macam ni. Alih-alih bila dah menang, dan lantikan politik terjadi untuk ketuai SPRM. Dia pulak yang paling laju ucap tahniah. Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen tentang Perlantikan Penjawat Awam, yang patut semak pelantikan-pelantikan ni, YB William Leong (PH-Selayang) mengaku Jawatankuasanya tak dirujuk isu Latheefa ni.

Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) yang bertanding atas tiket PKR tapi tak dilihat dekat dengan mana-mana kem dalam PKR pun kata pelantikan ni patut menerusi Parlimen dan kena ada ketelusan.

Via FMT

Bekas Presiden Transparency International, Datuk Seri Akhbar Satar mengatakan hubungan politik Latheefa mungkin menjejaskan kebebasannya sebagai Ketua SPRM. Dia kata ini adalah lantikan politik. Patutnya ikut Jawatankuasa Terpilih Parlimen tapi tak.

Lepas tu, Menteri-Menteri Kabinet mengaku di Rumah Terbuka Hari Raya PM yang diorang tak sedar tentang pelantikan Latheefa, PM Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku ni keputusan dia dan tak dibincang dengan kabinet.

Nampaknya satu lagi janji manifesto yang diabaikan

Jadi, macam beberapa janji manifesto PH, ni satu lagi u-turn terang-terang. Sebab lantikan ni PM buat sorang-sorang. Dan kalau orang PH buat rasuah, terutama geng-geng yang baik dengan Latheefa, dia boleh bertindak dengan adil ke? Bila nak bertindak kat UMNO dan PAS pulak (atau Taib Mahmud) orang pikir dia akan adil ke tak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print