Badak kembali ke Bodoland, habitat flora dan fauna hampir lesap akibat perang

bodoland1

Akibat perang, semuanya musnah… Kita boleh hilang segalanya dalam perang – jiwa, harta bahkan habitat flora dan fauna. Namun begitu, bak kata peribahasa Melayu; pantang maut sebelum ajal. Selagi kita masih dapat bangkit, maka kita perlu bangkit dan perbaiki semula kehidupan kita. Kat Malaysia yang penuh dengan sumber alam ni, kita jugak tak terkecuali turut berhadapan dengan isu-isu alam sekitar kerana kemajuan.

Namun cerita kat Bodoland sedikit berbeza. Diorang tak mengalami tempoh keamanan dan kesejahteraan yang kita miliki. Diorang tersekat dalam kancah peperangan dan persengketaan, sehingga terdesak untuk melangsungkan hidup dengan menggunakan sumber alam di sekeliling diorang. Tapi apa yang terjadi sekiranya sumber alam tu jugak dah nak habis? Badak ni lah dikatakan simbol keamanan baharu buat Bodoland.

manas
Pengawal sedang bertugas di Manas.. -Via Sahapedia

Peperangan memaksa rakyatnya bergantung hidup kepada alam sekitar, haiwan pun banyak dah nak pupus termasuklah badak

Penghuni awal kawasan Assam, puak Bodo ni tinggal di dalam hutan kat tebing utara Sungai Brahmaputra di bawah kaki bukit Bhutan. Secara etnik dan linguistiknya berbeza dengan India, diorang pernah tuntut nak berkerajaan sendiri yang dinamakan sebagai Bodoland. Akibatnya, berlakulah konflik bersenjata yang dahsyat pada akhir 1980-an. Kumpulan militan pemisah seperti Bodoland Liberation Tigers dan National Democratic Front of Bodoland bersembunyi di Manas.

bodoland
Peta Bodoland.. -Via Insights

Manas ni sebenarnya suatu kawasan rimba belantara menghijau dan menjadi syurga haiwan dan pokok di kawasan Assam. Bila dah ramai yang lari ke sana, lama kelamaan perlindungan hutan, kerja pembangunan dan peluang ekonomi dah tiada. Pembalakan dan pemburuan haiwan menjadi kerja utama untuk diorang langsungkan hidup.

Semua 100 badak di Manas dah mati dan populasi gajah, beruang dan harimau berkurangan. Tujuh tahun selepas ia masuk ke senarai Warisan Dunia Unesco atas pencalonan India dalam senarai Kawasan Warisan Dunia yang Terancam pada 1992. Pada 2003, Majlis Daerah Bodoland dibentuk hasil daripada perjanjian keamanan dengan kerajaan pusat, kerajaan negeri Assam. Walaupun begitu, keadaan Manas tetap disisihkan.

“Kami rasa sangat malu dan bersalah dengan hakikat seluruh dunia menyalahkan orang Bodo kerana merosakkan Manas. Langkah mengembalikan semula Manas seperti sediakala menjadi sebahagian daripada agenda kebangkitan dan kebanggaan etnik kami,” – Kampa Borgoyary, timbalan ketua Majlis Daerah Bodoland, seperti yang dilaporkan BBC

bodoland badak
Via BBC

Terjumpa ular tedung selar terpanjang dan paling berbisa, harapan kembalikan Manas menjelma

Pada 2006, langkah tersebut dimulakan selepas sorang pengkaji bernama Vivek Menon perasan bahawa Manas masih ada peluang untuk ‘disembuhkan’ daripada kerosakan dan kepupusan haiwan liar di dalamnya. Vivek Menon ni jugak merupakan pengarah eksekutif organisasi pemeliharaan India Wildlife Trust of India (WTI).

Masa tu, dia tengah kaji tentang babi pygmy di Manas, Tengah khusyuk tu, tiba-tiba dia terjumpa seekor ular tedung selar yang paling panjang dan paling berbisa. Menariknya, ular tu cuma boleh ditemui di hutan rimba yang tak diganggu oleh manusia di Asia Selatan dan Tenggara. Kehadiran ekor tu buatkan dia sedar bahawa Manas masih ada peluang untuk kembali sihat sebagai belantara habitat flora dan fauna macam dulu.

king cobra
Via India Mapped

Oleh demikian, Menon dan kumpulannya mulakan projek pemeliharaan berasaskan komuniti untuk membangunkan sumber pendapatan yang tak lagi bergantung kepada hutan bagi penduduk tempatan. Apabila penduduk tempatan tak terlalu bergantung kepada hutan untuk kelangsungan hidup dan tekanan rezeki sara diri, maka pemeliharaan hutan dapat dilaksanakan sebaiknya kerana tak banyak gangguan ke atas hutan.

Diorang kemudiannya memperkenalkan semula badak, gajah dan rusa, harimau dan kerbau liar. Masing-masing dilepaskan secara perlahan dari Pusat Pemeliharaan dan Rehabilitasi Haiwan Liar di Kaziranga, 250 batu di timur Manas. Organisasi antarabangsa, WWF jugak turut memindahkan badak dewasa daripada bahagian lain Assam ke dalam Manas.

badak manas bbc
Anak-anak badak yang dipelihara dan dilepaskan pada usia tertentu.. -Via BBC

Di samping tu, diorang jugak berjaya pujuk lebih dari 400 pemburu haiwan liar ni menjadi pelindung hutan dengan menawarkan gaji bulanan. Seperti sorang pemburu-bertukar-pelindung ni, Maheshwar Basumatary berkongsi, dia jadi pemburu dulu pada 1980-an pun kerana dagingnya mudah dijual berbanding peluang cari rezeki yang lain. Basumatary menyerahkan senjatanya kepada kerajaan tempatan pada 2005 dan sejak tu dah bantu menerajui pemuliharaan anak harimau yang sebahagian dari Projek Pemeliharaan Greater Manas.

Para bekas pemburu ni jugak dapat menyumbangkan kepakaran memburu diorang dengan menjejaki para pemburu yang masih berdegil taknak ikut usaha tu. Kemahiran ilmu hutan diorang amat penting untuk melindungi haiwan-haiwan liar yang dah diperkenalkan semula ke dalam hutan Manas.

pemburu jadi pengawal manas
Yang memburu, kini melindungi.. -Via The Better India

Berkat usaha diorang ni, akhirnya pada 2021… Manas menjadi rumah kepada 52 ekor badak, 48 harimau, lebih dari 1,000 gajah liar dan beberapa haiwan hampir pupus seperti babi pygmy, arnab liar dan lain-lain. Dibandingkan keadaan dahulu pada 2003, Manas dah hilang seluruh populasi badak dan rusa.

Model pemeliharaan hutan Manas ni jugak dah dicalonkan sebagai pengurusan alam sekitar terbaik untuk pemeliharaan Warisan Dunia Unesco. Ia jugak menjadi contoh kepada seluruh usaha pemuliharaan alam sekitar di seluruh dunia. Kami rasa Malaysia jugak perlu mencontohi semangat ni, ditambah lagi dengan beberapa populasi haiwan liar dah semakin pupus kat Malaysia ni seperti Badak Sumatera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *