PAS tak puas hati hanya 4 kerusi, ada dakwa cubaan bentuk kerajaan ‘pintu belakang’ di Johor

pasumno

Di balik kehangatan PRN Johor yang semakin dirasai, kita dah boleh perhatikan bagaimana perkembangan kerjasama politik antara satu parti dengan parti yang lain. Sebelum ni, kami dah jelaskan kenapa DUN Johor dibubarkan dan Warisan pun sedang berfikir-fikir nak bertanding kali ni atau tunggu hingga PRU15.

Satu tamparan besar buat PAS, UMNO nak gerak solo dah.  Timbalan Presiden PAS  Tuan Ibrahim nakkan lebih banyak kerusi dari UMNO tapi tak dilayan. Sementara tu, ada pulak dakwa PAS tu sebenarnya nak buat kerajaan pintu belakang…

pas johor
Via Wikimedia

PAS berminat letak calon diorang di semua kerusi yang BN gagal tawan dulu, rundingan kerusi UMNO-PAS cuma beri 4 kerusi

Mula-mula, PAS cadang nak letak calon di semua kerusi yang gagal BN tawan dalam PRU lalu. Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man kata, cadangan tersebut dibawa kepada UMNO dengan matlamat nak kukuhkan Muafakat Nasional (MN). Formula tu dikemukakan supaya dapat halang PH kembali berkuasa di Johor.

Bagaimanapun, cadangan PAS tak diterima dalam rundingan dengan BN. Akhirnya, ia gagal capai titik persefahaman. Bahkan, tawaran empat kerusi untuk PAS di Johor bukanlah suatu penyelesaian yang baik.

“PAS menghormati pendirian Umno (dan BN) untuk bergerak solo. Bagi PAS, kami sudah hulurkan salam muafakat dan penyatuan ummah. Menawarkan empat dari 56 kerusi itu, saya fikir bukan cara baik,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

umno pas bendera bernama 080918 18
Via FMT

Terdahulu, tular satu video dipercayai dirakam semasa mesyuarat pimpinan UMNO Johor. Dalam majlis tu, Pengerusi UMNO Johor dan MB Johor (sebelum DUN bubar), Hasni Mohammad maklumkan bahawa UMNO tu tawarkan 4 kerusi yang boleh dimenangi oleh PAS. Kata Hasni, tawaran tu dibuat dalam pertemuannya dengan Tuan Ibrahim. Akan tetapi, kata Hasni lagi, PAS tolak tawaran tersebut sebab Bersatu pulak tawarkan 15 kerusi untuk PAS tandingi.

Sebelum ni pun, Hasni dah boleh bayangkan bahawa BN akan bertanding secara sendirian, sepertimana yang dah berlaku di Melaka pada November lalu. Tuan Ibrahim kata, kerusi yang diingini PAS tu adalah milik pembangkang khususnya Amanah.

prn johor
Kiraan kerusi sebelum DUN Johor dibubarkan.. -Via Malaysiakini

Pertemuan PAS Johor dengan Hasni tentang PRN adalah usaha selamatkan diri, nak buat kerajaan ‘pintu belakang’

Ada jugak yang mendakwa bahawa rundingan dan usaha pertemuan PAS bersama Hasni tu sebenarnya cubaan untuk selamatkan diri dan menjadi kerajaan melalui ‘pintu belakang’. Nur Jazlan, timbalan pengerusi UMNO Johor dakwa parti tu memang dah sedar diorang tak mempunyai sokongan yang kuat di Johor.

“Jadi mereka nak runding untuk dapat kerusi dan supaya Umno tolong mereka. Tapi buat apa kita nak tolong orang yang lemah? PAS sudah buktikan di Melaka, mereka tanding sendiri dan kalah semua kerusi.

Umno pun dah tawarkan (ketika itu) untuk (PAS) tanding lima kerusi tapi mereka pilih nak tanding sendiri, sudahnya kalah semua. Keadaan sokongan PAS dekat Johor ini pun sama dengan Melaka, amat kurang.

Jadi, saya lihat ia sebagai cara PAS untuk masuk pintu belakang, konon-konon nak kerjasama dengan Umno tapi tak ikhlas,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Sebelum tu, Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin kata pihaknya dah cuba bertemu dengan Hasni sehari selepas BN kata nak gerak secara solo. Namun pihaknya pulak diberitahu Hasni sedang sibuk. Mengulas lanjut secara peribadi, Nur Jazlan kata dia tak percaya kepimpinan PAS, dah putuskan hubungan dengan PN apatah lagi nak berunding dengan pihak tersebut.

“Saya tak akan jumpa (pimpinan PAS), sebab masya-Allah saya tak percaya orang PAS ini. Kita tak macam PAS yang Hadi boleh buat keputusan sendiri bagi orang bawah.

Maknanya, jika Hasni mahu buat keputusan kerjasama pun dia kena bawa ke peringkat Jawatankuasa Umno negeri dulu. Dia tidak boleh buat keputusan sendiri,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

nurjazlan pasumno
Ni lah Nur Jazlan.. -Via Sinar Harian

Baru-baru ni, PAS berpandangan PRN tak wajar diadakan sekarang dan berpendapat bahawa rasional Hasni nak bubarkan DUN tu cuma pandangan Umno Johor semata-mata. Keputusan akhir tetap terletak pada tapak Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan PAS Pusat. Namun begitu, Abdullah yakin masih ada ruang perbincangan PAS dan UMNO.

Yang pasti, PRN Johor merupakan satu lagi ujian bagi BN selepas PRN Melaka. Sebelum ni, keyakinan BN semakin pulih apabila berjaya menawan semula Melaka. Oleh demikian, dari sisi politik, PRN Johor sememangnya suatu keadaan yang agak optimistik buat BN sehingga diorang pun yakin nak bertanding solo tanpa terlalu bergantung lagi pada PN.

One thought on “PAS tak puas hati hanya 4 kerusi, ada dakwa cubaan bentuk kerajaan ‘pintu belakang’ di Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published.