Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
PendidikanSejarah

Isu ibu mengamuk anak di rotan, dulu-dulu ada hukuman lagi dahsyat

By Editor
June 28, 2019 3 Min Read
Comments Off on Isu ibu mengamuk anak di rotan, dulu-dulu ada hukuman lagi dahsyat

Baru-baru ni kecoh satu Malaysia apabila seorang guru dikatakan telah merotan muridnya secara berlebihan. Macam biasalah, berpusu-pusu netizen menyatakan pandangan diorang tentang insiden tu. Paling menarik perhatian kami, ramai yang mengimbau kenangan diorang di sekolah. Ada yang kata kerana rotanlah diorang menjadi berjaya pada hari ni. Tapi tak kurang jugak yang cakap tindakan guru tu keterlaluan sehingga meninggalkan beberapa kesan rotan kat badan budak tu. Apa-apa pun, nampaknya kes tu dah selesai dengan cara baik.

Tengah borak-borak, kami terfikir pulak tentang hukuman yang dikenakan oleh budak-budak zaman dulu, agak-agak diorang kena buat apa eh? Kami pun rujuklah Hikayat Munshi Abdullah bin Abdul Kadir, 1849. Masa tengah baca hikayat ni, berpeluh-peluh jugaklah jadinya – sebab hukuman dulu-dulu boleh tahan ganas.

Kreatif betul diorang buat hukuman, siap arahkan budak menghadap asap yang pedih

Dulu-dulu, semua instrumen untuk jalankan hukuman akan disimpan kat sekolah, ada macam-macam peralatan untuk kesalahan yang berbeza-beza. Salah denda yang ada adalah sengkang, hukuman bagi kanak-kanak yang sentiasa bergaduh, ponteng kelas atau mencuri. Kanak-kanak itu ditahan dengan tangan kanannya ke telinga kirinya, dan diberitahu untuk berdiri dan duduk berulang-ulang. Kalau perasan, denda ni masih wujud sehingga ke hari ni.

Via The Real Malay

Ada jugak hukuman untuk murid-murid yang malas dalam pelajaran diorang. Asap akan dihasilkan melalui timbunan serat kelapa kering dan murid tu kena hadap asap tu. Kadang-kadang lada kering dimasukkan ke dalam api. Asap ni akan datangkan rasa tak selesa kat murid, lebih-lebih lagi kalau macam-macam benda dah dimasukkan dalam proses nak buat asap tu. Kalau masukkan makanan, mungkin sedaplah jugak, bau ayam KFC ke contohnya.

Ada jugak rotan dan ‘apit China’. Apit China diperbuat dari empat helai rotan, setiap rotan kira-kira enam inci panjang. Ia digunakan untuk menjempit jari sebagai hukuman untuk kanak-kanak yang mencuri atau memukul member diorang. Sakit oh.

Via The Real Malay

Dulu-dulu kalau maki atau gunakan bahasa yang tak elok, mulut budak tu akan disumbat dengan lada

Ada satu benda lagi dipanggil kayu palat. Ia diperbuat daripada kayu bulat. Tiga lubang akan ditebuk, lubang di sebelah kanan dan kiri akan membawa hujung knot dua tali masuk kat lubang tengah-tengah. Ia digunakan untuk menghukum kanak-kanak yang ponteng sekolah, memanjat pokok, atau yang merenung tak senonoh kawan-kawan diorang. Kaki kanak-kanak dimasukkan ke dalam setiap dua gelung tali yang dipintal ke atas dan digunakan untuk memukul tapak kaki diorang.

Via The Real Malay

Dulu-dulu, rantai besi pun ada. Rantaian enam kaki atau lebih panjang, dipaku ke penghujung rasuk. Pada penghujungnya dipasang dengan pin kunci dan ia digunakan untuk menghukum anak-anak yang selalu ponteng sekolah, selalu bertengkar, tidak mendengar arahan ibu bapa mereka, atau terlambat datang ke sekolah. Rantaian itu dikunci di pinggang murid dan budak tu kena bawa blok kayu di bahunya sepanjang hari persekolahan. Kadang-kadang dia ditinggalkan memakai rantai dan tidak dibenarkan pulang, makanan akan dihantar kat budak tu, takdelah dia kebulur.

Via The Real Malay

Ada jugak hukuman untuk kanak-kanak yang buat kesilapan kat dalam kelas. Kord yang dipintal akan diikat kat pinggang kanak-kanak. Kemudian kanak-kanak itu diberitahu untuk meneruskan penulisannya sehingga ia selesai. Kalau tak settle lagi penulisan tu, tak boleh pulang. Makanan akan dihantar oleh oleh ibu bapanya.

Hukuman untuk kanak-kanak yang ada masalah sikap yang teruk, ponteng kelas atau mencuri barang adalah adala menggantung kedua tangannya. Hahh dan paling ganas, kalau kanak-kanak tu mencerca atau gunakan bahasa yang tidak baik, letak lada ke dalam mulut diorang.

Mungkinkah kita perlukan hukuman baru?

Setiap benda dalam dunia ni berevolusi, cuba bayangkan kalau hukuman ni masih wujud sehingga ke hari ni. Sudah tentu ibu bapa akan mengganas dan datang ke sekolah beramai-ramai sebab ada anak diorang kena hadap asap yang pedih atau mulutnya disumbat dengan lada. Barangkali sudah masanya kita melihat kembali hukuman-hukuman yang sesuai untuk zaman sekarang. Mungkin suruh budak yang nakal tutup semua akaun sosial media yang dia ada (ketawa jahat), biar diorang mengasingkan diri dari dunia kejap.

Author

Editor

Follow Me
Other Articles
Previous

Teringin nak kerja sebagai freelancer? Ini undang-undang yang korang kena tahu

Next

Umur 18 tahun masih terlalu mentah untuk mengundi, betul ke?

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme